Hatta Azad Khan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Prof. Dr. Mohamad Hatta Azad Khan (lahir di Besut, Terengganu pada 1952) adalah seorang pesyarah dan pengarah di Malaysia. Beliau merupakan pengarah sitkom popular "Pi Mai Pi Mai Tang Tu". Beliau pernah menjadi Dekan Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik UiTM.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah di Sekolah Pusat Jerteh dan kemudian memasuki sekolah berasrama penuh Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak sehingga Tingkatan Lima dan lulus MCE. Hatta pernah bekerja di RTM Kawasan Timur, Kuala Terengganu sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dalam jurusan teater, komunikasi dan seni halus. Beliau diterima menjadi tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia dan melanjutkan pengajian ke peringkat M.A. dalam bidang "sinografi dan pengarahan teater" di Universiti Purdue, A.S. pada tahun 1979-80. Mula bertugas sebagai pensyarah mengajar drama di Jabatan Persuratan Melayu UKM. Mulai 1986 melanjutkan pengajian ke peringkat PhD dalam pengajian filem di Universiti New South Wales, Australia. Tahun 1990 mengarahkan filem pertama "Mat Som" yang diadaptasi daripada buku komik dengan judul yang sama karya Lat. Filem tersebut memenangi Anugerah Lakonlayar Terbaik Festival Filem Malaysia dan terpilih menyertai Festival Filem Antarabangsa Tokyo, Hawaii, Bangalore, Fukuoka, Taipei dan Jakarta.Setelah menamatkan pengajian di peringkat Phd, Hatta kembali bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1993 Hatta terpilih dalam kumpulan pensyarah UKM yang memulakan Universiti Malaysia Sarawak dengan lantik sebagai Profesor Madya dan dipertanggung-jawabkan sebagai Dekan Pengasas Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK). Hatta kekal di Sarawak selama lima tahun dan pada 1997 kembali ke Kuala Lumpur dan selama setahun meneruskan kerjaya menulis dan mengarahkan sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu terbitan Othman Hafsham (Cinematic Sdn Bhd). Mulai 1998 - 2000 Hatta menerima lantikan sebagai Pengarah, Akademi Seni Kebangsaaan dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pengarah, Istana Budaya (2000 -2005). Hatta kembali ke dunia akademik apabila dilantik sebagai profesor dan Dekan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi Mara (2005 - 2011) Mulai Januari 2012 hingga kini Hatta menerajui Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan sebagai Rektor.

Pi Mai Pi Mai Tang Tu[sunting | sunting sumber]

Hatta menulis skrip komedi Syy! dan menang Hadiah Sastera Malaysia. Skrip tersebut telah jadikan siri sitkom tv oleh Othman Hafsham yang kemudian dijadikan siri sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Sitkom ini menjadi fenomena sekitar tahun 1980-an sehingga melonjakkan watak-watak seperti Pak Uda, Mak Ngah, Ana, Lucy, Budin, Mat Deris, Mat Over dan Ravi. Sitkom ini berkisar kehidupan penduduk rumah pangsa di Flat Seri Wangi. Antara pelakonnya ialah Imuda, Zami Ismail, Ahmad Busu, Khatijah Tan, Sulaiman Yassin, Sathiya dan Angeline Tan.[1]

Filem[sunting | sunting sumber]

Filem arahanya ialah :

  1. Wayang ialah sebuah filem drama kemasyarakatan ditayang pada 13 November 2008. Filem ini dibintangi oleh Eman Manan, Ida Nerina dan Zul Huzaimy. Filem Wayang cuba mengangkat martabat kesenian wayang kulit dan mengupas isu konflik antara agama dan budaya orang Melayu.
  2. Senario Asam Garam ialah sebuah filem drama komedi ditayangkan mulai September 2010. Pelakon utama ialah Azlee Jaafar, Mazlan Pet Pet, dan Zaibo serta Julia Hana.
  3. Kembar Siang sebuah filem komedi, dengan watak pemuda kembar Awal dan Awi yang dipegang Kamal Adli bertemu gadis kembar bernama Ana dan Ani lakonan Intan Ladyana. Tayangan bermula 24 Februari 2011.[2]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Dr Hatta penerima Anugerah Penulis S.E.A. 2008, anugerah berprestij Kerajaan Thailand. Anugerah itu disampaikan pada Majlis Penganugerahan di Bangkok, Thailand pada 30 September 2008 daripada Puteri Maha Chakri Siridhorn. Rakyat yang menerima anugerah ini ialah penyair, novelis dan pengarah drama teater seperti Zakaria Ariffin.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]