Hasnah Haron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hasnah Harun)
Hasnah Haron
Album rakaman piring hitam penyanyi Hasnah Harun.
Latar belakang
Kelahiran1947 (1947)
Malaysia
Meninggal dunia1 Ogos 2011(2011-08-01) (umur 63–64)
Hospital Sultan Ismail
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal

Hasnah Haron merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Lagu popularnya ialah Bersedih, Sabar Menanti dan Siti Zubaidah.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Hasnah Haron sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan Les Kafilas. Beliau mencipta nama dengan lagu Bersedih.

Hasnah Haron turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd. [1]

Album[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Bersedih
  • Sabar Menanti
  • Aliran Usia
  • Jauh Dariki
  • Bintang Pujaan
  • Mengharap Kasih
  • Ayah Bonda
  • Kata Terpendam

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Ogos 2011, penyanyi popular tahun 60-an ini , meninggal dunia akibat penyakit kanser pangkal rahim di Hospital Sultan Ismail pada usia 64 tahun. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru,Johor.[2]

Rujukan dan Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Konsert Pop Yeh Yeh Di Mana Silapnya?
  2. ^ "SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa, Oleh KEMALIA OTHMAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-13. Dicapai pada 2021-08-21.