Haru Biru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Haru-biru (filem))
Haru Biru
poster haru biru
PengarahShadan Hashim
PenulisAdlin Aman Ramlie
Dihasilkan olehRaja Azmi
Dibintangi
SinematografiAzman Razali
Disunting olehShadan Hashim
Muzik olehJohan John
Syarikat
penerbitan
Pengedaran JAS Sdn Bhd
Tarikh tayangan
  • 26 Julai 2007 (2007-07-26) (Malaysia)
Masa tayangan
83 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 120,000
Pecah panggungRM 470,000

Filem Haru Biru adalah sebuah filem aksi Malaysia arahan Shadan Hashim, dan diterbitkan oleh Pengedaran JAS Sdn Bhd. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 26 Julai 2007. Filem Haru Biru menggunakan pendekatan "filem indie" dan "guerilla filmmaking" bersesuaian dengan tema filem ini yang memaparkan masalah sosial remaja dan penagihan dadah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kid (Que Haidar) seorang eksekutif muda, Ariyana (Dynas Mokhtar) seorang model, dan Dani (Ijoy Azhari) seorang fotografer bebas, adalah tiga remaja yang bersahabat. Hubungan ini kemudiannya dibebani oleh perasaan cinta yang tersembunyi, lantas menimbulkan konflik yang meruntuhkan persahabatan mereka. Dalam diam Kid menjalinkan hubungan cinta dengan Ariyana dan membelakangi Dani. Kepura-puraan ini terbongkar apabila Suzi (Betty Banafe), perempuan simpanan Big Daddy, yang juga bekas kekasih Kid muncul kembali menagih harapan dari Kid. Suzi menghalang perhubungan Kid dan Ariyana kerana dia juga mahu Kid membantunya melarikan diri dari Big Daddy. Ariyana kecewa dengan tindak-tanduk Kid, lantas memutuskan perhubungan mereka berdua. Kini Dani pula menghilangkan diri setelah rasa dikhianati dan diperbodohkan oleh Kid, malah Ariyana sendiri. Atas tekanan dan godaan Suzi, Kid terpaksa juga membantu Suzi melarikan diri. Namun tidak semudah itu. Abang Kecik (Eman Manan), orang paling kanan Big Daddy mula menjejaki mereka. Keadaan semakin genting apabila tindakan-tindakan mereka menjadi haru biru dan di luar kawalan. Konflik kemanusiaan dalam perhubungan, persahabatan, percintaan, pengaruh dadah dan perempuan simpanan, dipaparkan menerusi isu-isu sosial, gaya hidup, skandal serta gangsterism. Haru Biru - membawakan kepada anda kesudahan yang di luar jangkaan.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, Shadan Hashim telah bersetuju untuk mengarahkan sebuah telefilem bertajuk “Haru Biru” terbitan Pengedaran JAS Sdn Bhd. Kali ini dia berkerjasama dengan Adlin Aman Ramlie yang juga bertindak sebagai penulis skrip. Pelakon-pelakon baru seperti Que Haidar (filem pertama beliau) dan Dynas Mokhtar telah diujibakat dan terpilih untuk menjadi watak utama.

Telefilem ini dihasilkan dengan bajet serendah RM 120,000 serta menggunakan pendekatan "filem indie" dan "guerilla filmmaking". Dua kamera mini DV digunakan untuk merakam adegan-adegan dalam filem ini.

Telefilem ini telah dinaiktaraf kepada sebuah filem cereka selepas mendapat maklumbalas positif sewaktu acara pratonton khas yang dihadiri oleh penggiat-penggiat filem terkenal. Filem ini juga telah mendapat bantuan kinetransfer iaitu proses pencetakan digital kepada filem 35mm dari pihak Finas.

Gaya persembahan dan pengaruh[sunting | sunting sumber]

Menurut pengarah Shadan Hashim gaya persembahan filem ini diilhamkan antaranya dari filem Pusher (Nicholas Winding Refn) dan Days Of Being Wild (Wong Kar Wai).

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Walaupun hanya ditayangkan di 21 buah panggung di Malaysia, filem Haru Biru telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM 470,000. Filem ini juga mendapat banyak pujian dari pengulas serta pengkritik filem tempatan lalu mengetengahkan nama pengarah Shadan Hashim dalam persada filem tanah air.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

http://tontonfilem3.blogspot.com/2007/08/haru-biru-visi-baru.html

https://ajamihashim.blogspot.com/2008/09/haru-biru-2007-psikometri-untuk-budak.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]