Harun Din

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Harun Din.jpg
Harun Din

Dato' Harun Din pernah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dari 12 Oktober 1990 - 20 Jun 1999.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dato' Haji Harun Din dilahirkan pada 21 Jun 1934 di Alor Star, Kedah]. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Kanchut (1940) ; Sekolah Melayu Sungai Korok Lama (1942-1947) dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star (1947-1955). Kemudian sambung belajar di Universiti Malaya, Singapura (1955-1959) . Pada 1986 , beliau menyertai Senior Executives Programming di Massachusetts Institite of Technology, Amerika Syarikat.


Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas keluar dari universiti, beliau menjadi Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan Perisikan (1959); Setiausaha Kerja, Jawatankuasa Kerja Keselamatan Sarawak (1967); Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak (1969); Ketua Pengarah, Jabatan Filem Negara (1971) ; Timbalan, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan (1972); Ketua Pengarah Lembaga Pelabuhan Kelang (1981) ; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1983) ; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (1988) dan terakhir sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), (1990-1999).

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dianugerahkan Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.), Johan Mangku Negara (J.M.N.) dan Kesatria Mangku Negara (K.M.N.). [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dato' Haji Harun Din". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-15. Dicapai pada 2012-05-11.