Hartinah Zainuddin
Penampilan
Hartinah Zainuddin | |
|---|---|
| Kelahiran | Hartinah binti Zainuddin Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1958–1962 |
| Pasangan | Salim Ali (k. 1962) |
Hartinah Zainuddin merupakan seorang pelakon wanita Singapura.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Mungkin ramai tidak mengenalinya tetapi beliau telah muncul dalam lebih dari 10 buah filem keluaran Shaw Brothers dari tahun 1958 hingga 1962.[1]
Hartinah adalah seorang penari bersama MFP dancers. Tetapi filem yang paling menonjol sekali adalah Seniman Bujang Lapok di mana Hartinah berlakon sebagai Isteri pertama Abang Kus. Ingat tak bila Tina menyerbu masuk ke dalam bilik Abang Kus yang pada ketika itu sedang bersama isterinya kedua Fatimah.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Hartinah tidak lagi muncul selepas mendirikan rumah tangga dengan Salim Ali pada tahun 1962. Sayangnya, kita tidak tahu di mana beliau berada sekarang.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Antara filem-filem lakonan Hartinah adalah:
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1959 | Dandan Setia | Filem pertama, pelakon tambahan | |
| 1960 | Sumpah Wanita | Pelakon tambahan | |
| Isi Neraka | |||
| 1961 | Ali Baba Bujang Lapok | ||
| Seniman Bujang Lapok | Tinah | Penampilan khas | |
| Sri Tanjung | |||
| Indera Bangsawan | Pelakon tambahan | ||
| Singapura Dilanggar Todak | |||
| 1962 | Lubalang Daik | ||
| Siti Muslihat | Filem terakhir |