Hassan bin Malik al-Kalbi
Hassan bin Malik bin Bahdal bin Unaif Abu Sulaiman al-Kalbi (Arab: حسان بن مالك بن بحدل بن أنيف أبو سليمان الكلبي ) merupakan seorang gabenor di Palestin untuk Muawiyah, selanjutnya seorang gabenor untuk Yazid bin Muawiyah. Dia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Bani Umaiyah; makciknya Maysun binti Bahdal bin Unaif al-Kalbi adalah isteri Muawiyah.
Pada Perang Siffin ia menjadi penyokong Muawiyah. Ketika Kerajaan Bani Umaiyah hampir runtuh kerana kematian Yazid bin Muawiyah, ia menyokong Marwan bin al-Hakam untuk menjadi khalifah dan kemudian dia berjanji setia kepadanya. Oleh itu, Kerajaan Bani Umaiyah menjadi kuat di bawah Marwan.
Abdullah ibn Zubair ketika menjadi khalifah meminta kesetiaan dari Hassan bin Malik, tetapi Hassan bin Malik menolaknya, jadi dia memilih untuk menyokong Bani Umaiyah.
Hassan meninggal dunia pada tahun 65 H.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- حسان بن مالك الكلبي Diarkibkan 2017-03-13 di Wayback Machine