Pergi ke kandungan

Hawa Abdi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hawa Abdi
Hawa Abdi in 2012
Kelahiran(1947-05-17)17 Mei 1947
Meninggal dunia5 Ogos 2020(2020-08-05) (umur 73)
Mogadishu, Somalia
WarganegaraSomali
Pusat pendidikanSomali National University
Pekerjaan
  • Activist
  • physician
Laman web rasmidhaf.org

Hawa Abdi Dhiblawe [1] ( Somali: Xaawo Cabdi , Arab: حواء عبدي , 17 Mei 1947 – 5 Ogos 2020) merupakan pejuang hak asasi manusia dari Somalia dan seorang doktor. Beliau adalah pengasas dan pengerusi Yayasan Dr. Hawa Abdi (DHAF), sebuah pertubuhan yang bukan berteraskan keuntungan.

Tahun-tahun awal

[sunting | sunting sumber]

Abdi dilahirkan di Mogadishu, dan menetap di selatan-tengah Somalia . [2] Ibu beliau meninggal dunia sewaktu beliau berumur 12 tahun. Selepas itu, Abdi mengambil alih tanggungjawab menjaga keluarga, termasuk membesarkan empat orang adik beradik perempuannya. [3] Bapa beliau merupakan seorang profesional [4] yang bekerja di pelabuhan ibu kota . [5]

Untuk pendidikan awal, Abdi menerima pendidikan di peringkat sekolah rendah, pertengahan dan menengah tempatan. [2] Pada tahun 1964, beliau menerima biasiswa daripada Jawatankuasa Wanita Kesatuan Soviet. Abdi kemudiannya mengikuti pengajian perubatan di Institut Perubatan Kiev dan menamatkan pengajian pada tahun 1971. Pada tahun berikutnya, beliau memulakan pengajian undang-undang di Universiti Kebangsaan Somalia yang baru ditawarkan di Mogadishu. [2] Beliau mengamalkan perubatan pada waktu pagi dan menumpukan masa lapang beliau kepada pengajian undang-undang, dan akhirnya beliau memperolehi ijazah perundangan pada tahun 1979. [2]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Sewaktu berumur dua belas tahun, Abdi dipaksa berkahwin dengan seorang pegawai polis yang jauh lebih tua darinya. Perkahwinan tersebut tidak bertahan lama dan berakhir beberapa tahun kemudian, sebelum beliau meninggalkan Somalia untuk ke Moscow dan kemudian ke Kiev. Sewaktu berada di Rusia, beliau bertemu Aden Mohammed, seorang pelajar Somalia. [6] [7]

Pada tahun 1973, Abdi mendirikan rumahtangga dengan Aden dan dikurniakan cahaya mata pertama mereka dua tahun kemudiannya. [8] Abdi dan Aden mempunyai tiga orang cahaya mata: Deqo, Amina, dan Ahmed. Ahmed meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya pada tahun 2005 di Hargeisa, sewaktu menziarahi rumah kediaman bapanya yang telah berpisah dengan Abdi. [9] Kedua-dua Deqo dan Amina menurut jejak Andi dan menjadi doktor. [5]

Abdi meninggal dunia pada 5 Ogos 2020, di kediamannya di Mogadishu. Beliau berusia 73 tahun; punca kematiannya tidak dinyatakan. [5]

Pertubuhan Pembangunan Kesihatan Luar Bandar

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1983, Abdi menubuhkan Pertubuhan Pembangunan Kesihatan Luar Bandar (RHDO) di atas tanah milik keluarga beliau di wilayah selatan Lower Shebelle . Pertubuhan ini bermula dengan sebuah klinik yang mempunyai satu bilik yang memberikan perkhidmatan rawatan pakar perbidanan secara percuma kepada anggaran 24 orang wanita luar bandar setiap hari, dan kemudian telah berkembang menjadi sebuah hospital dengan kapasiti sebanyak 400 katil. [2]

Ketika perang saudara meletus di Somalia pada awal tahun 1990-an, Abdi telah kekal di Somalia atas permintaan neneknya, yang telah menasihatinya untuk menggunakan kemahiran dan ilmu perubatannya untuk membantu golongan yang terpinggir. Beliau kemudiannya menubuhkan sebuah klinik dan sekolah baharu untuk golongan yang kehilangan tempat tinggal dan anak-anak yatim. [2]

RHDO telah dinamakan semula sebagai Yayasan Dr. Hawa Abdi (DHAF) pada tahun 2007. [2] Pertubuhan in secara beransur-ansur telah diperluaskan dan turut menempatkan sebuah kem bantuan, yang ketika kemarau 2011 telah dijadikan tempat perlindungan untuk 90,000 penduduk di kawasan seluas 1,300 ekar di sekitar hospital Abdi. [2] [10]

Dua tahun sebelum itu, pada kemuncak pemberontakan Islam di selatan Somalia, militan telah mengepung kawasan hospital dan cuba memaksa Abdi untuk menutup hospital. Beliau berdiri teguh dengan pendiriannya dan pemberontak telah meninggalkan kawasan tersebut dalam masa seminggu, berikutan tekanan daripada penduduk setempat, PBB dan kumpulan advokasi lain. [2] [11] Militan sekali lagi menyerbu kawasan itu pada Februari 2012 yang menyebabkan Abdi memberhentikan perkhidmatan buat sementara waktu sehingga golongan militan meninggalkan kawasan tersebut. [2]

Yayasan Dr Hawa Abdi

[sunting | sunting sumber]
Pusat Hawa Abdi C

Yayasan Dr. Hawa Abdi (DHAF) dikendalikan oleh Abdi dan dua orang anak perempuan yang juga merupakan doktor, CEO Deqo Adan (juga dikenali sebagai Deqo Mohamed ) dan pembantu Adan (juga dikenali sebagai Amina Mohamed), [2] mengikut jejak ibu mereka sebagai pakar sakit puan. [4] Sehingga 2012, yayasan mempunyai seramai 102 kakitangan dari pelbagai negara, dibantu oleh 150 ahli yang terdiri daripada sukarelawan, nelayan dan petani. [2]

DHAF ialah pertubuhan bukan politik yang tidak mempunyai talian dengan mana-mana kerajaan, gerakan politik, agama atau puak. Pemilihan projek yang perlu dijalankan dan bentuk bantuan yang perlu disediakan oleh DHAF dibuat berdasarkan keperluan setempat sesebuah kampung. DHAF juga merupakan organisasi yang tidak bergantung kepada mana- mana pihak dari segi kewangan. Semua pembiayaan disediakan melalui sumbangan daripada orang ramai di seluruh dunia dan sumbangan amal yang lain. Sumbangan dari pihak kerajaan adalah dilarang. Sejak 1991, DHAF telah menyediakan perkhidmatan kepada rakyat Somalia tanpa mengira klan atau puak mereka. Perkhidmatan disediakan kepada rakyat Somalia tanpa sebarang kos. [3]

Tanah milk DHAF termasuk sebuah hospital, sekolah dan pusat pemakanan, [2] dan menyediakan tempat perlindungan, air dan rawatan perubatan kepada kebanyakan wanita dan kanak-kanak. [11] [12] Sejak penubuhannya pada awal 1980-an, kompleks ini telah memberikan khidmat kepada anggaran 2 juta orang. [2]

Memandangkan rawatan perubatan diberikan tanpa sebarang bayaran, Abdi menjalankan beberapa projek perikanan dan pertanian di dalam kawasan hospital sebagai usaha sara diri. Hospital ini juga memiliki sebidang tanah kecil, di mana penanaman sayur-sayuran dan jagung dijalankan untuk dijual untuk menampung sebahagian kos penyelenggaraan hospital tersebut. [12]

Pembiayaan peralatan dan bekalan perubatan hospital diperolehi melalui kiriman sumbangan berbentuk wang yang diterima dari ekspatriat Somalia serta sumbangan orang ramai yang diberikan kepada DHAF. [2] [12] Sejak 2011, organisasi ini juga telah menerima bantuan daripada Yayasan Wanita di Dunia . [13]

Abdi telah dianugerahkan gelaran Hiiraan Online's Person of the Year pada tahun 2007. [14] Majalah Glamour kemudiannya menamakan beliau dan dua orang anak perempuannya "Wanita Terbaik" untuk tahun 2010. [15] Dua tahun kemudian, beliau telah dicalonkan untuk Hadiah Keamanan Nobel . [16] Beliau juga menerima Anugerah Wanita Berimpak daripada Yayasan WITW, [13] Anugerah Kemanusiaan Sosial BET, [17] dan Pingat John Jay untuk Keadilan. [18]

Pada 2014, Abdi menerima Anugerah Roosevelt Four Freedoms di Middelburg, Belanda. [19] [20] Beliau telah diberikan Anugerah Keamanan Bangunan Pilosio pada tahun berikutnya. [21]

Abdi telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Sains oleh Universiti Pennsylvania pada Mei 2016. [20] Pada 25 Mei tahun berikutnya, Abdi telah menerima ijazah Doktor Undang-undang kehormat dari Universiti Harvard . [22]

Hasil Kerja

[sunting | sunting sumber]
  • Keeping Hope Alive: One Woman—90,000 Lives Changed. New York City: Grand Central Publishing. 2013. ISBN 9781455599295.
  1. ^ Abdi, H.; Jacobsen, S.D. (17 August 2013). "Dr. Hawa Abdi, M.D.: Physician & Human Rights Activist, Hawa Abdi Foundation". In-Sight (3.A): 21–29.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o "Dr. Hawa Abdi: Somalia is my Golden Jubilee". Sabahi. 22 March 2012. Dicapai pada 8 March 2013. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Sdhasimgj" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b "Dr. Hawa Abdi". 4 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 March 2017. Dicapai pada 4 April 2018. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Dr. Hawa Abdi Foundation" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ a b Hassan (Xiis), Salad Idow (10 January 2008). "Dr. Hawa Abdi – 2007 HOL Person of the Year". Hiiraan Online. Dicapai pada 8 March 2013. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Holpoty" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ a b c Latif Dahir, Abdi (6 August 2020). "Hawa Abdi, Doctor Who Aided Thousands in Somalia, Dies at 73". Dicapai pada 6 August 2020. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "NYT obit" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ Sen, Veronica (17 August 2013). "A brave woman's hard fight". Dicapai pada 6 August 2020.
  7. ^ Abdi, Hawa (2 April 2013). Keeping Hope Alive: One Woman—90,000 Lives Changed. Grand Central Publishing. ISBN 9781455599295.
  8. ^ Hawa Abdi (2013). Keeping hope alive : one woman: 90,000 lives changed. Robbins, Sarah J. (ed. 1st). New York, NY: Grand Central Pub. ISBN 9781455503766. OCLC 806015186.
  9. ^ Ibrahim, Mohamed; Gettleman, Jeffrey (7 January 2011). "Under Siege in War-Torn Somalia, a Doctor Holds Her Ground". Dicapai pada 6 August 2020.
  10. ^ Kristof, Nicholas D. (15 December 2010). "Heroic, Female and Muslim". New York Times. Dicapai pada 8 March 2013.
  11. ^ a b Griswold, Eliza (2 November 2010). "Dr. Hawa Abdi & Her Daughters: The Saints of Somalia". Glamour. Dicapai pada 8 March 2013. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Gdhahdtss" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  12. ^ a b c Ali, Laila (23 August 2011). "The doctor undaunted by Somalia's insurgents". Guardian. Dicapai pada 8 March 2013. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Gtdusi" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  13. ^ a b Robbins, Sarah J. (12 March 2012). "Dr. Hawa Abdi Receives Women of Impact Award From WITW Foundation". The Daily Beast. Women in the World. Dicapai pada 8 March 2013. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Wdharwoiafwf" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  14. ^ "Dr. Hawa Abdi – 2007 HOL Person of the Year". www.hiiraan.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 October 2017.
  15. ^ "Glamour magazine's report on Dr. Abdi and her daughters". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 January 2012. Dicapai pada 16 September 2012.
  16. ^ Dr. Hawa Abdi nominated for the 2012 Nobel Peace Prize Diarkibkan 14 Oktober 2012 di Wayback Machine
  17. ^ "Dr. Hawa Abdi". BET. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2012. Dicapai pada 8 March 2013.
  18. ^ "John Jay Justice Awards Ceremony". John Jay College of Criminal Justice. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2013. Dicapai pada 8 March 2013.
  19. ^ "Four Freedoms Award voor Hawa Abdi Diblaawe". Amsterdam. 23 January 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2020. Dicapai pada 6 August 2020. (dalam bahasa Belanda)
  20. ^ a b "Penn's 2016 Commencement Speaker and Honorary Degree Recipients". University of Pennsylvania Almanac. 62 (19). 19 January 2016. Dicapai pada 6 August 2020. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "UPenn" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  21. ^ Pozzato, Fabrizio. "Pilosio Building Peace Award 2015: Recipient Somala Hawa Abdi". Nautech. Dicapai pada 26 April 2019.
  22. ^ "Harvard awards 10 honorary degrees at 366th Commencement". Harvard Gazette (dalam bahasa Inggeris). 25 May 2017. Dicapai pada 25 October 2017.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]