Hatmehit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hatmehit, Los Angeles County Museum of Art

Dalam mitologi Mesir, Hatmehit, atau Hatmehyt (diubah untuk memudahkan sebutan *Hāwit-Maḥūyat dalam Mesir purba) merupakan dewi-ikan, asalnya pemujaan Sungai Nil, oleh penduduk di sekitar bandar muara Per-banebdjedet, Mendes.

Namanya diterjemahkan menjadi Kerabat Mehit, (Hat Mehit), menunjukkan yang dia berkemungkinan berkaitan dengan Hathor, salah satu sembahan tertua di Mesir yang juga mempunyai kaitan nama Mehit, bermaksud banjir besar. Ini mungkin menunjukkan peninggalan penciptaan air purba yang membawa semua itu sekali. Dewi lain yang dikaitkan dengan penciptaan air purba ialah Mut and Naunet.

Dalam seni Mesir Purba, Hatmehit dipaparkan sama ada sebagai seekor ikan, ataupun seorang wanita dengan mahkota ikan di kepalanya, dan dikenali sebagai Ketua Ikan. Dia merupakan dewi kehidupan dan perlindungan.

Apabila mazhab Osiris meningkat naik, orang Mendes bertindak dengan menjadikan Osiris telah mempunyai kuasa dengan menjadi suami Hatmehit. Lebih tepat lagi, dikatakan Ba Osiris, dikenali sebagai Banebjed (harfiahnya bermaksud Ba bagi dewa djed, merujuk kepada Osiris), yang berkahwin dengan Hatmehit.

Apabila Horus dianggap sebagai anak Osiris, satu bentuk dikenali sebagai Harpocrates (Har-pa-khered dalam Mesir purba), Hatmehit merupakan ibunya. Sebagai isteri Osiris, dan ibu Horus, dia kemudiannya dikatakan salah satu bentuk Isis.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]