Pergi ke kandungan

Hasnah Mohammed Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hasnah Mohammed Hashim
Ketua Hakim Negara Malaysia
Pemangku
Menyandang jawatan
3 Julai 2025
Raja Johor Sultan Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Didahului olehTengku Maimun Tuan Mat
Hakim Besar Malaya ke-13
Menyandang jawatan
12 November 2024
Dicalonkan oleh Anwar Ibrahim
Dilantik oleh Johor Sultan Ibrahim
Raja Johor Sultan Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Didahului olehAzahar Mohamed
Maklumat peribadi
Lahir
Hasnah binti Mohammed Hashim

(1959-05-15) 15 Mei 1959 (umur 66)
Kuantan, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganMohd Idris Habib
Anak3
Tempat belajarUniversiti Malaya

Tan Sri Dato' Sri Hasnah binti Dato' Mohammed Hashim (lahir 15 Mei 1959) ialah sorang peguam dan penjawat awam di Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai Hakim Besar Malaya sejak 12 November 2024.[1] Beliau menggantikan penyandangnya yang telah bersara, Tan Sri Dato' Sri Azahar Mohamed.[2]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Hasmah binti Mohammed Hashim dilahirkan di pada 15 Mei 1959 di Kuantan, Pahang.

Hasnah telah memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada 1 Ogos 1983 sebagai Penasihat Undang-Undang/ Peguam Kanan Persekutuan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Yang Amat Arif kemudiannya berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang/Peguam Kanan Persekutuan di Kementerian Telekomunikasi dan Pos serta Kementerian Kerja Raya. Yang Amat Arif mencipta sejarah sebagai pegawai wanita pertama yang memegang jawatan Penolong Penasihat Undang-Undang di Selangor.

Pada tahun 1994, Hasnah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Selangor dan kemudiannya di Kuala Lumpur. Pada tahun 2000, Hasnah, menjawat jawatan sebagai Pendaftar Mahkamah Rayuan. Seterusnya pada tahun 2007, Hasnah dilantik sebagai Pengarah Lembaga Kelayakan Undang-Undang (LQB) dan pada tahun 2009 sebagai Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi. Jawatan terakhir Hasnah dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan adalah sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari tahun 2009 hingga 2010.

Pada 3 Mei 2010, Hasnah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman,[3] dan kemudiannya Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pada 4 April 2012.[4] Yang Arif berkhidmat di Bahagian Komersial di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sehingga dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 21 Mac 2016.[5] Ketika memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif juga telah dilantik sebagai Presiden Tribunal Rayuan Persaingan pada tahun 2013.

Yang Arif telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 5 Disember 2019[6] dan pada 12 November 2024, Yang Arif Datuk Hasnah dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.[7]

Kehidupan Peribadi

[sunting | sunting sumber]

Yang Amat Arif telah mendirikan rumahtangga dengan YBhg. Encik Mohd Idris bin Haji Habib, dan mereka telah dikurniakan tiga orang anak perempuan.

  1. ^ "Hasnah angkat sumpah jawatan Hakim Besar Malaya". Astro Awani. 12 November 2024.
  2. ^ "Abang Iskandar angkat sumpah Presiden Mahkamah Rayuan". Sinar Harian. 17 Januari 2023.
  3. ^ "Laporan tahunan Suruhanjaya Perlantikan Hakim tahun 2010". Suruhanjaya Perlantikan Hakim. 31 December 2010.
  4. ^ "Laporan tahunan Suruhanjaya Perlantikan Hakim tahun 2012". Suruhanjaya Perlantikan Hakim. 31 December 2012.
  5. ^ "Laporan tahunan Suruhanjaya Perlantikan Hakim tahun 2016". Suruhanjaya Perlantikan Hakim. 31 December 2016.
  6. ^ "Laporan tahunan Suruhanjaya Perlantikan Hakim tahun 2019". Suruhanjaya Perlantikan Hakim. 31 December 2019.
  7. ^ "Hasnah angkat sumpah jawatan Hakim Besar Malaya". Harian Metro. 12 December 2024.
  8. ^ "Peguam Negara dahului senarai penerima Darjah Kebesaran, pingat sempena Keputeraan Agong". Berita Harian. 2 Jun 2025.
  9. ^ "SENARAI PENUH PENERIMA DARJAH KEBESARAN,BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 2009". Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri. 6 Jun 2025.
  10. ^ "Tun Abdullah Ketuai Senarai Penerima Darjah Kebesaran Wilayah Persekutuan 2010". MStar. 31 Januari 2010.
  11. ^ "8 anakanda Agong terima darjah kebesaran Pahang". Berita Harian. 15 Ogos 2025.