Hayreddin Barbarossa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jangan dikelirukan dengan Hayreddin Pasha.
Rencana ini ialah mengenai laksamana Uthmaniyyah. Untuk kapal penyelidikan Turki, sila lihat RV Barbaros Hayreddin Paşa.
Hayreddin Barbarossa
Barbarossa Hayreddin Pasha.jpg
Barbarossa Hayreddin Pasha
Nama samaran Barbarossa (Jambang merah)
Hayreddin
Hızır Reis
Kelahiran sekitar 1478
Mytilene, Lesbos, Empayar Uthmaniyyah
Meninggal dunia 4 Julai 1546 (berumur 67–68)
Constantinople, Empayar Uthmaniyyah
Kesetiaan  Ottoman Empire
Perkhidmatan Bendera tentera laut Empayar Turki Uthmaniyyah Tentera Laut Empayar Turki Uthmaniyyah
Tahun perkhidmatan sekitar 1500–1545
Pangkat Laksamana

Hayreddin Barbarossa (Latin: Ariadenus Barbarussa), atau Barbarossa Hayreddin Pasha (Bahasa Turki: Barbaros Hayreddin (Hayrettin) Paşa atau Hızır Hayreddin (Hayrettin) Paşa; juga Hızır Reis sebelum dinaikkan pangkat kepada Pasha dan menjadi Kapudan Pasha), lahir dengan nama asal Khizr atau Khidr (Turki: Hızır; c. 1478 – 4 Julai 1546), adalah seorang laksamana armada Uthmaniyyah yang dilahirkan di pulau Lesbos dan meninggal dunia di Constantinople, ibu kota empayar Uthmaniyyah. Kemenangan tentera laut Barbarossa memastikan penguasaan Uthmaniyyah di Laut Mediterranean pada pertengahan kurun ke-16, bermula dari Pertempuran Preveza pada tahun 1538 sehingga Pertempuran Lepanto pada 1571.

Hayreddin (bahasa Arab: Khayr ad-Din خيرالدين, yang literalnya bermaksud "kebaikan" atau "terbaik dalam agama" Islam) adalah sebuah nama kehormat yang dikurniakan kepada beliau oleh Sultan Suleiman Yang Menakjubkan. Beliau dikenali sebagai "Barbarossa" ("Jambang Merah" dalam bahasa Itali) di Eropah, satu nama yang diwarisi daripada abang beliau Oruç Reis selepas kematian Oruç dalam satu pertempuran dengan Sepanyol di Algeria. Oruç juga dikenali sebagai "Baba Oruç", yang kedengaran seperti "Barbarossa" (bahasa Itali untuk "Jambang Merah") kepada orang Eropah, dan oleh kerana Oruç mempunyai jambang merah, nama gelaran ini melekat pada beliau. Dalam proses kata pinjaman, nama gelaran ini melekat bersama-sama nama asli Hayreddin di Turki, dalam bentuk Barbaros.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Laksamana Armada Hayreddin Barbarossa

Khizr dilahirkan pada tahun 1466[1] atau sekitar tahun 1478[petikan diperlukan] di kampung Palaiokipos, pulau Midilli (Lesbos) Uthmaniyyah (kini di Greece). Beliau merupakan anak lelaki kepada Yakup Ağa, seorang anggota sipahi Turki yang memeluk Islam[2] yang berketurunan Albania[1][3] daripada Giannitsa (Greece), dan asalnya beragama Kristian Ortodoks Greek dari Mytilene (Lesbos).[4] Ibu beliau pula merupakan seorang janda kepada pendakwah Ortodoks Greek.[2][3][5] Ibubapa beliau kemudian berkahwin[4] dan memiliki dua anak perempuan dan empat anak lelaki: Ishak, Oruç, Khizr dan Ilyas. Yakup terlibat dalam kempen penaklukan Uthmaniyyah di Lesbos pada tahun 1462 daripada tangan dinasti Gattilusio Genoa (yang memegang gelaran sebagai Lord Lesbos antara tahun 1355 hingga 1462) dan sebagai ganjaran, telah diberi sekeping tanah di kampung Bonova, di pulau ini. Beliau kemudian membina perusahaan membuat tembikar yang membeli sebuah bot untuk memperdagangan barangan beliau. Empat anak lelaki beliau membantu perniagaan ayah mereka, tidak banyak diketahui berkenaan anak perempuan Yakup. Pada mulanya Oruç membantu membawa bot, manakala Khizr menolong membuat tembikar.

Karier awal[sunting | sunting sumber]

Istana kota St. Peter milik Kesatria Hospitaller yang terletak di Bodrum, di mana Oruç telah dipenjarakan selama hampir tiga tahun sebelum diselamatkan oleh adik lelaki beliau, Khizr.

Kesemua adik beradik lelaki menjadi pelaut, terlibat dengan kehidupan di laut dan perdagangan laut antarabangsa. Saudara lelaki yang pertama kali menjadi pelaut adalah Oruç, yang mana kemudian disertai oleh adik beliau Ilyas. Kemudian, selepas memperolehi kapal beliau sendiri, Khizr pula memulakan karier laut beliau sendiri. Adik beradik ini mulanya bekerja sebagai kelasi, kemudian bertukar kepada privatir di Mediterranean untuk melawan kegiatan yang sama di pihak Kesatria Hospitaller (Kesatria St. John) yang berpangkalan di pulau Rhodes (sehingga tahun 1522). Oruç dan Ilyas beroperasi di Levant, kawasan yang terletak di antara Anatolia, Syria, dan Mesir. Khizr beroperasi di Laut Aegean dan banyak mengoperasikan kegiatan beliau di Thessaloniki. Ishak, yang merupakan si sulung, kekal di Mytilene dan menguruskan kewangan perniagaan keluarga.

Pemerintah Algiers[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1516, tiga beradik ini berjaya menawan Jijel dan Algiers daripada Sepanyol tetapi akhirnya menguasai dan mengawal kota dan kawasan sekitarnya, memaksa pemerintah sebelumnya, Abu Hamo Musa III dari dinasti Beni Ziyad, melarikan diri.[petikan diperlukan] Orang-orang Sepanyol di Algiers mencari perlindungan di pulau Peñón di luar pantai Maghribi dan meminta Charles V, Raja Sepanyol dan Maharaja Suci Rom untuk campur tangan, akan tetapi armada Sepanyol gagal untuk mengusir adik-beradik ini keluar daripada Algiers.

Algiers menyertai Empayar Uthmaniyyah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kemahkotaan Algiers

Selepas menggabungkan kuasa beliau dan mengistiharkan beliau sebagai Sultan Algiers, Oruç ingin meluaskan kawasan kekuasaan beliau dan menawan Miliana, Medea dan Ténès. Beliau terkenal kerana memasang layar pada meriam-meriam untuk diangkut melalui padang pasir di Afrika Utara. Pada tahun 1517, adik beradik ini menyerbu Capo Limiti dan kemudian Pulau Capo Rizzuto di Calabria.

Bagi Oruç, perlindungan terbaik untuk melawan Sepanyol adalah dengan menyertai Empayar Uthmaniyyah, tanahair beliau dan musuh utama Sepanyol. Oleh itu, beliau menghapuskan gelaran beliau sebagai Sultan Algiers kepada Uthmaniyyah. Beliau melakukannya pada tahun 1517 dan menawarkan Algiers kepada Sultan Selim I. Sultan menerima Algiers sebagai sebuah sanjak ("wilayah") Uthmaniyyah, melantik Oruç sebagai Gabenor Algiers dan Gabenor Ketua Laut di Mediterranean Barat, dan berjanji untuk membantu beliau dengan menghantar janissari, geliung dan meriam.

Pertempuran terakhir dan kematian Oruç dan Ishak[sunting | sunting sumber]

Sepanyol memerintahkan Abu Zayan, yang dilantik oleh mereka sebagai pemerintah baharu di Tlemcen dan Oran, untuk menyerang Oruç Reis daripada daratan, tetapi rancangan ini diketahui oleh Oruç lebih awal dan melakukan serangan awal ke atas Tlemcen, menanwan kota dan membunuh Abu Zayan semasa kejatuhan Tlemcen (1517). Satu-satunya waris dinasti Abu Zayan yang terselamat adalah Sheikh Buhammud, yang melarikan diri ke Oran dan kemudian meminta bantuan Sepanyol.

Pada Mei 1518, Maharaja Charles V tiba di Oran dan disambut oleh Sheikh Buhammud dan gabenor Sepanyol di pelabuhan, Diego de Córdoba, marquess Comares, yang memimpin 10,000 tentera Sepanyol. Beliau kemudian disertai oleh beribu-ribu orang Badwi tempatan. Tentera Sepanyol mara ke arah Tlemcen. Oruç dan Ishak menunggu mereka di kota dengan 1,500 tentera Turki dan 5,000 tentera Moor. Mereka berjaya mempertahankan Tlemcen selama 20 hari, sebelum akhirnya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Garcia de Tineo.

Khizr Reis, kini dianugerahkan gelaran Beylerbey oleh Sultan Selim I, bersama-sama tentera janissari, geliung dan meriam, mewarisi tempat, nama (Barbarossa) dan misi daripada abang beliau.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Niccolò Capponi (April 2007). Victory of the West: the great Christian-Muslim clash at the Battle of Lepanto. Da Capo Press. m/s. 30. ISBN 978-0-306-81544-7. 
  2. ^ a b H. J. Kissling; F. R. C. Bagley; N. Barbour; Bertold Spuler; J. S. Trimingham; H. Braun; H. Hartel (1997). The Last Great Muslim Empires. BRILL. m/s. 114. ISBN 90-04-02104-3. Their father was former Muslim soldier, probably from a recent converted family of the European Provinces. Their mother is said to have been the widow of a Greek priest. 
  3. ^ a b Bozbora, Nuray (1997). Osmanlı yönetiminde Arnavutluk ve Arnavut ulusçuluğu'nun gelişimi. m/s. 16. Templat:Quote needed
  4. ^ a b Kiel, Michael (2007). The Smaller Aegean Islands in the 16th-18th Centuries according to Ottoman Administrative Documents. Between Venice and Istanbul: Colonial Landscapes in Early Modern Greece. ASCSA. m/s. 35–. ISBN 978-0-87661-540-9. [p. 36:] ...Ottoman admiral Hayreddin Barbarossa (son of a Turkish sipahi [fief-holder in the cavalry service]) from Yenice-i Vardar in Macedonia and a Greek woman from Lesvos/Mytilini)... 
  5. ^ Andreas Rieger (1994). Die Seeaktivitäten der muslimischen Beutefahrer als Bestandteil der staatlichen Flotte während der osmanischen Expansion im Mittelmeer im 15. und 16. Jahrhundert. Klaus Schwarz Verlag. m/s. 548. ISBN 978-3-87997-223-4. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisource-logo.svg
Wikisource mempunyai sumber asli 1911 Encyclopædia Britannica teks berkaitan kepada: Barbarossa.

Templat:Rulers of Algeria Templat:Pirates