Hasan Bahrom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Datuk Dr.

Hasan Bahrom

DMSM (Melaka); PhD
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tampin, Negeri Sembilan
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehShaziman Abu Mansor (BN-UMNO)
Digantikan olehMohd Isam Mohd Isa
Canselor Kolej Universiti Islam Melaka
Dalam jawatan
1 September 2018 – 2020
Didahului olehMohd Ali Rustam
Digantikan olehMohd Ali Rustam
Butiran peribadi
Lahir (1956-04-10) 10 April 1956 (umur 67)
Gemas, Negeri Sembilan
Parti politikPakatan-harapan-logo.svg Parti Amanah Negara Flag.svg Parti Amanah Negara
KediamanMelaka Sungai Udang, Melaka
PekerjaanAhli politik

Yang Berhormat Profesor Datuk Dr. Hasan Bahrom ialah seorang ahli Politik Malaysia dari parti AMANAH. Beliau dipilih menjadi Ahli Parlimen Tampin selepas menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018. Beliau menyertai AMANAH pada tahun 2016[1]. Beliau juga ialah Canselor Kolej Universiti Islam Melaka[2].

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang syariah dan politik. Beliau melanjutkan pengajian sarjana muda di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh Sarjana Muda Syariah. Kemudian beliau melanjutkan pengajian Sarjana di Universiti Malaya dan memperoleh Sarjana Politik, sebelum memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam Siasah Syariah di universiti yang sama. Beliau juga mempunyai Sijil Amalan Guaman Syarie daripada Jabatan Agama Islam Melaka.

Pengalaman bekerja[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan biodata beliau

  • Pengarah Institut Teknologi Mara (ITM) kini Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Pernah berkhidmat sebagai pegawai agama kanan tentera
  • Koordinator Pusat Pendidikan Islam ITM Melaka
  • Mendapat gelaran Profesor Madya ketika berkhidmat di UiTM
  • Pengarah Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ),UiTM
  • Felo Penyelidik IKaZ, UiTM

Penglibatan dalam pertubuhan sosial[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan biodata beliau

  • Presiden Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, UKM
  • Presiden Ikatan Studi Islam, UKM
  • EXCO Agama Komsis A, UKM
  • Ketua Biro Dakwah Angkatan Belia Islam Malaysia Melaka
  • EXCO Gabungan Majlis Negeri Melaka
  • AJK Wadah Pencerdasan Umah (WADAH) Melaka

Politik[sunting | sunting sumber]

Hasan Baharom memulakan kerjaya politiknya pada tahun 2016. Beliau mengetuai lima tokoh akademik dan beliau menyertai Parti Amanah Negara. Lima tokoh akademik yang lain ialah bekas pensyarah UTM,Prof Madya Dr Ali Rahman, Prof Madya Dr Sulaiman Mohd Nor dan Prof Madya Hamidon Musa; bekas pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Prof Madya Dr. Zaki Latiff; dan bekas pegawai tadbir diplomatik (PTD) Yusop Hasan. Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung AMANAH ketika itu Mohd Anuar Mohd Tahir[1].

Beliau bertanding di parlimen Tampin dan menang dengan majoriti 1,002 undi mengalahkan penyandang kerusi ini sejak Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 (PRU-10) Shaziman Abu Mansor dari parti BN-UMNO.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Borhan Ahmad (15 Februari 2016). "Enam tokoh akademik diketuai Dr Hasan Baharom sertai Amanah". Malaysia Dateline. Dicapai pada 6 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Mohd Shafiq Mohd Maidin (2018). "YB Hasan Bahrom dilantik Canselor KUIM yang baharu". E-Buletin KUIM (PDF). Kolej Universiti Islam Melaka. m/s. 7.