Heather Morris

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Heather Morris
Morris pada April 25, 2011
Kelahiran
Heather Elizabeth Morris

(1987-02-01) 1 Februari 1987 (umur 37)
PekerjaanPelakon, penyanyi, penari, model
Tahun aktif2006–sekarang
Ketinggian1.73 m (5 ka ​8 18 in)
PasanganTaylor Hubbell (k. 2015)
Anak-anak1

Heather Elizabeth Morris Hubbell (lahir Februari 1, 1987) ialah seorang pelakon, penyanyi, penari dan model Amerika Syarikat, dikenali dengan peranannya sebagai Brittany S. Pierce dalam siri muzikal komedi, Glee.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Morris dilahirkan di Thousand Oaks, California,[1] dan dibesarkan di Scottsdale, Arizona. Beliau mula menari ketika berumur 9 tahun.[2] Bapa Morris meninggal dunia akibat kanser ketika beliau berumur 14 tahun. Selepas menamatkan persekolahan dari Sekolah Tinggi Desert Mountain, Morris mengambil keputusan untuk mendaftar di sebuah universiti tempatan tetapi menyedari dia berada di tempat yang salah dan sebaliknya berpindah ke Los Angeles ketika berumur 19 tahun.[3]

Karier[sunting | sunting sumber]

Penampilan ketara Morris yang pertama adalah pada tahun 2006 dalam So You Think You Can Dance musim 2.[4] Morris secara aktif mengejar karier dalam tarian dan telah dilatih tarian jazz. Kejayaan besarnya datang pada tahun 2007 melalui Beyoncé. Morris merupakan salah seorang penari sandaran Beyoncé ketika jelajah dunia The Beyoncé Experience dan[5] susulan itu beliau bekerja sekali lagi bersama Beyoncé dalam jelajah promosi mini "Single Ladies (Put a Ring on It)" termasuk persembahan pada tahun 2008 di Anugerah Muzik Amerika,[6] Saturday Night Live,[7] The Ellen DeGeneres Show, Today,[7] dan Total Request Live. Beliau juga menari sandaran untuk Beyoncé dan Tina Turner di Anugerah Grammy ke-50 pada tahun 2008.[8][9] Beliau kemudiannya muncul sebagai peranan kecil dalam Fired Up dimana beliau berjumpa koreografer, Zach Woodlee. Susulan filem itu, Woodlee membawa Morris untuk menari di rancangan lain yang dikoreografi oleh beliau termasuk episod Eli Stone dan Swingtown, filem Bedtime Stories dan akhirnya Glee.[10]

Glee[sunting | sunting sumber]

Morris di Comic-Con Antarabangsa San Diego, Julai 2010

Morris mengambil kelas lakonan dan secara aktif mengejar karier lakonan ketika beliau diminta oleh Woodlee untuk mengajar koreografi tarian "Single Ladies" kepada pelakon-pelakon Glee. Pada masa yang sama, siri itu sedang mencari pesorak ketiga dan Morris kemudiannya mendapat watak Brittany.[7]

Peranan Morris menjadi lebih menonjol semasa sembilan episod terakhir musim pertama dan berikutan sambutan yang sangat positif terhadap karakternya, ia dinaik pangkat kepada watak tetap semasa musim kedua .[11] Pada Jun 28, 2013, ia telah dilaporkan bahawa Morris tidak akan kembali sebagai watak tetap dalam musim kelima Glee.[12] Walau bagaimanapun, Morris menyambung wataknya untuk episod keseratus siri itu dan episod terakhir musim kelima. Morris juga muncul dalam lima episod musim keenam dan terakhir siri itu termasuk episod terakhir.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Morris berkahwin dengan Taylor Hubbell dimana beliau mula mempunyai hubungan ketika dia merupakan pemain besbol kolej.[13] Mereka menghadiri sekolah tinggi yang sama di Arizona,[14] tetapi tidak mengenali diri masing-masing di sana.[15] Mereka mula mempunyai hubungan selepas Morris berpindah ke Los Angeles dan Hubbell menghubungi beliau di Myspace.[16] Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Louisiana di Lafayette, Hubbell mula tinggal bersama Morris di Los Angeles pada awal tahun 2012.[17] Morris melahirkan anak pertama mereka pada bulan September 2013.[14] Pada Ogos 28, 2014, ia telah diumumkan bahawa beliau dan Hubbell telah bertunang,[18] dan mereka berkahwin pada Mei 16, 2015.[19]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2007 The Beyoncé Experience Penari DVD: The Beyoncé Experience Live
2008 Bedtime Stories Penari Tidak dikredit
2009 Fired Up! Fiona
2011 A Sense of Humor Laura Filem pendek
The Elevator Wanita Filem pendek; juga penulis, pengarah dan penerbit
Andy Made a Friend Kate Filem pendek
Post Lily
Glee: The 3D Concert Movie Brittany Pierce Filem konsert
2012 Courage to Create Bella Filem pendek
Ice Age: Continental Drift Katie Suara
2013 Spring Breakers Bess
2015 Horrible Parents Meg Filem pendek
Most Likely To Die Gaby
2016 FolkHero & FunnyGuy Nicole
TBA The Cleansing Hour Heather Filem pendek

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2008 Saturday Night Live Penari Beyonce Episod: Paul Rudd/Beyoncé
Swingtown Penari Tidak dikredit, episod: "Get Down Tonight"
Eli Stone Penari Tidak dikredit, episod: "The Path" dan "The Humanitarian"
2009–2015 Glee Brittany Pierce Peranan berulang (Musim 1, 5–6)
Peranan utama (Musim 2–4); 92 episod
2010 How I Met Your Mother Penari Sut Tidak dikredit, episod: "Girls Versus Suits"
2012 Punk'd Diri sendiri Tetamu hos
2015 Romantically Speaking Ariel Cookson Filem TV
Whose Line Is It Anyway? Diri sendiri Episod: "Heather Morris"
Comedy Bang! Bang! Eliza Hansenback Episod: "Weird Al Yankovic Wears A Different Hawaiian Shirt"

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Artis Lagu
2008 An-Ya "Nightlife"[20]
The White Tie Affair "Allow Me To Introduce Myself... Mr. Right/Candle (Sick and Tired)"[21]
Hit the Lights "Drop the Girl"[22]
2011 Leo Moctezuma "2 Da Left"[23]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Heather Elizabeth Morris, Born 02/01/1987 in California | CaliforniaBirthIndex.org". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-13. Dicapai pada 2015-11-29.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  2. ^ "Star from Hit TV Show Visits Good Morning WNY". WKBW. December 31, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-13. Dicapai pada January 8, 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Erin Balse and Suzanne Gardner. "Don't Stop Believin': The Unofficial Guide to Glee." ECW Press. 2010
  4. ^ Sting7 (September 6, 2006). "So You Think You Can Dance 2, June 8: Fear and Loathing In Las Vegas". Reality News Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-13. Dicapai pada January 8, 2010.
  5. ^ "Glee : La vie des acteurs avant la série" (dalam bahasa French). News de stars. May 30, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-27. Dicapai pada 2015-11-29.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Beyonce "Single Ladies" American Music Awards". Youtube.com. January 10, 2009. Dicapai pada November 9, 2011.
  7. ^ a b c "Young Entertainers Get a Taste of Hollywood". My Buffalo. December 31, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-11. Dicapai pada January 8, 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ "Beyonce - Tina Turner - Introduction Performance (Grammy 2008)". Dailymotion.com. August 31, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-05. Dicapai pada November 9, 2011.
  9. ^ "Tina Turner & Beyonce - Proud Mary (Grammy 2008)". Dailymotion.com. March 22, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-23. Dicapai pada November 9, 2011.
  10. ^ Lydon, Kate (June 1, 2010). "The Road to "Glee": Heather Morris Makes Her Mark in Hollywood". Dance Spirit. Diarkibkan daripada yang asal pada October 26, 2011.
  11. ^ Hibberd, James (April 27, 2010). "'Glee' exclusive: Brittany and Santana poised for major promotions | Inside TV | EW.com". Ausiellofiles.ew.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-26. Dicapai pada November 9, 2011.
  12. ^ Ausiello, Michael (June 28, 2013). "UPDATED Glee Exclusive: 4 Original Cast Members are Returning as Series Regulars for Season 5; Plus — Who's Getting Promoted?". TV Line. Mail.com Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-30. Dicapai pada July 1, 2013.
  13. ^ Adams Martinez, Patty (October 1, 2011). "All the Right Moves: How Glee's Heather Morris Stays Fit". Fitness. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-15. Dicapai pada April 7, 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  14. ^ a b Takeda, Allison (September 28, 2013). "Heather Morris Gives Birth to Baby Boy Elijah". Us Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-13. Dicapai pada September 28, 2013.
  15. ^ "Up Close and Personal With Heather Morris!". Seventeen. November 6, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-19. Dicapai pada September 30, 2013. My boyfriend and I knew of each other in high school, but we didn’t know each other. He was a year younger than I was, so after I moved, he messaged me on MySpace, asking ‘When you come back, do you want to hang out?’ and I was like, 'You’re so cute, I’d love to!’
  16. ^ Adams Martinez, Patty (October 1, 2011). "All the Right Moves: How Glee's Heather Morris Stays Fit". Interview. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-15. Dicapai pada April 7, 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  17. ^ "Heather Morris Is Pregnant: Glee Actress Expecting First Child". Us Weekly. April 3, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-07. Dicapai pada April 7, 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  18. ^ "Heather Morris is engaged to Taylor Hubbell". Celebrity-Gossip.net. August 28, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-03. Dicapai pada August 28, 2014.
  19. ^ Kimble, Lindsay (May 17, 2015). "Heather Morris' Wedding to Taylor Hubbell Turns into a Massive Glee Reunion". People. Dicapai pada May 17, 2015.
  20. ^ "An-Ya "Nightlife"". YouTube. April 23, 2010. Dicapai pada November 9, 2011.
  21. ^ "Allow Me To Introduce Myself...Mr. Right/Candle (Sick And Tired)". YouTube. Dicapai pada November 9, 2011.
  22. ^ "Hit the Lights "Drop the Girl"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-03. Dicapai pada 2015-11-29.
  23. ^ "2 Da Left - Heather Morris Cameo For Leo Moctezuma". YouTube. August 11, 2011. Dicapai pada November 9, 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]