Hasnah Kana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Allahyarhamha Biduanita Puan Hajjah

Hasnah Kana
ميده بنت كان
Allahyarhamha Biduanita Puan Hasnah Kana (kiri) bersama suami Tuan Nasir Abdullah.
KelahiranMidah binte Kana
(1953-08-31)31 Ogos 1953
Meninggal dunia9 November 2020(2020-11-09) (umur 67)
Sebab kematianKomplikasi dari kencing manis, paru-paru berair, serangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Aman (Abadi), Lim Chu Kang, Singapura Singapura
WarganegaraSingapura Singapura
Terkenal keranaOrkes Melayu Mutiara Memperjuangkan Musik Tradisional Melayu
Ratu Ghazal Singapura
PasanganTuan Nasir Abdullah
Anak-anakIrma Yanti Mohd Nazir, lagi 3 orang anak dan 6 cucu
Kerjaya muzik
GenreLagu Melayu Asli, Ghazal, Lagu Melayu Deli, Keroncong, Tradisional
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1960-an hingga ke 2020
Syarikat rakaman
Cathay Keris Studio (Siglap), Singapura
LIFE Records, Malaysia
LIFE Records, Singapura
Pengkarya berkait
Rosiah Chik, R. Ismail, Dato' S. M. Salim, Noraniza Idris, Abdullah Chik, Ahmad Jais, Yusni Hamid, Datin Rafeah Buang, Zaleha Hamid, Dato' Ahmad Daud, Sulaiman Idros, Malek Ridzuan, Datin Orkid Abdullah, Hang Mokhtar, Jatt Ali, Rudy Djoe, Rahim Jantan, Kamariah Noor, Sofie S, S Jibeng, J. Mizan, Wahid Satay, Julie Sudiro, Dato' M. Daud Kilau, S. Roha, Lina Kamsan, Mariam Ahmad

Almarhumah Biduanita Puan Midah binte Kana (Jawi: ميده بنت كان) atau lebih dikenali sebagai Biduanita Hasnah Kana (1953 – 9 November 2020) merupakan seorang penyanyi Melayu era 1960-an dan tahun 1980-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio dan TV di Malaya, Singapura, Brunei dan Kepulauan Riau, Indonesia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Singapura pada tahun 1953.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hasnah Kana terkenal dengan suaranya yang lunak mendendangkan lagu-lagu bercorak Asli, Joget dan Keroncong.

Beliau aktif sejak tahun 1960-an lagi hinggalah ke tahun-tahun 80-an dan seangkatan dengan penyanyi seperti Rosiah Chik, SM Salim dan R Ismail.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah pengasas Orkes Melayu Mutiara bersama suaminya Tuan Nasir Abdullah.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Allahyarhamha Hasnah Kana meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan ginjal yang lemah.

Beliau dimasukkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) kerana masalah kaki bengkak disebabkan pengumpulan air dalam tubuh atau 'water retention'. Keadaan itu menjejas pergerakannya di rumah.

Menurut anaknya, "Kami perasan di rumah kakinya nanti berair tapi cuma seolah-olah dia berpeluh di kaki. Jadi makin lama, saya cakap 'Jom Ma kita pergi doktor, pergi unit kecemasan'. Mak saya memang ada kencing manis. Jadi asalnya dari situlah. Doktor cuba keluarkan air dan mungkin saya pernah dengar doktor cakap paru-parunya pun ada berair juga sebab itu dia bernafas pun dalam keadaan lemah," kata putrinya Irma Yanti Mohd Nazir

Allahyarhamha menghembuskan nafas terakhirnya sekitar 10.00 pagi semasa bersarapan di NUH pada hari Isnin, 9 November 2020.

Lebih memilukan, keluarganya tidak sempat berada di sisi beliau buat kali terakhir.

"Doktor suruh anak-anak semua bergegas ke sana. Jadi ayah saya sampai dulu lepas itu saya. Tapi keadaan ibu saya sudah tak adalah. Tak sempat. Ayah saya pun tak sempat," kata putrinya Irma Yanti.

Allahyarhamha meninggalkan seorang suami, empat orang anak dan enam orang cucu.

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Dayang Senandung
  • Bercerai Kasih
  • Iman
  • Sengsara
  • Penawar Rindu
  • Sri Mersing

Rujukan[sunting | sunting sumber]