Hasbullah Awang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hasbullah Awang

DIMP (Phg); AMP (Prk);: AMP (Phg); PPN
Kelahiran(1952-09-09)9 September 1952
Meninggal dunia12 Februari 2015(2015-02-12) (umur 62)
Sebab kematianKomplikasi jantung
PekerjaanPengulas sukan, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif1974–2015
PasanganDatin Hazida Alang Ahmad (k. 1975; m. 2015)
Anak-anak4

YH Dato' Haji Hasbullah Awang (9 September 1952 – 12 Februari 2015) merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia yang berkhidmat dengan Astro. Sebelum kematiannya, beliau bertugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia.[1] Beliau juga pernah menyumbangkan suaranya untuk siri animasi Kampung Boy.

Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 (sekarang Radio Klasik). Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong. Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara. Populariti beliau memuncak ketika zaman biola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki. Hasbullah, 63 meninggal dunia pada 12 Februari 2015[2] akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Allahyarham memulakan kerjaya penyiaran pada 1974 sebagai Pembantu Siaran Tingkat 4 ​di RTM Kuantan, Pahang sebelum berpindah ke Angkasapuri Kuala Lumpur pada 1980. Bersara awal pada 1992 sebelum menyertai TV3 sehingga 1994 tetapi kembali menyertai semula RTM sebagai Penyampai dan Pengacara Sambilan.

Pernah juga menjadi DJ di RTM Kuantan dan Rangkaian Nasional Angkasapuri selama 10 tahun. Sebagai hos Malaysia Hari Ini di TV3 dan Selamat Pagi Malaysia di RTM selain ditugaskan sebagai pengulas siaran langsung liputan televisyen. Sejak 1980 terbabit dalam siaran dan liputan sukan sehingga menjadi pengulas sukan Astro Arena bermula 2014. Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Beliau juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara - sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali. Kejayaan memenangi anugerah Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa pada 1989, 1991 dan 2004 sekadar menceritakan betapa dia menjadi satu tarikan peminat pada era berkenaan.

Antara perkataan kerap kali ditutur oleh beliau ketika membuat ulasan adalah seperti "Oh.. Tidak", "Mengatur Gerak", "Tenang Mempertahankan Kubu" atau "Hantaran Panjang". Ia sudah menjadi sinomim kepada peminat segenap usia sehingga ada yang meniru perkataan ini ketika berbual mengenai bola sepak

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 12 Februari 2015 semasa menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari, selepas dirawat di IJN pad 4 Februari akibat komplikasi jantung.[3] Jenazahnya dikebumikan di Seksyen 32, Jalan Kebun, Shah Alam.[4] Allahyarham meninggalkan balu Datin Hazida Alang Ahmad dan empat anak perempuan - Jojiana, Dodiana, Noniana dan Loliana serta tujuh cucu. Antara yang hadir untuk menziarah termasuk rakan Allahyarham, Datuk Rahim Razali, Naib Presiden Persatuan Hoki Malaysia, Datuk Nur Azmi Ahmad dan sebilangan para atlet negara.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2007 Sumolah Suara Latar
2014 Mamak Cupcake Juri

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998 Kampung Boy Dirinya sendiri (suara) Astro Ria Pelakon undangan

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1985 Selamat Pagi Malaysia Pengacara TV1
1994 Malaysia Hari Ini TV3

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Liputan sukan[sunting | sunting sumber]

  • Sukan Olimpik 1988 - Seoul
  • Sukan Olimpik 1992 - Barcelona
  • Sukan Olimpik 1996 - Atlanta
  • Sukan Olimpik 2000 - Sydney
  • Sukan Olimpik 2004 - Athens
  • Sukan Olimpik 2008 - Beijing
  • Sukan Olimpik 2012 - London
  • Sukan Komanwel 1998 - Kuala Lumpur
  • Sukan Komanwel 2002 - Manchester
  • Sukan Komanwel 2010 - New Delhi
  • Sukan Asia 1986 - Seoul
  • Sukan Asia 1990- Beijing
  • Sukan Asia 2006 - Doha
  • Sukan Asia 2010 - Guangzhou
  • Sukan SEA 1985 - Bangkok
  • Sukan SEA 1989 - Kuala Lumpur
  • Sukan SEA 1991 - Manila
  • Sukan SEA 1997 - Jakarta
  • Sukan SEA 1999 - Bandar Seri Begawan
  • Sukan SEA 2001 - Kuala Lumpur
  • Sukan SEA 2003 - Hanoi
  • Sukan SEA 2005 - Manila
  • Sukan SEA 2007 - Korat

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Penyiar Serba Boleh 1988
  • Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa 1989
  • Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa 1991
  • Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa 2004

Darjah dan pingat[sunting | sunting sumber]

  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)
  • Ahli Memangku Perak (AMP)
  • Ahli Mangku Pahang (AMP)
  • Pingat Pangkuan Negara (PPN)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Veteran sports presenter Hasbullah Awang passes away.
  2. ^ Hasbullah Awang meninggal dunia di IJN.
  3. ^ Anne Muhammad (12 Februari 2015) Hasbullah Awang meninggal dunia Malaysiakini. Dicapai pada 13 Februari 2015.
  4. ^ Norashikin Leman (12 Februari 2015) Jenazah Allahyarham hasbullah awang selamat dikebumikan Berita Harian. Dicapai pada 13 Februari 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]