Hawker Hawfinch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hawfinch
Peranan Pesawat pejuang
Pengeluar Hawker Aircraft
Direka oleh Sydney Camm
Penerbangan pertama Mac 1927
Status Prototaip sahaja
Jumlah dibina Sebuah

Hawker Hawfinch ialah pesawat pejuang sayap berkembar British berenjin tunggal yang dibina pada tahun 1920-an. Ia tidak berjaya, sebaliknya pesawat Bulldog Bristol telah menjadi pilihan.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pesawat pejuang Hawker Hawfinch telah direka pada tahun 1925 sebagai pengganti kepada kedua-dua pesawat Armstrong-Whitworth Siskin dan pesawat pejuang Gloster Gamecock. Ia telah mengambil bahagian dalam pertandingan untuk memenuhi Spesifikasi F9/26, bersama dengan pengeluar pesawat lain termasuk sembilan reka bentuk berbeza, di mana lima daripadanya telah dibina. Hawfinch pertama kali terbang pada Mac 1927. [1] Bristol Bulldog dan Hawfinch dianggap sebagai pesawat terbaik yang dinilai kemudiannya dipilih untuk penilaian yang lebih terperinci. Kontrak akhirnya diberikan kepada Bristol Bulldog kerana kelajuan maksimumnya yang lebih tinggi sedikit serta lebih mudah untuk dikekalkan. [2] Selepas tamat pertandingan, prototaip Hawfinch telah digunakan untuk tujuan eksperimen, diuji dengan sayap ruangan tunggal dan dengan bahagian bawah berkembar terapung.

Hanya satu prototaip telah dibina.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Hawfinch ialah pesawat sayap berkembar dua ruangan dengan sayap berperingkat. Strukturnya ialah sistem tiub logam & " fishplate " dengan penutup fabrik. Ia adalah pesawat pejuang logam keseluruhan pertama yang dibina oleh Hawker. Jana kuasa yang digunakan pada mulanya adalah enjin Bristol Jupiter VI, tetapi ini telah ditukar kepada Jupiter VII (450 hp/336 kW) sebelum ujian prestasi. Persenjataan pesawat ini terdiri daripada dua laras mesingan Vickers yang disegerakkan (synchronised) untuk menembak melalui kipas.

Spesifikasi (Hawfinch (Jupiter VII))[sunting | sunting sumber]

Data dari [3]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 1
  • Panjang: 23 ka 8 in (7.21 m)
  • Rentang sayap: 33 ka 6 in (10.21 m)
  • Tinggi: 9 ka 4 in (2.84 m)
  • Luas sayap: 294 ka2 (27.3 m2)
  • Berat kosong: 1,925 lb (873 kg)
  • Berat kasar: 2,910 lb (1,320 kg)
  • Janakuasa: 1 × Bristol Jupiter VII 9-cylinder radial engine, 450 hp (340 kW)

Prestasi

  • Halaju maksimum: 171 mph (275 km/j, 149 kn) at 9,800 ka (3,000 m)
  • Had khidmat: 24,000 ka (7,300 m)
  • Masa ke altitud: 7 min 40 s to 10,000 ka (3,000 m)

Persenjataan


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Green, W; Swanborough, G (1994). The Complete Book of Fighters. New York: Smithmark. m/s. 282. ISBN 0-8317-3939-8.
  2. ^ Crawford, Alex.
  3. ^ Mason, Francis K (1992). The British Fighter since 1912. Naval Institute Press. m/s. 188–189. ISBN 1-55750-082-7.
  • Mason, Francis K. (1991). Hawker Aircraft since 1920. London: Putnam. ISBN 0-85177-839-9.