Hassan bin Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hassan bin Ali

Saidina Hasan ibn Ali ibn Abi Talib (Bahasa Arab: الحسن بن علي بن أﺑﻲ طالب) (15 Ramadan 3 H – 28 Safar 50 H) merupakan anak kepada Saidina Ali bin Abi Talib dan Saidatina Fatimah az-Zahra, dan cucu pertama Rasulullah; beliau merupakan abang kepada Hussein bin Ali. Beliau dianggap para sejarawan sebagai penguasa atau Khalifah kelima dalam turutan yang memerintah kerajaan Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad.[1][2][3]

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Beliau diminta oleh golongan Syiah untuk menjadi khalifah selepas kematian bapanya, namun menarik diri selepas mula berperang dengan Muawiyah ibn Abu Sufyan kerana tidak inginkan perpecahan. Beliau meminta Muawiyah menyamakan kedudukan Bani Hashim dan Bani Umaiyyah:

  1. Pemerintahan negara Islam mestilah berlandaskan al-Quran dan Sunnah
  2. Sentiasa hormat dan memuliakan keturunan Rasulullah SAW
  3. Pemilihan khalifah selepas ini hendaklah berdasarkan kaedah musyawarah

Namun, kesemua syarat ini dimungkiri Muawiyah setelah kewafatannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Berdasarkan hadis diriwayatkan Sunan Abu Daud dalam Kitaab us-Sunnah, Bab Khulafaa, Hadith no. 4647, Farid, Ahmad. من أعلام السلف. 1. Islam Kotob. m/s. 89 – melalui Google Books.
  2. ^ al-Sallabi, Ali Muhammad (8 April 2004). سيرة أمير المؤمنين خامس الخلفاء الراشدين الحسن بن علي بن أبي طالب رضي الله عنهما، شخصيته وعصره. دار المعرفة للطباعة والنشر – melalui Google Books.
  3. ^ Kahus, Abu al-Yusr Rashid (1 January 2013). محاضرات في سيرة الخلفاء الراشدين رضي الله تعالى عنهم. Al Manhal. ISBN 9796500177762 – melalui Google Books.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]