Pergi ke kandungan

Hayasa-Azzi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hayasa-Azzi atau Azzi-Hayasa, Haisa (Hittite: URUḪaiaša-; Bahasa Armenia: Հայասա) ialah sebuah gabungan dari Zaman Gangsa Akhir di Tanah Tinggi Armenia dan/atau wilayah Pontic di Asia Kecil, di utara Sungai Furat dan di Selatan Hayasa. Gabungan Hayasa-Azzi berkonflik dengan Empayar Hittite pada abad ke-14 SM, menyebabkan kejatuhan Hatti sekitar 1190 SM. Hayasa-Azzi sudah lama dipercayai memainkan peranan besar dalam pembentukan etnik Armenia.[1]

Tidak diketahui sama ada bahasa mereka ialah Indo-Eropah atau Hurri kerana tiada rekod bahasa mereka.

Inskripsi dalam bahasa Het yang dirungkaikan pada 1920-an oleh sarjana Switzerland Emil Forrer mempersaksikan kewujudan negeri Hayasa-Azzi yang bergunung-ganang, terletak di timur Hatti di hulu sungai Furat. Sempadan baratnya bersilih ganti antara Samuha (kemungkinan barat Sivas moden) dan Kummaha (kemungkinan Kemah moden, Erzincan).[2] Lokasi kawasan-kawasan ini kemudiannya bertindan, setidaknya sebahagian kecil, dengan wilayah Armenia Hulu[3] dari Kerajaan Armenia dan wilayah jiran Armenia Kecil.[1]

Hayasa-Azzi kelihatannya bersempadan dengan Isuwa (kemudian dinammakan Sophene, kini Elazig) dan Pahhuwa (kemungkinan berhampiran Divriği moden atau Wilayah Bingöl) di selatan atau barat.[2][3] Sempadan timur Hayasa-Azzi tidak diketahui, namun ada yang menempatkannya di kawasan Tercan moden,[4] atau sejauh timur ke Tasik Van[2][5] atau Dataran Ararat.[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • [[Sejarah Armenia|
  • iconPortal Asia

Sejarah Armenia]]

References

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b Petrosyan, Armen (2007). "The Problem Of Identification Of The Proto-Armenians: A Critical Review". Journal of the Society for Armenian Studies. 16: 43.
  2. ^ a b c Kosyan, Aram (2015). "Between the Euphrates and Lake Van (On the Location of Hayasa and Azzi)". International Symposium on East Anatolia-South Caucasus Cultures. Cambridge Scholars Publishing. https://www.academia.edu/41716577.
  3. ^ a b Matiossian, Vartan (2009). "Azzi-Hayasa on the Black Sea? Another Puzzle of Armenian Origins". Dalam Hovannisian, Richard G. (penyunting). Armenian Pontus: The Trebizond-Black Sea Communities. UCLA Armenian History and Culture Series. Costa Mesa, California: Mazda Publishing. m/s. 75.
  4. ^ Forlanini, Massimo (2017-01-01). "The Ancient Land of "Northern" Kummaha and Aripsa "inside the Sea"". Places and Spaces in Hittite Anatolia I: Hatti and the East.
  5. ^ Ghazaryan, Robert P. (2015). "The Development of Armenian Statehood: Kingdom of Hayasa (XIV–XIII centuries BC)" (PDF). Fundamental Armenology. 1.
  6. ^ Serkan Demirel, "A Contribution to Localization of Azzi-Hayaša Mentioned in Hittite Cuneiform Texts." Archivum Anatolicum-Anadolu Arşivleri (ArAn). 2017. pp. 97–110|url=https://www.academia.edu/38267672/A_Contribution_to_Localization_of_Azzi_Hayaša_Mentioned_in_Hittite_Cuneiform_Texts

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Vyacheslav V. Ivanov & Thomas Gamkrelidze, "The Early History of Indo-European Languages", Scientific American; jil. 262, N. 3, 110–116, Mac 1990.
Empayar Het pada tahap terbesarnya di bawah Suppiluliuma I (s. 1350–1322 SM), wilayah utara Ishuwa dan Alshe dipercayai tempat Hayasa-Azzi bertempat.