Harry Bernard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Harry Bernard (13 Januari 1878 - 4 November 1940) merupakan seorang pelakon dan pelawak Amerika Syarikat yang paling diingati kerana penampilannya dalam pelbagai filem komedi oleh Mack Sennett dan Hal Roach .

Harry Bernard muncul dalam lebih 150 buah filem antara tahun 1915 dan 1940, biasanya sebagai seorang anggota polis. Beliau berlakon dengan Laurel & Hardy (25 filem), Our Gang (sembilan filem) dan Charley Chase (33 filem). Pelakon watak itu juga bekerja sebagai pelakon teater dan vaudeville. Bernard dilahirkan di San Francisco, California, dan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hollywood pada tahun 1940. Beliau telah berkahwin dengan Jere Gerard Bernard (1886-1970); mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Patricia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]