Hashim ibn Utbah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Hashim bin Utbah bin Abi Waqas adalah satu panglima tentera Islam. Beliau adalah anak saudara Saad bin Abi Waqqas melalui ayah beliau, dan merupakan sahabat Nabi S.A.W. Hashim menyertai Peperangan Riddah terhadap pemberontak bangsa Arab berikutan kewafatan Nabi Muhammad S.A.W untuk mengembalikan mereka kepada Islam. Beliau berperang dengan Byzantine dalam Pertempuran Yarmouk di bawah pimpinan Khalid ibn al-Walid. Beliau memainkan peranan yang penting dalam Perang al-Qadisiyyah yang membawa kepada penaklukan Al-Mada'in oleh orang Islam.