Hazland Abang Hipni
YB Datuk Dr. Haji Hazland bin Abang Hipni ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak[1] dan Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Bagi Demak Laut. Di peringkat akar umbi parti, beliau merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).
Hazland Abang Hipni | |
|---|---|
| Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak | |
| Menyandang jawatan 2021 | |
| Premier Sarawak dan Menteri | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Demak Laut | |
| Menyandang jawatan 16 April 2011 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 5,527 (2011) 7,382 (2016) 6,399 (2021) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 2 April 1965 |
| Kerakyatan | |
| Parti politik | |
| Gabungan politik lain | Gabungan Parti Sarawak (2018-Kini) |
| Pasangan | YBhg. Datin Hajah Dayang Halimah binti Abang Paul |
| Pertalian | Azizul Annuar Adenan (Menantu) |
| Tempat belajar | Universiti Malaya (MBBS) |
| Bidang pengkhususan | Doktor perubatan |
Anugerah
[sunting | sunting sumber]
Malaysia :
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat, Kesatria Mangku Negara (KMN)
Sarawak :
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pangkat Ketiga, Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) – Datuk
Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pangkat Keempat, Johan Bintang Sarawak (JBS)
Penerima Pingat Gangsa Jubli Intan Kemerdekaan Sarawak (2013)
Penerima Pingat Gangsa Jubli Intan Kemerdekaan Sarawak (2023)
Keputusan PRN-12
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, kerusi DUN Demak Laut (N.05) menyaksikan pertandingan empat penjuru. Calon GPS‑PBB, Dr. Hazland Abang Hipni, muncul sebagai pemenang dengan memperoleh 7,636 undi, menewaskan Yatika Jelani (PSB) yang meraih 1,237 undi, Khairul Ahmat (Bebas) dengan 674 undi, dan Mohamad Zen Peli (AMANAH) dengan 212 undi.
Dr. Hazland menang dengan majoriti 6,399 undi, menandakan sokongan kuat pengundi Demak Laut kepada GPS. Kemenangan ini menegaskan kedudukannya sebagai wakil lama kawasan tersebut dan menonjolkan rekod konsisten dalam memenangi hati pengundi.