Hassan Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Datuk Dr Hassan Ahmad (lahir 8 Disember 1936-31 Ogos 2011) merupakan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (1963-1976) dan pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang turut terlibat dalam Perarakan Keranda Mac 2009 .

Beliau dilantik menjadi Duta Besar dan Wakil Tetap Malaysia ke Unesco di Paris.Beliau penerima Zamalah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Seminar Sebutan Tentang Persefahaman Antarabangsa di New York. Dari Paris, beliau terus menyumbang pelbagai rencana di majalah Dewan Masyarakat.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Hassan Ahmad dilahirkan di Muar, Johor adalah anak sulung daripada lapan beradik dan anak pegawai polis zaman British.Bersekolah di Sekolah Melayu Mersing (1942-1943) , Sekolah Melayu Muar (1945-1948) , Sekolah Tinggi Muar dan Maktab Melayu Kuala Kangsar (1957).Di Universiti Malaya beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera.

Semasa di UM beliau adalah Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Malaya (1960-1961), dan Presiden PBM (1961-1962).Kenalan beliau memanggil beliau sebagai 'Penghulu' suka membela orang Melayu.Rakan seuniversitinya ialah Ali Haji Ahmad dan Kassim Ahmad.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Penolong Pegawai Daerah Pontian (1962) dan menjadi Pegawai penyelidik,DBP mulai 1963.Seterusnya mengetuai Bahagian Penyelidikan (1965-1968).Kemudian menjadi Pemangku Pengarah dan Pengarah (1971-1976) dan Ketua Pengarah DBP (1976). Beliau berpengalaman luas bersama Tan Sri Syed Nasir Ismail.

Ketua Pengarah DBP[sunting | sunting sumber]

Beliau bertugas di DBP sejak 1963.Selama 25 tahun di DBP, Hassan Ahmad berusaha mengangkat serta mempertingkatkan mutu bahasa Melayu sekali gus menjadikan DBP antara pusat pengembangan bahasa Melayu yang disegani di serata dunia.

Selepas bersara, beliau menjadi Pensyarah Jemputan di Universiti Malaya, Professor Adjung di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Malaysia.

Hassan Ahmad pernah menjadi Ketua I Persatuan Penulis Nasional (PENA) (1966-1967). Beliau menjadi Jawatankuasa Tetap Majlis Bahasa Malaysia/Indonesia (kini MABBIM).Beliau juga Pengerusi Majlis Bahasa Malaysia dalam menyelaraskan ejaan dan istilah antara Malaysia, Indonesia, dan Brunei Darussalam.

Atas jasanya, beliau dikurniakan darjah Kesateria Mangku Negara oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (1973). Darjah Datuk Setia Ismail Johor oleh Duli Yang Mulia Sultan Johor yang membawa gelaran “Datuk” (1978).Men jadi Timbalan Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara, Pengerusi Hadiah Sastera Malaysia, Pengerusi Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan, Ahli Jemaah Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain.

Beliau adalah anak Melayu pertama dianugerahkan Ijazah Kedoktoran (PhD) Sains Sosial dari Universiti Leiden , Belanda kerana giat memperjuangkan serta mengukuhkan penggunaan bahasa Melayu melalui peranannya sebagai pengerusi di dalam beberapa Majlis Bahasa Melayu yang melibatkan negara-negara di rantau Asia.[1]

Pengerusi Yayasan Karyawan[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Karyawan.

Bangkit menentang PPSMI[sunting | sunting sumber]

Beliau antara tokoh bahasa dan sasterawan yang terlibat menentang dasar PPSMI di sekolah rendah hingga universiti kerana Bahasa Melayu perlu dipertahankan untuk mengekalkan jati diri bangsa dan negara Malaysia. Walaupun telah tua, beliau bersama A Samad Said dan NGO pejuang Bahasa seperti PKPIM, ABIM, PLM, Paksi, serta tokoh politik Pakatan Rakyat berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara untuk menyampaikan memorandum membantah PPSMI kepada Yang Dipertuan Agong.[2]

Baginya, pendokong `nasionalisme' sempit ini banyak yang menguasai bahasa Inggeris tinggi. Mereka tidak pernah membenci bahasa asing. Malah merekalah paling ke depan menyokong segala usaha kerajaan untuk meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah kita.[3] Ekoran itu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memansuhkan PPSMI dan diganti dengan MBMMBI pula .

Pada 2003 kerajaan mengubah dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dengan alasan orang Malaysia tidak akan maju jika tidak belajar kedua-dua subjek berkenaan dalam bahasa penjajah.[4]Bahasa Melayu sudah pun digunakan untuk mengajar dan mempelajari ilmu ‘moden’ seperti linguistik, sosiologi, antropologi, selain bahasa dan kesusasteraan Melayu di Jabatan Pengajian Melayu sejak Universiti Malaya di Singapura pada 1954. Tenaga pengajar ketika itu ialah di kalangan sarjana Belanda dan Inggeris seperti Jesselin de Jong, Dr CC Mees, Dr MBSwift dan CC Skinner.Baginya, DBP perlu kuat dan memperkukuhkan tugasnya seperti diamanahkan sejak 1959 dan diperkemaskan lagi melalui Akta DBP (Pindaan) 1995.DBP jangan lari daripada tugas asal.

Karya penulisan[sunting | sunting sumber]

Beliau banyak menulis buku dan pelbagai artikel terutama tentang mempertahankan bahasa Melayu. Rencana tulisan beliau disiarkan secara tetap dalam majalah Dewan Masyarakat terbitan DBP.

Beliau menyertai persidangan antarabangsa di Amerika Syarikat, Eropah, Rusia, India, Jepun, Korea, Filipina, Thailand, dan Indonesia. 1982, beliau mempengerusikan “Seminar on Book For All at Low Cost” anjuran National Book Trust of India di New Delhi.Dalam Persidangan Editor Asia pada Januari 1982 di Singapura membentangkan kertas kerja “Problems and Techniques of Translation and Adaption of Foreign Works into an Indigenous Language”.

Hasil tulisan beliau :

  • Syair, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1964, 91 hlm.
  • Bahasa, Sastera, Buku: Cetusan Fikiran Hassan Ahmad, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 554 hlm.
  • Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan-pertubuhan Khasnya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966, 300 hlm.
  • International Conference on Translation (kumpulan kertas kerja bersama), Kuala Lumpur: The Malaysian Translators Association, 1986, 224 hlm.
  • Aspek Kemanusiaan dalam Perusahaan/Douglas Mc Greger, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 254 hlm.
  • Eksekutif yang Berkesan/Peter F.Drucker, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 222 hlm.
  • Sukarnya Membuat Pilihan/Samuel P.Huntington dan Joan M. Nelson, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, 218 hlm.
  • Puisi Hina Kaum Melayu-Pendapat Dr.Hassan Ahmad
  • Setia Dan Cinta Pada Negara-Karya Hassan Ahmad
  • Pendapat Dr Hassan Ahmad Tentang Pejuang Politik Islam Cara Hikmah[5]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Ogos 2011, beliau (74) meninggal dunia di kediamannya di Petaling Jaya.Anak keduanya, Hasmirawati (33) menjelaskan bahawa arwah meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital berhampiran selepas mengadu sakit perut .Isterinya Datin Hamimi Mohamad Shariff (68) dan dua anak perempuan.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]