Harmonika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Harmonika ialah sejenis angin alat tiup berid bebas yang digunakan dalam pelbagai gaya muzik di seluruh dunia, temasuk genre blues, muzik rakyat Amerika (country music) serta rock and roll.

Alat ini dimainkan menggunakan bibir dan lidah untuk memaksa udara masuk satu atau dua lubang pada hujung peniup. Setiap lubang ini mempunyai rid yang merupakan spring panjang daripada loyang, keluli tahan karat atau tembaga yang disematkan pada satu hujungnya atas satu lubang keluar. Apabila bahagian hujung peniup dimasuki udara, rid tersebut saling membuka tutup lubang keluar lalu menghasilkan bunyi yang tersendiri.