Hasmiza binti Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Datuk Seri Vida
Kelahiran
Hasmiza Binti Othman

(1971-10-24) 24 Oktober 1971 (umur 50)
Nama lainDSV
PendidikanSarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu dan Sejarah)
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
PekerjaanAhli perniagaan
Pasangan
  • Mohd Amin Yasin (k. 2000; c. 2008)
  • Tuan Azid Hamzah (k. 2014; c. 2014)
  • Fairuz Ahmad Zainuddin (k. 2014; c. 2017)
Anak2

Datuk Seri Hasmiza binti Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (kadangkala disingkatkan sebagai DSV; lahir 24 Oktober 1971)[1] ialah seorang usahawan Malaysia yang berasal dari Kelantan. Beliau telah menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan oleh Tengku Mahkota Pahang ketika itu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober 2014.[2][3]

Pada 14 Julai 2017, Datuk Seri Vida telah melancarkan single sulungnya yang bertajuk "I Am Me" yang digubah dan dikarang oleh Edry Abdul Halim daripada KRU. Video muzik lagu tersebut mula tular di internet dengan mencapai lebih daripada 50,000 tontonan selepas dimuat naik ke YouTube dalam tempoh masa dua hari.[4]

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Datuk Vida pernah berkahwin buat kali pertama dengan Mohd Amin Yasin daripada 2000 sehingga 2008.

Beliau berkahwin buat kali kedua dengan Tuan Azid Hamzah pada Januari 2014 dan mereka berpisah 3 bulan kemudian.

Beliau mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin daripada 2014 sehingga 2017.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dato Seri Vida". Gempak. 30 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Ogos 2018.
  2. ^ Shahrinnahar Latib (25 Oktober 2014). "Isteri TPM ketuai penerima darjah kebesaran Pahang". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Ogos 2018 – melalui Utusan online.
  3. ^ "80 terima darjah kebesaran". myMetro. 26 Oktober 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Ogos 2018.
  4. ^ Amri Hassan (15 Julai 2017). "Edry memang sengaja mahu lagu Datuk Seri Vida, I Am Me jadi viral". Gempak. Dicapai pada 14 Oktober 2018 – melalui Astro Awani.