Hassan Mahmud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hassan Mahmud Al-Hafiz)
Dato' Ustaz

Hassan Mahmud

D.I.M.P
Mudir Imam Muda
Dalam jawatan
2010–2012
Butiran peribadi
LahirAlam bin Mahmud
(1948-09-11) 11 September 1948 (umur 75)
Kampung Padang Keria, Sanglang, Perlis, Persekutuan Tanah Melayu
Parti politik (sejak 2018)
PasanganMaznah
Jamaliah Harun
Melly Maliha Mydin
Anak-anak7 orang

Dato' Ustaz Haji Hassan Mahmud al Hafiz ialah seorang agamawan dan pendakwah Islam di Malaysia. Beliau telah dilantik menjadi pengetua program rancangan realiti Imam Muda. Beliau juga merupakan mantan imam Masjid Negara.[1]

Keluarga dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Hassan Mahmood dilahirkan pada 11 September 1948 di Kampung Padang Keria, Sanglang, Perlis. Nama penuh beliau adalah Alam bin Mahmud. Ibu beliau bernama Putih binti Lebai Man. Ayah beliau, Mahmud bin Mat Piah mempunyai tujuh orang anak dan Hassan merupakan anak yang keempat. Selang beberapa tahun, ayahnya telah dijemput Ilahi. Kemudian, ibunya berkahwin dengan ayah tirinya, dan dikurniakan empat orang cahaya mata[2].

Hassan mendapat pendidikan awal ketika berumur tujuh tahun di Sekolah Umum Padang Keria, Sanglang (19551960). Kemudian beliau mendapatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Arab Bohor Mali, Kayang, Perlis (1961-1963). Selepas mengambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP) secara persendirian, beliau berjaya diterima untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Al- Alawiyah, Arau (1964-1965) dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selepas beliau tamat SPM, beliau berjaya mendapat biasiswa kerajaan negeri Perlis untuk melanjutkan pelajaran menghafal al-Quran di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Masjid Negara. Beliau berjaya menamatkan hafalan al-Quran dalam tempoh tiga tahun ketika berusia 23 tahun (1969-1971). Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian selama enam tahun di Universiti Al-Azhar, Mesir di peringkat sarjana muda Qiraat dan Usuluddin[2].

Mudir Imam Muda[sunting | sunting sumber]

Hassan telah dilantik menjadi mudri (pengetua) bagi sebuah rancangan realiti Islamik terbitan Astro Oasis, Imam Muda[3]. Beliau telah menjadi mudir untuk kesemua tiga musim[4][3] yang dianjurkan.

Menyertai AMANAH[sunting | sunting sumber]

Hassan telah menyertai Parti Amanah Negara pada 22 September 2018. Penyertaannya telah diumumkan oleh Naib Presiden parti itu, Mahfuz Omar di Temerloh, Pahang[5].

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Pahang
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - 2010 - Dato'

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dimensi baru kerjaya imam Utusan Malaysia
  2. ^ a b Faten Zakiah Binti Zin, Sabri Mohamad (23 Ogos 2017). "HASSAN MAHMOOD AL-HAFIZ: SUATU BIOGRAFI" (PDF). National Pre University Seminar 2017.
  3. ^ a b Budiey (11 Mac 2011). "Imam Muda Perkenal Mursyid Baru". Budiey.com. Dicapai pada 10 Julai 2021.
  4. ^ Budiey (31 Julai 2010). "Asyraf Juara Imam Muda Musim 1". Budiey.com. Dicapai pada 10 Julai 2021.
  5. ^ "Pendakwah terkenal sertai AMANAH". Malaysiakini. 22 September 2018. Dicapai pada 10 Julai 2021.