Hattan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hattan

Kelahiran
Mohd Shukri bin Shahabudin

(1964-12-21) 21 Disember 1964 (umur 59)
Pasangan
  • Datin Arianie Mohd Abidin (k. 1996)
  • Farah Asyikin Othman (k. 2011; c. 2012)
Anak-anak1
Kerjaya muzik
GenreRock, Balada, Blues
PekerjaanPenyanyi, penggubah lagu, penerbit rakaman, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1987–2024
Syarikat rakaman
1988 – 1997: Warner Music
1998 – 2002: Sony Music
2007: NOVA Muzik Sdn Bhd
Pengkarya berkait
M. Nasir, Ramli Sarip

Dato' Haji Mohd Shukri Shahabudin (lahir 21 Disember 1964)[1][2] atau lebih dikenali sebagai Hattan merupakan seorang penyanyi, pelakon dan penggubah lagu Malaysia. Lagu "Memburu Rindu" ciptaan M. Nasir telah menaikkan nama Hattan selaku penyanyi solo yang popular di awal tahun 1991.

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Sebelum bergiat aktif sebagai penyanyi solo Hattan pernah menganggotai Kumpulan FRU dan pernah merakamkan album yang berjudul Kelahiran pada tahun 1988.

Beliau kemudiannya meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo dan telah melahirkan deretan album-album yang mengandungi banyak lagu popular sepanjang zaman. Antara lagu-lagu beliau yang masih menjadi siulan sehingga kini ialah Memburu Rindu, Mahligai Syahdu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Rindu Bertandang Lagi dan Rona-rona Cinta. Beliau juga turut mempopularkan loghat Negeri Sembilan menerusi lagu Biso Bonar.

Karakter vokal yang dimiliki beliau juga unik dan menjadikan beliau salah seorang penyanyi rock lagenda tanahair. Maka tidak hairanlah beliau kerap diberi peluang merakamkan semula lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi lain namun dengan cara dan identitinya tersendiri.

Hattan juga dikenali sebagai antara penyanyi yang lantang mempersoalkan kemasukan lagu-lagu artis luar negara yang adakalanya dilihat agak berlebihan dalam industri muzik tempatan. Sikap terus-terang beliau ini agak kurang disenangi beberapa pihak.

Penglibatan dalam program realiti tv[sunting | sunting sumber]

Hattan diberi tugas untuk mendidik protege bernama Alynn dalam rancangan Mentor musim pertama pada tahun 2005. Bagaimanapun Alynn tidak berjaya memasuki peringkat akhir.

Kemudian beliau menjadi pengkritik tetap Akademi Fantasia 2007 dan telah dilantik sebagai pengetua Akademi Fantasia 2014.

Pada tahun 2015 beliau bergandingan bersama Ajak Shiro dalam kumpulan Juri untuk menggantikan Awie sementara waktu di Juara Parodi. Pada peringkat akhir Kumpulan Juri mendapat Tempat Ketiga.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berkahwin dengan Arianie Mohd Abidin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Adam Eiman (lahir 1998).

Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Farah Asyikin Othman, pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti sebelum bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada 12 Januari 2012.[3]

Beliau kembali menikahi bekas isterinya Datin Arianie pada 24 Julai 2013.[4]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Berkumpulan[sunting | sunting sumber]

  • War Rock 1 (1987) - Pelbagai Artis (Bersama kumpulan Pratayuda)
  • FRU - Kelahiran (1988)

Album Studio (Solo)[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Lagu Hits Nombor 1[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Dato' Hattan pernah beberapa kali menyertai pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu seperti berikut:

Lagu ciptaan[sunting | sunting sumber]

Beliau turut berbakat dalam bidang penciptaan lagu, antaranya:

  • Michelle - Kris (1993)
  • Misteri Kasih - Kris (1993)
  • Biso Bonar - Hattan (1998)
  • Aku Tahu Aku Rindu - Nora(2001)
  • Memandu Nafsu - Search(1990)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1992 Selubung Pintu Filem pertama
1998 Who Am I? Komando Filem Hong Kong, pelakon tambahan
2004 Buli Jalal Pelakon undangan
7 Perhentian Adam
2009 Lembing Awang Pulang Ke Dayang Panglima Merah
2016 Rock Bro! Dirinya sendiri Pelakon undangan
2022 Gadis Jolobu The Movie Atan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Bodyguard TV3 Penampilan khas

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2019 Sepahtu Reunion Live Bapa Damak Astro Warna Episod: "Sri Mersing"
2022 Kameo Episod: "Kasih Bukan Pilihan"
Terpaling Juara Juri TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1995 Bukan Aku Tak Cinta Rahim TV3
2009 Rompakan Kabinet Ray Astro Ria
2018 Dari Kekasih Untuk Kekasih Dirinya sendiri TV3
2022 Artis Pujaanku Mai Beraya Dirinya sendiri

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Couple Filem Popular (bersama Ahirine Ahirudin) Gadis Jolobu The Movie Tercalon

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Penghargaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hattan bakal nikah bekas isteri.
  2. ^ Sebab Perceraian Dato’ Hattan yang Netizen Tidak Tahu Sehingga Mereka Rujuk Semula
  3. ^ "HATTAN BERCERAI SELEPAS 2 BULAN BERKAHWIN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-04. Dicapai pada 2014-05-04.
  4. ^ Kesal Kesilapan Lalu, Hattan Bakal Nikah Bekas Isteri.
  5. ^ Bernama. (27 April 2012). [1]. mStar.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]