Harry & Bunnie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Harry & Bunnie
GenreAnimasi Komedi Slapstick
Pencipta
  • Edmund Chan
  • Raye Lee
PengarahahLoong
Pengarah kreatif
Cheong Siew Wai
Lagu pembukaan“Harry and Bunnie”
Negara asalMalaysia
Perancis
BahasaTiada dialog
Bilangan musim1
Bilangan episod78 (Senarai episod)
Penerbitan
Tempoh siaran7 minit
Syarikat penerbitan
Animasia Studio
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar2D High End Flash
Siaran asal20 Mei 2016 (2016-05-20)
Kronologi
Diikuti olehHarry & Bunnie Musim 2 (Dalam pembikinan)
Pautan luar
Laman sesawang

Harry & Bunnie adalah siri animasi televisyen yang dicipta oleh syarikat yang berpusat di Malaysia, Animasia Studio. Ia mengkisahkan seorang ahli silap mata muda bernama Harry yang membuat helah ajaib untuk menarik perhatian kawan-kawannya, tetapi sentiasa berakhir dengan kegagalan. Sementara itu, Bunnie seekor arnab untuk persembahannya selalu mengacau beliau sehingga mencuri perhatian sambil melakukan sebuah misi yang bertujuan untuk mencuri tongkat sihir Harry. Harry sentiasa membuat rancangan untuk mengambil tongkatnya kembali tetapi sentiasa gagal pada akhir cerita.[1]

Rancangan ini adalah jenis komedi tiada dialog slapstick dengan bilangan 78 episod bersama 7 minit pada setiap satunya. Rancangan ini kini ditayangkan di Disney Channel di berbagai negara di seluruh Asia, pelbagai saluran di China serta Netflix untuk seluruh dunia.[2][3]

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Harry - Seorang ahli silap mata muda yang suka meneroka dan mencipta helah ajaib untuk menarik perhatian kawan-kawannya tetapi malangnya dia tidak berbakat untuk melakukan helahnya. Sementara itu, arnab persembahannya yang nakal, Bunnie, seolah-olah selalu mencuri perhatiannya dengan mengawal situasi pertualangan mereka untuk Tongkat Ajaib.
  • Bunnie - Arnab nakal yang dulu pernah dijadikan bahan persembahan sihir Harry. Dia mencuri tongkat sihir Harry dan itulah bagaimana konflik antara mereka bermula. Walau bagaimanapun, Penny sangat menyukainya dan melindunginya dari sebarang bahaya yang akhirnya memberi Bunnie ruang untuk ambil kesempatan.
  • Penny - Mak cik tua yang selalu memberi posyen dan barangan magik kepada Harry. Meskipun selalu berdepan masalah kerana tingkah laku Harry dan Bunnie, Penny tetap meminjamkan barangan magik kepada mereka ketika masa-masa genting.

Tayangan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Country Networks
 Malaysia TV2
TV3
tvs
TV9
Disney Channel Asia
Astro Ceria
 Indonesia Trans7
Disney Channel Asia
RCTI
RTV
 Singapura Disney Channel Asia
 Belgium VTM Kids
Asia Tenggara Disney Channel Asia [4]
Dunia Netflix[5]
 Jepun
 New Zealand
 Australia
 India
Disney Channel
 Republik Rakyat China[6] Youku
Sohu
Tencent_Video
YanHua_Media
LuTong Net
Suma Vision
CIBN China
Korea Selatan Anibox
Anione
Champ TV
 Ukraine Niki Kids[7]
 Hong Kong TVB Pearl
TVB USA
 Perancis Télétoon+
Piwi+
 United Kingdom

CBeebies

Episod[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bibi Nurshuhada Ramli “Moving Beyond Asia”, New Straits Times, 26/8/16
  2. ^ Ramin Zahed “Animasia Announces Multiple Global Sales for Animated Hits”, Animation Magazine. 26/11/17
  3. ^ Ashish Mitra “Animasia Studio licenses two animated properties to Neflix” Diarkibkan 2020-07-19 di Wayback Machine, Animation Digital Digest, 27/11/17
  4. ^ “Malaysia's ‘Harry & Bunnie’ to Air on Disney Channels in Asia”, Animation World Network, 18/5/16
  5. ^ 'Harry & Bunnie di Netflix'
  6. ^ Alexandra Whyte “Netflix picks up pair of Animasia toons”, Kidscreen, 24/11/17
  7. ^ "Нікі та кролик Ваня - Niki". niki.ua (dalam bahasa Ukraine). Dicapai pada 2019-04-12.