Harvest Moon (siri)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo Harvest Moon

Harvest Moon (牧場物語 Bokujō Monogatari?, secara literal bermaksud "Kisah Ladang") merupakan nama sebuah siri permainan video genre simulasi/RPG ladang ciptaan Victor Interactive Software (diambil alih oleh Marvelous Interactive pada tahun 2002). Yasuhiro Wada dianggap sebagai "bapa" kepada siri Harvest Moon. Penterjemahan bahasa Inggeris dan pengedaran judul-judul Harvest Moon dilakukan oleh Natsume (dan Ubisoft di Eropah). Objektif utama permainannya adalah untuk menjaga sebuah ladang dalam satu jangka masa tertentu, menjaga hasil tanam-tanaman serta ternakan melalui beberapa musim, sambil berkawan dan mengeratkan hubungan dengan penduduk setempat serta berkahwin di dalam sesetengah judul Hervest Moon. Judul pertama dalam siri ini ialah Harvest Moon, dikeluarkan untuk SNES pada tahun 1997. Judul-judul di dalam sirinya juga dikeluarkan untuk Game Boy dan GBA, Nintendo 64,, PlayStation, PlayStation 2, Dreamcast,GameCube dan Nintendo DS; di mana judul-judul baru dikeluarkan untuk PSP, Nintendo DS, serta konsol virtual untuk Wii.