Hasdie Hasnan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hasdie Hasnan
Hasdiehasnan201902.jpg
Hasdie Hasnan waktu membuat persembahan pada tahun 2014.
Kelahiran
Muhammad Nurul Hasdie Bin Hasnan

(1994-12-22) 22 Disember 1994 (umur 25)
Hospital R.I.P.A.S, Brunei Darussalam
Warganegara Brunei Darussalam
Nama lainMatHas
PekerjaanPenyanyi, Komposer, Produser H2P Studio Records
Tahun aktif2009 - sekarang
Kampung asalKg Tungku Gadong, Brunei Muara
Ibu bapaHasnan Kalong (Ayah)
Rosemawati Rahman (Ibu)
Kerjaya muzik
GenrePop, Soul, Rege, Rock , Kampungan
InstrumenSuara, Gitar, ukulele, koir, piano, papan nada, alat sintesis, EDM
Syarikat rakaman
Nakeera Studio (2009-2013)
H2 Studio (2010-2014)
Udi Records (2012-2013)
H2P Studio Records (2013 - Sekarang)
Pengkarya berkait
Macha Hasnan , Firdaus Hasnan, Zackrockers , Fairuz Al Hayat, Mariana Marzoki, Revv Din, M7X , Dede Supriyatna, Syazani Sufrin, Fizahfed
Laman sesawang
Tapak web rasmi

Hasdie Hasnan (lahir Muhammad Nurul Hasdie Bin Hasnan; 22 Disember 1994) merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu Brunei dan juga seorang penerbit dan penggubah lagu di H2P Studio Enterprise. Beliau telah mengeluarkan singlenya yang pertama pada tahun 2012 yang berjudul "Hingga Akhir Waktu" yang diterbitkan oleh Udi Records dan diputarkan di radio Brunei Darussalam iaitu Pelangi FM, Nasional FM Brunei dan Kristal FM. Hasdie Hasnan juga telah diberi pengiktirafan sebagai penyanyi brunei yang bertaraf antarabangsa yang telah di terbitkan di dalam berita The Open News Los Angeles[1] setelah lagu inggris beliau yang pertama iaitu I Love You More di putarkan di BBC Radio London pada tahun 2019.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Hasdie Hasnan telah dilahirkan ibunya di Hospital R.I.P.A.S Bandar Seri Begawan, Brunei Muara, Brunei Darussalam pada 22 Disember 1994. Hasdie Hasnan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi sejak berumur 9 tahun. Dia meneruskan cita-citanya untuk menjadi penyanyi hingga sekarang.

Dia berasal dari negara Brunei. Ayahnya berasal daripada keturunan Melayu Brunei manakala ibunya berasal daripada keturunan Dusun Cina Malaysia (Sipitang, Sabah).

Single (lagu)[sunting | sunting sumber]

Melayu
Hasdie Hasnan - Demi Cinta (2010)
Hasdie Hasnan - Hingga Akhir Waktu (2012)
Sampai Ke Syurga (2017)
Tak Mau Lagi (2017)
Denganmu Aku Jadi Sempurna (2018)
Temukan Jodohku (2018)
Bidadari (2018)
Aku Tak Sempurna (2019)
Pesan Hati (2019) menampilkan Fizahfed
Rela (2019)
Manusia Biasa (2019)
Selamanya (2020)
Tanpamu (2020)

Inggris
I Love You More (2019)
My World (2020)
Angel (2020)

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2005, Hasdie Hasnan mula belajar bermain gitar dan belajar untuk memperbaiki kemahirannya dalam bidang nyanyian. Pada tahun 2009, Hasdie Hasnan telah merakamkan lagunya sebagai single pertamanya di Studio Krizuna yang bertajuk Demi Cinta. Malangnya, lagu itu tidak lulus untuk diputarkan di siaran radio Pelangi FM kerana kualiti lagu yang tidak memuaskan.

Pada tahun 2009 itu juga Hasdie Hasnan telah bercadang untuk menubuhkan studio tersendiri. Setelah itu, Hasdie Hasnan membuat cadangan bersama teman sekugirannya iaitu Nakeera Band untuk menubuhkan sebuah studio. Setelah itu, semua cadangan berhasil dan tertubuhnya Nakeera Studio pada tahun 2009.

Pada tahun 2010, Hasdie Hasnan terus bergiat untuk menjadi seorang penerbit dan penggubah lagu di Nakeera Studio. Di sinilah Hasdie Hasnan memulakan kerjayanya menjadi seorang penerbit dan penggubah lagu. Dia terus mencipta lagu-lagu untuk Nakeera Band. Lagu-lagu yang diciptanya untuk Nakeera Band banyak yang lulus dan dipersetujui oleh pendengar-pendengar YouTube ketika itu. Lagu-lagu tersebut yang sudah diterbitkan pada tahun 2014 dan dijadikan single Hasdie Hasnan iaitu Jujurlah Saja dan Ku Perlukan Dirimu. Lagu ini menjadi single Hasdie Hasnan sebab kegagalan ketua Nakeera Band untuk tidak mahu meneruskan kugiran itu. Nakeera Band mula berpecah pada tahun 2011.

Pada tahun 2011, Hasdie Hasnan bercadang untuk fokus dalam pelajarannya dan juga memasuki kursus bidang muzik, nyanyian dan kursus penyuntingan rakaman lagu dalam masa setahun.

Pada tahun 2012, Hasdie Hasnan mula mencipta lagu untuk kekasihnya yang telah meninggal dunia pada tahun 2012 yang bertajuk Hingga Akhir Waktu. Hasdie Hasnan mula untuk membuat rakaman lagu tersebut hasil gabungannya dengan Udi Luqman di Studio Udi Records. Setelah selesai rakaman lagu tersebut, lagu itu pun lulus untuk diperdengarkan dan diputarkan di saluran radio Brunei Darussalam iaitu Pelangi FM dan Kristal FM. Dengan lagu tersebut, ramailah yang meminatinya sehingga banyak gosip-gosip tentang Hasdie Hasnan. Di situlah bermulanya kepopularan Hasdie Hasnan di Brunei Darussalam, Sabah dan Sarawak.

Pada tahun 2013, Hasdie Hasnan membuat keputusan untuk menukar nama studio yang diterbitkan oleh dia sendiri iaitu Nakeera Studio menjadi H2 Studio dan merakam lagu-lagu yang lainnya di studio H2 Studio untuk disatukan dalam album Hingga Akhir Waktu yang akan diterbitkan dan dijual pada tahun 2014. Setelah album tersebut diterbitkan, Hasdie Hasnan membuat keputusan untuk menukar nama studio kekal menjadi H2P Studio Enterprise. Pertukaran nama studio ini disebabkan pengambilan lesen studio. Hasdie Hasnan terpaksa menukar nama tersebut sebab permintaan pihak berkuasa daripada Kementerian Kewangan Brunei Darussalam.

Pada tahun 2014, Hasdie Hasnan menyelesaikan albumnya yang bertajuk "Hingga Akhir Waktu" yang berdurasi 1 jam, 1 minit dan 2 saat. Jumlah lagu dalam album tersebut sebanyak 12 buah lagu dan ia terjual sebanyak 200 unit. Album Hasdie Hasnan tersebut dijual di semua kedai CD dan lagu.


Pada tahun 2015, Hasdie Hasnan mula membuat album keduanya yang bertajuk I Love You yang berdurasi 54 minit dan 19 saat. Jumlah lagu dalam album tersebut sebanyak 11 buah lagu. Album tersebut telah dicetak sebanyak 100 unit dan dijual secara persendirian di studio H2P Studio Enterprise dan di kedai-kedai tertentu. Pada tahun ini juga semua lagu single yang tersenarai dalam album yang diterbitnya selalu diputarkan di radio-radio Malaysia dan Indonesia.[perlu rujukan] Bermula di sinilah, Hasdie Hasnan sangat terkenal di negara itu.[perlu rujukan]

Pada tahun 2016, Hasdie Hasnan bercadang untuk membuat album ketiganya yang bertajuk Ya Habibi dengan menampilkan penyanyi yang baru dalam bidang nyanyian yang berbahasa Arab iaitu Fairuz Al Hayat. Album ini akan dikeluarkan pada tahun 2017.

Kedudukan Carta lagu Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan Tertinggi Nota
Pelangi FM (stesen radio RTB Brunei) Nasional FM (stesen radio RTB Brunei) Kristal FM (stesen radio DST Brunei) Era FM (stesen radio Malaysia) Hot FM (stesen radio Malaysia)
2017 Sampai Ke Syurga
Tak Mau Lagi
2018 Denganmu Aku Jadi Sempurna
Temukan Jodohku
Bidadari
2019 Aku Tak Sempurna

Gambar Pengalaman Hasdie Hasnan[sunting | sunting sumber]

  • Bersama Nakeera Band
Hasdie Hasnan bersama Nakeera Band di Pantai Tungku Brunei pada Tahun 2010
Hasdie Hasnan bersama Nakeera Band di Pantai Tungku Brunei pada Tahun 2010
Hasdie Hasnan bersama Nakeera Band di Sekolah Menengah Menglait Gadong Brunei pada Tahun 2011

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Keterangan Album Senarai Lagu
Hingga Akhir Waktu
  • Tarikh Di Keluarkan: 1 Januari 2014
  • Format: CD, Digital Download
  • Label: H2 Studio & Udi Records
Senarai Lagu

1.Hingga Akhir Waktu
2. Hingga Akhir Waktuku
3. Sungguh Mencintainya
4. Hanya Dirimu Cintaku
5. Hingga Akhir Nafasku
6. Setialah
7. Terbaik Untuk ku
8. Demi Cinta (Versi 2013)
9. Cinta Ku Hanyalah Untukmu
10. Ku Perlukan Dirimu
11. Jujurlah Saja
12. Aku Ingin Selalu Dirimu

I Love You
  • Tarikh Di Keluarkan: 25 Oktober 2015
  • Format: CD, Digital Download
  • Label: H2P Studio Enterprise
Senarai Lagu

1. I Love You
2. I Miss You
3. Dang Ding Dong (Menampilkan Macha Hasnan)
4. Bisakah Aku Memilikimu
5. Kerna Ku Sangat Sayang
6. Relakan Saja (Menampilkan Nakeera Band)
7. Jodoh Pasti Akan Bertemu
8. Detik Lalu
9. Mencintaimu
10. Ampuni Aku
11. #ACRPM

Ya Habibi
  • Tarikh Di Keluarkan: 20 Oktober 2017
  • Format: CD, Digital Download
  • Label: H2P Studio Enterprise
Senarai Lagu

1. Habibi (Menampilkan Fairuz Al-Hayat)
2. I Love You
3. ApaSalahku
4. Jujur Andai Tak Setia
5. Sampai Ke Syurga
6. Tak Mau Lagi
7. Tak Mau Kamu
8. Tak Mau Mau
9. Terima Kau Seadanya

Anugerah dan Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencapaian
2009-2010 Anugerah Pelangi 2009/2010 Artis Baharu Lelaki Tercalon
Penyanyi Pilihan Tercalon
Anugerah RTB Artis Baharu Lelaki Tercalon
Penyanyi Lelaki Pilihan Tercalon
Anugerah H2P Artis Artis Baharu Tercalon
Lagu Pilihan (Demi Cinta) Tercalon
Tahun Anugerah Kategori Pencapaian
2012-2017 Anugerah Pelangi 2016/2017 Artis Baharu Lelaki Tercalon
Penyanyi Pilihan Tercalon
Anugerah RTB Artis Baharu Lelaki Tercalon
Penyanyi Lelaki Pilihan Tercalon
Anugerah H2P Artis Artis Baharu Tercalon
Lagu Pilihan (Sampai Ke Syurga) Menang

Anugerah Tahun 2018[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah H2P 2017 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
Anugerah H2P 2017 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan Terbitan
Pelakon Pengarah Penulis skrip Penerbit
TBA Misteri Rumah Nina Ya Ya Ya Ya Pak Mat (Pembersih Rumah Nina) Filem pertama H2P Studio Records

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hasdie Hasnan adalah penyanyi brunei pertama yang bertaraf antarabangsa. [1], The First Global Bruneian Singer.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]