Hassan Nawawi Bin Abd Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hassan Nawawi bin Abd Rahman

Dato’ Hassan Nawawi Bin Abd Rahman terkenal di Malaysia kerana pernah mengelilingi dunia dengan mengayuh basikal. Beliau digelar 'wira daratan'. Beliau dilahirkan pada 9 Disember 1954 di Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar, negeri Perak.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Manong (1961 – 1966). Seterusnya di SMK Sultan Tajul Ariffin Manong (1967 – 1969). Pindah ke SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur (1970 – 1973) dari tingkatan 4 hingga 6 atas.Di Universiti Malaya beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah Hubungan Antarabangsa pada tahun 1977. Seterusnya mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Pembangunan (MDA) dari University of Western Michigan pada tahun 1986.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Menjadi guru sementara di SMK Sultan Tajul Ariffin Manong pada 1974 dan di SMK Dato’ Idris Pantai Remis pada 1977. Pernah menjadi Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 19 September 1977 di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (1977 – 1980), dan Kementerian Luar Negeri (1980 – 1981), Jabatan Perkhidmatan Awam (1981 – 1984) dan (1990 – 1993), pegawai pentadbir di Pejabat Daerah Manjung (1993 – 1998 ), Pejabat Daerah Port Dickson (1998 – 2000). Kemudian dilantik sebagai Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Perak mulai 1 April 2002.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Sukan yang paling digemarinya ialah bola sepak, larian maraton, mendaki gunung dan mengembara dengan basikal. Buku pengembaraan Ibn Battuta, Khalid bin al-Walid, Ferdinand Magellan, Christopher Colombus, Alexander Agung, Genghis Khan, Shih Huang Ti dan I Cheng menjadi sumber inspirasi beliau.

Beliau berbasikal selama 389 hari sejauh 26,565 kilometer mengelilingi dunia pada 2002.

Jarak Negara Tarikh
1 387 km Thailand Januari – 17 Januari 2001
150 km Myanmar 18 Januari – 28 Januari 2001
786 km Bangladesh 28 Januari – 3 Februari 2001
2 420 km India 4 Februari – 3 Mac 2001
2 338 km Pakistan 4 Mac – 4 April 2001
2 540 km Iran 5 April – 2 Mei 2001
2 033 km Turki 3 Mei – 1 Jun 2001
745 km Greece 1 Jun – 9 Jun 2001
1 309 km Itali 10 Jun – 30 Jun 2001
1 089 km Perancis 30 Jun – 16 Julai 2001
166 km England 17 Julai – 25 Julai 2001
5 059 km Amerika Syarikat 26 Julai – 27 September 2001
693 km Jepun 28 September – 6 Oktober 2001
488 km Korea Selatan 7 Oktober – 21 Oktober 2001
2 483 km China 22 Oktober – 6 Disember 2001
871 km Vietnam 7 Disember – 27 Disember 2001
250 km Laos 28 Disember – 31 Disember 2001
1 758 km Thailand 1 Januari – 27 Januari 2002
26 565 km 18 negara 389 hari

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Cabaran berbasikal mengelilingi dunia : wira daratan : Rhythm Publishing, 2003.
  2. Cycling around the world challenge Land Hero :Rhythm Publishing, 2003.

Rujukan[sunting | sunting sumber]