Hawker Heron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Heron
Peranan Pesawat pejuang sayap berkembar
Negara pengeluar United Kingdom
Pengeluar Hawker Aircraft
Penerbangan pertama 1925
Status Prototype
Jumlah dibina 1

Hawker Heron ialah pesawat pejuang pertama yang direka oleh syarikat Hawker Aircraft dengan asas struktur logam. Ketua perekanya Sydney Camm telah memperkenalkan apa yang menjadi struktur tipikal untuk semua pesawat Hawker sehingga pengenalan pesawat Hawker P.1040 berkuasa jet. Struktur ini terdiri daripada tiub logam (keluli atau aluminium) dengan hujungnya dilengkapi penghubung supaya ia boleh disambungkan antara satu sama lain melalui " fishplates " dan bolt (kadang-kadang dengan ferrules untuk melindungi tiub).

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1924 satu usaha sama swasta telah diadakan untuk menukarkan struktur kayu badan pesawat Hawker Woodcock kepada logam sepenuhnya. Penukaran struktur ini bagaimanapun telah menghasilkan sebuah pesawat baharu seluruhnya yang dinamakan Hawker Heron. [1]

Pesawat Heron merupakan pesawat sayap berkembar satu petak dengan struktur logam dan dilitupi dengan fabrik. Ia dikuasakan enjin Bristol Jupiter VI 455 kuasa kuda (339 kW) untuk memacu bebaling kayu. Bebaling keluli juga digunakan tetapi tiada sebarang peningkatan prestasi yang ketara. Pesawat ini dilengkapkan dengan mesingan Vickers .303 inci (7.7 mm)

Kementerian Udara mengeluarkan Spesifikasi 25/24 kepada Syarikat Hawker Aircraft supaya membina pesawat darat pejuang berkelajuan tinggi satu tempat duduk dan prototaip telah ditempah untuk penilaian. [2] Penerbangan pertama prototaip bernombor siri J6989, diterbangkan oleh PSW Bulman t pada tahun 1925. Walaupun lebih berat berbanding pesawat Woodcock yang berkuasa serupa, kelajuannya adalah 15 mph (24 km/j) lebih pantas dan mendapat pujian daripada juruterbang yang menerbangkannya kerana ciri pengendaliannya yang sangat baik. [3] Oleh kerana tidak mendapat minat Kementerian Udara, hanya sebuah pesawat telah dibina dan ia dikembalikan kepada Hawker Aircraft selepas ujian.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Data dari Hawker Aircraft since 1919 [4]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 1
  • Panjang: 22 ka 3 in (6.78 m)
  • Rentang sayap: 31 ka 10 in (9.70 m)
  • Tinggi: 9 ka 9 in (2.97 m)
  • Luas sayap: 291 ka2 (27.0 m2)
  • Berat kosong: 2,120 lb (962 kg)
  • Berat kasar: 3,126 lb (1,418 kg)
  • Kapasiti bahan api: 60 imp gal (72 US gal; 270 L)
  • Janakuasa: 1 × Bristol Jupiter VI radial engine, 455 hp (339 kW)
  • Bebaling: 2-bilah Watts wooden propeller

Prestasi

  • Halaju maksimum: 156 mph (251 km/j, 136 kn) at 9,800 ka (3,000 m)
  • Endurance: 3 hr 30 min
  • Had khidmat: 23,200 ka (7,100 m)
  • Masa ke altitud: 5 min 30 s to 10,000 ka (3,000 m)

Persenjataan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

 

  1. ^ Mason 1991, halaman 124–125
  2. ^ Meekcoms & Morgan 1994
  3. ^ Mason 1991
  4. ^ Mason 1991, halaman 127

Pautan luar[sunting | sunting sumber]