Hassan Muthalib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hassan Muthalib
Kelahiran
Hassan bin Abdul Muthalib

(1945-11-03) 3 November 1945 (umur 78)
Nama lainPak Hassan
Pekerjaan
  • Animator
  • Pelukis
  • Pengarah filem
  • Pengkritik filem
  • Penulis
Tahun aktif1964–kini
Anak-anak3

Hassan Abdul Muthalib (lahir 3 November 1945) merupakan seorang juruanimasi, pengkritik dan pengarah filem, dan pelukis Malaysia yang mempelopori animasi Malaysia.[1] Beliau diberi jolokan "Bapa Animasi Malaysia".[2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Hassan Muthalib, lebih mesra dengan panggilan Pak Hassan dilahirkan pada 3 November 1945 di Alor Setar, Kedah dan dibesarkan di Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah George Town, Pulau Pinang. Semasa zaman persekolahannya, beliau amat aktif dalam seni lukisan dan kurang berminat membaca.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1964 pada usia 19 tahun dan bekerja di Gedung Beli-belah Robinson di mana beliau bergiat aktif dalam seni komersial. Empat tahun kemudian, iaitu pada 1968, beliau menyertai Filem Negara Malaysia (FNM) sebagai pelakar tajuk filem, seterusnya menghasilkan animasi. Hassan menghasilan animasi pendek untuk Filem Negara termasuk Bunuhlah Nyamuk Aedes, Jimatkan Elektrik dan Silinder Gas. Hassan diberi kepercayaan menghasilkan animasi Sang Kancil yang pernah bersiaran di RTM pada 1980-an.

Beliau menamatkan kerjayanya di FNM pada 1995 selepas berkhidmat selama 27 tahun.[4] Pada tahun 1998, Hassan mengarahkan filem animasi pertama negara, Silat Lagenda yang ditayangkan pada 27 Ogos.[5] Beliau mengarang buku bertajuk Malaysian Cinema in a Bottle (Pawagam Malaysia di dalam Botol) yang diterbitkan pada 2014.[6][7] Dua tahun kemudian, beliau mengarang buku keduanya, From Deer Mouse to Mouse: 70 Years of Malaysian Animation yang dilancarkan sempena ulang tahun ke-70 animasi Malaysia.[8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Hassan ialah bapa kepada tiga anak. Dua anak lelakinya, Samad Hassan dan Ahmad Hassan, juga terlibat dalam animasi.[9]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pada 3 September 2018, Hassan bersama-sama Tokoh Akademik, Khoo Kay Kim terpilih sebagai penerima Anugerah Merdeka 2018 yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.[10][11][12] Anugerah lain yang diterima beliau termasuk:[4]

  • Bapa Animasi Malaysia 2012
  • Perintis Animasi Asia
  • Ikon Animasi Kolej Komuniti 2010
  • Kesan Khas Terbaik 1990
  • Tokoh Seni Dalam Buku Pendidikan Seni Sekolah Tingkatan 1
  • Anugerah Juri Dokumentari Terbaik 1989
  • Anugerah Seri Angkasa 1983

Filemografi[sunting | sunting sumber]

  • Hapuskan Nyamuk Aedes: Gunakan Ubat Jentik-Jentik (1977)
  • Selamat Hari Natal (1979)
  • Ikuti Peraturan Penggunaan Gas Memasak (1981)
  • Hikayat Sang Kancil (1983)
  • Mekanik (1983)
  • Hikayat Sang Kancil dan Monyet (1984)
  • Gagak Yang Bijak (1985)
  • Singa Yang Haloba (1986)
  • Arnab Yang Sombong (1986)
  • Hikayat Sang kancil dan Buaya (1987)
  • Jagalah Kebersihan Tandas (1987)
  • Hormatilah Tangki Gas Anda (1987)
  • Mat Gelap (1990)
  • Silat Lagenda (filem animasi; 1998)
  • At the End of Daybreak (2009)
  • Zombiku Zombimu Jua (sisipan dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah; 2010)
  • Return to Nostalgia (2015)
  • The Unsung HERO - Mat Sentol (2016)
  • Thottam: The Garden (2017)
  • SEA Director Focus (2017)

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ S. Indra Sathiabalan (9 Ogos 2015). "A fascination for films". The Sun Daily. Dicapai pada 17 Oktober 2015.
  2. ^ Izwan Ismail (28 Ogos 2017). "Malaysia's father of animation talks about his passion, state of animation industry". New Straits Times. Dicapai pada 16 Oktober 2018.
  3. ^ Afiq Hanif (16 Ogos 2017). "Pak Hassan bapa animasi Malaysia". Harian Metro. Dicapai pada 16 Oktober 2018.
  4. ^ a b Nor ‘Asyikin Mat Hayin (24 Oktober 2018). "Rahsia bapa animasi". Harian Metro. Dicapai pada 23 Jun 2019.
  5. ^ Filem animasi Silat Lagenda diarah oleh anak Kedah Diarkibkan 2018-03-03 di Wayback Machine Orang Kedah (25 Februari 2017). Dicapai pada 1 Mac 2017.
  6. ^ John Krich (7 Mac 2014). "Hassan Muthalib's Malaysian Cinema in a Bottle". Wall Street Journal. Dicapai pada 16 Oktober 2014.
  7. ^ Bissme S. (30 Ogos 2017). "Capturing the Malaysian spirit". The Sun, Malaysia. Dicapai pada 16 Oktober 2017.
  8. ^ Peter Schavemaker (11 Januari 2017). 70 Years of Malaysian Animation: Interview with Hassan Muthalib Zippy Frames. Dicapai pada 11 Januari 2017.
  9. ^ Allan Koay (August 31, 2012). Animation generation The Star Online. Retrieved on June 24, 2013.
  10. ^ Farhana Joni (3 September 2018). "Kay Kim, Hassan penerima Anugerah Merdeka 2018". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Oktober 2018.
  11. ^ Mahathir Monihuldin (4 September 2018). Sang Kancil creator receives Merdeka Awards The Star Online. Dicapai pada 1 Oktober 2018.
  12. ^ Merdeka Award: Hassan Muthalib Diarkibkan 2019-07-10 di Wayback Machine Merdeka Award. Dicapai pada 10 Julai 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]