Harta sepencarian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Harta sepencarian mengikut syarak ditafsirkan sebagai pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Tuntutan biasanya ditimbulkan oleh isteri atau bekas isteri apabila membabitkan sumbangan mereka sepanjang tempoh perkahwinan sama ada secara tak langsung misalnya urusan menguruskan rumah tangga. Sumbangan secara langsung misalnya isteri mengeluarkan modal terutama dalam bentuk kewangan untuk mendapatkan harta dalam tempoh perkahwinan. Begitu juga jika satu pihak itu meninggal dunia, pasangan akan meminta harta itu dibahagikan dulu sebagai harta sepencarian sebelum diisytihar sebagai harta pusaka. Mengikut Hukum Syarak, Harta Sepencarian bermaksud pemerolehan harta sepanjang tempoh perkahwinan sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Harta Sepencarian adalah “harta-harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan secara bersama oleh Suami dan Isteri yang melibatkan harta alih ( wang, kenderaan dll) dan harta tak alih (rumah, tanah, saham dll”). Biasanya isu Harta Sepencarian timbul apabila berlaku penceraian dalam rumah tangga. Suami ataupun isteri apabila berlaku penceraian akan menuntut harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah untuk Mahkamah menentukan pembahagian yang patut diterima ke atas harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan sebelum berlakunya penceraian.

Apa Itu Harta Sepencarian?[sunting | sunting sumber]

“Harta yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri semasa perkahwinan mereka berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan syarak”

Ianya adalah harta yang diperolehi pasangan sepanjang tempoh perkahwinan iaitu melibatkan harta alih seperti wang tunai dan harta tak alih seperti rumah dan tanah. Walaupun harta tersebut dibeli menggunakan duit gajinya sendiri tanpa melibatkan pasangan.

Suami atau isteri dibolehkan untuk menuntut harta ini tetapi kebanyakan tuntutan dibuat oleh pihak perempuan. Tuntutan harta ini dibenarkan oleh perundangan syariah Malaysia demi melindungi hak isteri. Enakmen undang-undang Keluarga Islam Negeri-Negeri secara asasnya mendefinasikan harta ini sebagai

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]