Hashimuddin Abdul Kadir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Datuk Hashimuddin Abdul Kadir muncul dalam media massa di Malaysia setelah berlaku krisis dengan isterinya Norish Karman. Hishamuddin merupakan pengerusi eksekutif syarikat Perspec Prime (M) Sdn. Bhd yang terletak di Ampang. Hashimuddin adalah bekas Adun Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Taklimat media[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2007, Hishamuddin pernah memberi amaran kepada Mohd. Luqman Mohd. Amin bahawa perbuatannya berbaik-baik dengan NK, salah disisi undang-undang syarak kerana NK mempunyai anak-anak dan merupakan isterinya. Hashimuddin pernah bersua dengan adik Luqman, penyanyi Farahdhiya dan bapanya, Mohd. Amin.Faradhiya pernah melihat gambar NK dalam telefon bimbit Luqman.

Pada 22 April 2009 Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan perintah tidak membenarkan Luqman menghampiri anak-anaknya berdasarkan pergaulan 'luar biasa' itu. Perbicaraan bersambung pada 17 Jun 2009 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Dalam perbicaraan itu, Norish Karman menuntut:

  • Wang saku RM700 untuk anak-anak. Setiausaha syarikat akan mengeluarkan wang tunai dari ‘petty cash’ jika perlu.
  • RM700 hingga RM1,000 seminggu yang dikirimkan oleh Hashimuddin sendiri atau melalui pemandunya untuk bekalan makanan dan keperluan dapur.
  • Kereta Nissan Murano BJN 17 beserta pemandu bagi menghantar serta mengambil pulang anak dari sekolah termasuk juga kelas-kelas tambahan serta aktiviti-aktiviti. Hashimuddin akan bersama anak-anak pada hari Ahad mulai pukul 6 pagi hingga 7 petang. Pemandu dalam keadaan 'stand by' 24 jam. Nissan murano ditarik balik kerana NK tidak membayar cukai jalan kereta. Kereta itu sering diguna dan disimpan di rumah Mohd Luqman seolah-olah keretanya sendiri. RM2800 dibayar untuk membaiki Murano itu kerana ‘bengkang-bengkok’
  • RM700 di kreditkan terus ke akaun pembantu di Filipina melalui Western Union.
  • RM500 hingga RM 600 sebulan untuk bil telefon dan internet.
  • Ketiga-tiga anak serta NK didaftarkan di Hospital Subang Jaya Medical Centre (SJMC).
  • Semua yuran sekolah, kelas-kelas lain ditanggung oleh Hashimuddin selama ini, termasuk buku-buku dan pakaian sekolah. Semua pakaian anak-anak adalah ditanggung oleh Hashimuddin di mana dia membeli sendiri pakaian bersama anak-anak.
  • RM5,000 diberi selama 3 bulan (berjumlah RM15,000) bagi bayaran edah. Sepanjang NK bergelar isteri Hashimuddin , dia mendapat RM3,000 sebulan.
  • RM9,000 bagi membiayai kos deposit rumah sewa NK di Beverly Residence. Selepas berpisah, NK masih tinggal di Tropicana yang dibiayai oleh Hashimuddin berjumlah RM5,000 sebulan, 3 bulan sehingga dia berpindah ke tempat baru.
  • RM3,000 dibayar untuk kos pemindahan dan pembungkusan dari Tropicana ke tempat kediaman baru.
  • RM7,000 kos perabot IKEA untuk rumah di Beverly Residence. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]