Hashim Bin Hj. Karim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hashim Bin Hj. Karim adalah bekas Penasihat Ekonomi kepada dua Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir. Beliau juga adalah bekas Pegawai Diplomat Malaysia ke London dari tahun 1970-1975 sebelum dilantik menjadi Penasihat Ekonomi kepada PM. Beliau tamat perkhidmatan sebagai Penasihat Ekonomi kepada PM pada tahun 1990 sebelum membawa keluarga beliau berhijrah ke United Kingdom. Beliau dan keluarganya dikatakan akan terus kekal menetap disana. Berita kepulangan mereka masih belum direkodkan.

Latarbelakang dan Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Bukit Kechik, Kedah pada 15 Disember 1942. Bapanya Haji Karim Bin Hj. Ali berketurunan Jawa merupakan seorang tokoh Agama yang terkenal di Kedah dan dikenali sebagai Tok Guru Saad. Ibunya bernama Hajah Normah Binti Ahmad. Beliau dibesarkan di Kedah sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur pada usia 15 tahun mengikut keluarganya.

Beliau telah berkahwin dengan Siti Aisah Binti Aziz dan telah dikurniakan tujuh orang anak. Seorang perempuan dan enam lelaki (dua darinya telah meninggal dunia semasa kecil).

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Kuala Lumpur, kemudian menyambung pengajiannya di Universiti Malaya Singapura dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) kelas Pertama. Kemudian beliau mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi di Harvard University, United States of America.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menerima pelbagai anugerah semasa beliau dalam perkhidmatan. Malah turut tiga kali ditawarkan Anugerah yang membawa gelaran Dato' dan Tan Sri namun beliau menolak dengan penuh hormat atas alasan beliau masih belum layak untuk menerima penganugerahan yang membawa gelaran tersebut.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Bermula karier sebagai Pegawai Perancangan Ekonomi di Kementerian Kewangan sebelum bertukar Kementerian ke Kementerian Luar Negara (kini Kementerian Luar) sebagai Pegawai Diplomatik ke Australia, India dan London,UK. Beliau pernah menjadi Penasihat Pembangunan Petronas dan MARA, dan menjadi Senator Dewan Negara selama satu penggal (3 tahun). Kemudian, beliau terus dilantik oleh Tun Hussein Onn sebagai Penasihat Ekonomi kepada beliau sebelum pengganti kepada Tun Hussein iaitu (Tun)Dr. Mahathir turut mengekalkan beliau menjadi Penasihat Ekonomi kepada beliau. Bersara secara sukarela pada 1990 atas alasan kesihatan dan ingin menumpukan perhatian kepada keluarga.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Antara sumbangan utama beliau kepada negara ialah:-

Turut terlibat dalam perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara Turut menjadi Ahli Kehormat Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II. Beliau turut menjadi penyumbang idea dalam perancangan pelan mewujudkan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH) bersama-sama Prof DiRaja Ungku Aziz. LTH hasil buah fikiran Ungku Aziz.