Heckler & Koch MP5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
HK MP5
MP5 dengan stok boleh ditanggalkan.
JenisSubmesingan
Tempat asal Jerman
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1966 - kini
Digunakan olehSila lihat pengguna
Sejarah pengeluaran
PerekaTilo Möller, Manfred Guhring,
Georg Seidl, Helmut Baureuter
Direka1964
PengeluarHeckler & Koch
Dihasilkan1966
AnekaSila lihat model MP5
Spesifikasi
Berat2.54 kg (5.6 lb) (MP5A2, MP5A4)

3.08 kg (6.79 lb) (MP5A3, MP5A5)
2 kg (4.41 lb) (MP5K, MP5KA1, MP5KA4, MP5KA5)
2.78 kg (6.13 lb) (MP5K-PDW)
2.80 kg (6.17 lb) (MP5SD1, MP5SD4)
3.10 kg (6.83 lb) (MP5SD2, MP5SD5)
3.60 kg (7.94 lb) (MP5SD3, MP5SD6)
2.67 kg (5.89 lb) udi teleskopik / 2.85 kg (6.28 lb) udi tetap (MP5/10)

2.67 kg (5.89 lb) udi teleskopik / 2.85 kg (6.28 lb) udi tetap (MP5/40)
PanjangUdi tetap: 680 mm (26.8 in)

(MP5A2, MP5A4, MP5/10, MP5/40)
790 mm (31.1 in) (MP5SD2, MP5SD5)
Udi teleskopik:
700 mm (27.6 in) udi dipanjangkan / 550 mm (21.7 in) udi dipendekkan (MP5A3, MP5A5) 603 mm (23.7 in) udi dibuka / 368 mm (14.5 in) udi dilipat (MP5K-PDW) 805 mm (31.7 in) udi dipanjangkan / 670 mm (26.4 in) udi dipendekkan (MP5SD3, MP5SD6) 660 mm (26 in) udi dipanjangkan / 490 mm (19.3 in) udi dipendekkan (MP5/10, MP5/40) Udi berlipat: 325 mm (12.8 in) (MP5K, MP5KA1, MP5KA4, MP5KA5) 349 mm (13.7 in) (MP5K-PDW)

550 mm (21.7 in) (MP5SD1, MP5SD4)
Lebar50 mm (2 in) (MP5A2, MP5A4, MP5A3, MP5A5, MP5K, MP5KA1, MP5KA4, MP5KA5, MP5K-PDW, MP5/10, MP5/40)
60 mm (2.4 in) (MP5SD1, MP5SD4, MP5SD2, MP5SD5, MP5SD3, MP5SD6)
Tinggi260 mm (10.2 in) (MP5A2, MP5A4, MP5A3, MP5A5, MP5SD1, MP5SD4, MP5SD2, MP5SD5, MP5SD3, MP5SD6, MP5/10, MP5/40)
210 mm (8.3 in) (MP5K, MP5KA1, MP5KA4, MP5KA5, MP5K-PDW)
KrewPolis, Tentera, Penguatkuasa Awam dan Pasukan Elit

Kartrij9 x 19 mm

10 mm Auto (MP5/10)

.40 S&W (MP5/40)
Kaliber9 mm Luger Parabellum
10 mm Auto (MP5/10)
AksiBolt Tertutup (Closed Bolt),
Kadar tembakan800 butir/min (MP5A2, MP5A4, MP5A3, MP5A5, MP5SD1, MP5SD4, MP5SD2, MP5SD5, MP5SD3, MP5SD6)
900 butir/min (MP5K, MP5KA1, MP5KA4, MP5KA5, MP5K-PDW)
Halaju muncung400 m/s (1,312 ft/s) (MP5A2, MP5A4, MP5A3, MP5A5)

375 m/s (1,230 ft/s) (MP5K, MP5KA1, MP5KA4, MP5KA5, MP5K-PDW)
285 m/s (935 ft/s) (MP5SD1, MP5SD4, MP5SD2, MP5SD5, MP5SD3, MP5SD6)
425 m/s (1,394 ft/s) (MP5/10)

315 m/s (1,033 ft/s) (MP5/40)
Jarak tembakan efektif200 m (219 yd)
Sistem suapanKelopak peluru 15 / 25 / 30 /60
PenglihatanPejera Belakang: Diopter Berputar; Hadapan:Pejera Tritium Hood

Heckler & Koch Machinenpistole 5 (Bahasa Inggeris: Heckler & Koch Machine Pistol 5) atau lebih dikenali sebagai HK MP5 merupakan selaras senjata submesingan yang paling popular digunakan oleh pasukan-pasukan bersenjata seperti polis, tentera dan pihak berkuasa awam diseluruh dunia termasuk Malaysia. Selain itu, ia amat digemari oleh pasukan elit terutamanya semasa pertempuran dalam bangunan. Direkacipta oleh syarikat persenjataan Heckler & Koch yang berpusat di Oberndorf, Jerman Barat pada tahun 1966, MP5 diubahsuai daripada senjata raifal tempur Heckler & Koch G3 dan menggunakan laras berkaliber 9 mm. Menggunakan sistem bolt tertutup (close bolt) yang memberikan tembakan anjalan yang minima tanpa sebarang halangan dan mengurangkan kepanasan daripada senjata tersebut berbanding sistem open bolt yang digunakan oleh senjata SMG MAC-10 buatan Amerika Syarikat. Senjata MP5 ini turut mempunyai rekod perkhidmatan yang amat baik terutamanya memberikan tembakan yang amat tepat dan mempunyai pelbagai versi khusus terutamanya dari versi MP5-K dan MP5SD serta versi yang lain, sesuai dalam penugasan dan operasi yang memerlukan ketepatan yang maksima.

Model MP5[sunting | sunting sumber]

Dalam pengetahuan umum, senjata MP5 yang mempunyai pelbagai versi ini menggunakan peluru berkaliber 9 × 19 mm Parabellum baik dari jenis 9 mm Ballpoint mahupun Hollowpoint. Bagi pasukan khas, jenis Hollowpoint amat digemari oleh pengguna MP5 bagi mengelakkan sebarang tembusan lebihan (over penetration) keluar dari sasaran tanpa mencederakan pihak dibelakang. Bagi versi "A2" dan "A4", ia versi yang menggunakan udi tetap, manakala "A3" dan "A5" menggunakan udi yang boleh dipanjang-pendekkan, dan "A1" tidak menggunakan kedua-dua sistem tersebut, sebaliknya menggunakan sistem udi penutup. Di sini ialah senarai model pelbagai versi MP5.

  • MP5-A1 — MP5 menggunakan udi penutup; menggunaan sistem kunci selamat "S.E.F".
  • MP5-A2 — Udi tetap, menggunaan sistem kunci selamat "S.E.F".
  • MP5-A3 — Udi boleh laras, menggunaan sistem kunci selamat "S.E.F".
  • MP5-A4 — Udi tetap, menggunakan sistem 3 lakaran kekunci tembakan; 1 lakaran - tembakan biasa, 3 lakaran - semburan 3 butir dan 7 lakaran - semburan sepenuhnya.
  • MP5-A5 — Udi boleh laras, menggunakan sistem 3 lakaran kekunci tembakan; 1 lakaran - biasa, 3 lakaran - semburan 3 butir dan 7 lakaran - semburan sepenuhnya.; umum mempunyai jarak 100 meter seperti raifal.
  • MP5-SFA2 — SF mengunakan sistem tembakan manual a.k.a tembakan satu das, tanpa penggunaan sistem tembakan automatik atau semburan; menggunakan udi tetap.
  • MP5-SFA3 — MP5SF dengan udi boleh laras.
  • MP5-N — Model yang digunakan oleh tentera laut Amerika Syarikat. Menggunakan kunci selamat versi Navy, mempunyai persamaan dengan sistem kekunci A4-A5/menggunakan laras biasa atau laras berpenghadang cahaya mahupun tanpa bunyi serta menggunakan udi boleh laras. Disadur dengan saduran khas bagi operasi di kawasan perairan tanpa sebarang masalah.
  • MP5-F — Model dicipta khas bagi tentera Perancis. Udi boleh laras yang disalutkan dengan penahan karat, tangkai sling ABS kanan dan kiri dan pengubahsuaian bolt untuk penggunaan sistem peluru 9 mm berkuasa tinggi.
  • MP5-K — MP5 yang paling pendek; menggunakan kunci selamat "S.E.F".
  • MP5-KA1 — MP5K dengan permukaan atas yang lembut dan pejera logam yang kecil; menggunakan sistem kunci selamat "S.E.F".
  • MP5-KA4 — MP5K dengan sistem 3 lakaran kekunci tembakan.
  • MP5-KA5 — MP5KA1 dengan sistem 3 lakaran kekunci tembakan.
  • MP5-K-N — MP5K dengan sistem kunci selamat versi Navy dan sistem 3 lakaran kekunci tembakan/muncung laras boleh diubahsuai sama ada jenis laras biasa, penghadang cahaya atau sistem tanpa bunyi.
  • MP5-K PDW — Personal Defense Weapon; MP5K-N dengan sistem udi boleh dilipat ke kiri dan menggunakan 3 sistem kekunci selamat/laras boleh diubahsuai sama ada laras biasa, penghadang cahaya dan tanpa bunyi; versi Navy atau menggunakan sistem 3 tembakan semburan. Diperkenalkan pada tahun 1991.
  • MP5SD1 — Menggunakan sistem tanpa bunyi (Schalldämpfer), A1-dengan sistem penutup udi dengan lubang sling; versi Navy atau kekunci "SEF".
  • MP5SD2 — Menggunakan sistem tanpa bunyi (Schalldämpfer), menggunakan udi tetap; versi Navy atau kekunci "S.E.F".
  • MP5SD3 — Menggunakan sistem tanpa bunyi (Schalldämpfer), mengunakan udi boleh laras; versi Navy atau kekunci "S.E.F".
  • MP5SD4 — MP5SD1 dengan sistem 3 lakaran kekunci tembakan, menggunakan udi tetap.
  • MP5SD5 — MP5SD2 dengan sistem 3 lakaran kekunci tembakan, menggunakan udi boleh laras.
  • MP5SD6 — MP5SD3 dengan sistem 3 lakaran kekunci tembakan, menggunakan pelbagai jenis udi.
  • MP5SD-N — MP5SD dengan picu versi Navy dan sistem tanpa bunyi KAC versi logam kuprum; menggunakan udi tetap.
  • MP5/10 — Menggunakan laras 10 mm Auto, menggunakan udi pelbagai versi dan pelbagai sistem kekunci. Direkacipta pada tahun 1992 hingga tahun 2000.
  • MP5/40 — Mengunakan laras .40 S&W, menggunakan udi pelbagai versi dan pelbagai sistem kekunci. Direkacipta mulai tahun 1992 hingga tahun 2000.

Sistem Kekunci[sunting | sunting sumber]

HK MP5 mempunyai 3 jenis sistem kekunci selamat yang diterjemahkan dari Bahasa Jerman.

  • S: Kekunci penutup/Safe (Sicher),
  • E: Tembakan Manual atau Separa Automatik (Einzelschuss),
  • F: Tembakan Semburan/Auto (Feuerstoß)

Bagi versi Navy dan jenis A4 dan A5, ia menggunakan kod lakaran berbentuk peluru.

  • Lakaran peluru berpalang X, berwarna putih: Safe/Kekunci penutup
  • Lakaran 1 peluru, berwarna merah: Tembakan biasa/manual/separa automatik
  • Lakaran 2 peluru, berwarna merah: Tembakan semburan 2 butir.
  • Lakaran 3 peluru, berwarna merah: Tembakan semburan 3 butir.
  • Lakaran 7 peluru, berwarna merah: Tembakan semburan penuh.

Peralatan Sokongan[sunting | sunting sumber]

Bagi kegunaan pasukan khas, MP5 semestinya dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan sokongan bagi memudahkan kadar tembakan menepati sasaran dan sesuai dengan kehendak operasi mereka. HK MP5 dilengkapi dengan;

  • Skop Titik Merah (Red Dot) Misalnya dari jenis Aimpoint
  • Pejera EO Tech
  • Pejera Laser Inframerah
  • Skop Inframerah
  • Lampu Suluh (versi Surefire)
  • Klip Kelopak Tambahan
  • Pelancar Grened M203 Short

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Tidak dapat dinafikan senjata MP5 amat digemari diseluruh negara tanpa mengira bangsa sekalipun. Sistem tembakan dan pelbagai rekabentuk senjata ini memang menarik perhatian semua agensi untuk memiliki senjata ini untuk kegunaan mereka. Di Amerika Syarikat, semua agensi pertahanan seperti polis, tentera dan pihak awam turut memiliki senjata MP5 bagi penugasan khas mereka, khasnya US Navy SEAL yang paling menggunakan senjata MP5 dari jenis MP5 Navy bagi tugasan mereka dilaut.

Britain dan kesemua negara Eropah serta Asia juga tidak ketinggalan untuk memiliki senjata keluaran Jerman tersebut. Antara yang paling ketara sekali ialah Special Air Service dari United Kingdom. Selain itu, senjata ini turut dicipta oleh sebuah agensi persenjataan dari Switzerland iaitu Brugger & Thomet yang dikenali sebagai Brugger & Thomet MP5 yang telah digunakan pihak infantri Swiss dan juga digunakan pasukan elit PASKAL TLDM.

Fail:69mp5.jpg
Anggota penyelam tempur Pasukan Gerakan Khas bersenjatakan HK MP5 semasa menjalani latihan menyelam tempur.
Anggota Pasukan Gerakan Khas menjalankan latihan menembak dengan MP5-Navy.

Negara-negara yang menggunakan sistem persenjataan ini terdiri daripada:

  •  Argentina - Digunakan oleh pasukan elit GEOF dan Hawk Special Operations Brigade.
  •  Albania - Pasukan elit Albania iaitu RENEA dan polis Albania, angkatan bersenjata.
  •  Algeria - Divisyen Komando Payung Terjun Algeria.
  •  Australia - Special Air Service Regiment. Kesemua pasukan elit tentera dan polis.
  •  Azerbaijan - Azerbaijan Interior Guard.
  •  Bangladesh - Rapid Action Battalion
  •  Belgium - Equipes Specialisees de Reconnaissance (ESR), Escadron Special d'Intervention (ESI).
  • Brazil - Pasukan elit infantri Brazil dan seluruh jabatan polis negeri.
  •  Kanada - Kesemua unit taktikal polis, Joint Task Force Two (JTF-2), tentera laut.‎‎
  • Chile - 1st Battalion Airborne Forces. Unidad Anti-Terroristas (UAT).
  •  Colombia - Lanceros, Agrupacion de Fuerzas Especiales Urbanas Agrupacion de Fuerzas Especiales Urbanas.
  •  Republik Czech
  •  Denmark - Polis Denmark dan unit elit.
  • Mesir
  •  Perancis - Groupe d'Intervention de la Gendarmerie Nationale, French Foreign Legion, Commandement des Operations Speciales (COS), Groupement Speciale Autonome.
  •  Finland - Polis Finland dan Pasukan Pertahanan Finland.
  •  Jerman - German State Police, German Federal Police, KSK, Kampfschwimmer, Fernspähkompanie, Feldjäger.
  •  Yunani - Polis dan pasukan elit.
  •  Hong Kong - Special Duties Unit.
  •  Hungary - Polis Hungary, Jabatan Penjara Hungary, Tentera Darat Hungary.
  •  Republik Ireland - Sciathan Fianoglach an Airm (Rejimen Renjer Ireland).
  •  Iceland - Pengawal pantai Iceland, Unit Respon Krisis Iceland dan Víkingasveitin.
  •  India - Pasukan elit tentera darat India, National Security Guards, MARCOS dan unit lain.
  •  Indonesia - Unit anti pengganas Tentera Nasional Indonesia.
  •  Iran - Tentera Darat Republikan Islam Iran, polis Iran.
  •  Itali - Gruppo di Intervento Speciale (GIS).
  •  Jordan - SOU-17.
  •  Kuwait - Tentera darat Kuwait.
  •  Latvia - Speciālo Uzdevumu Vienība.
  •  Lubnan - 101st Parachute Company.
  •  Malaysia - Unit anti pengganas Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, dan lain-lain agensi keselamatan.
  •  Mexico - Fuerzas Especiales dan agensi keselamatan seperti polis negeri dan persekutuan.
  •  Montenegro - Vojska Crne Gore (VCG).
  •  Belanda - Netherlands Marine Corps, Royal Marechaussee, Bijzondere Bijstands Eenheid dan semua formasi polis.
  • Norway - Norwegian Defence Force dan polis Norway.
  •  New Zealand - 1st Special Air Service Squadron.
  • Pakistan - Tentera darat Pakistan, direka oleh Pakistan Ordnance Factories dengan berlesen HK.
  •  Filipina - Tentera Filipina, dan polis Filipina.
  •  Poland - GROM, unit khas polis.
  •  Portugal - Grupo de Operacoes Especiais (GOE).
  •  China - Tentera darat Republik China dan pasukan elit.
  •  Romania - SRI (Serviciul Român de Informaţii) dan polis.
  •  Arab Saudi - Special Forces Brigade.
  •  Singapura - Polis Singapura.
  •  Sri Lanka - Rejimen Sri Lanka, Special Task Force.
  •  Serbia - SAJ (Special Anti-terrorist Unit), UBPOK, Polis tentera Serbia.
  •  Slovakia - Polis dan pasukan elit.
  •  Slovenia - Polis dan pasukan elit.
  •  Sweden - Nationella Insatsstyrkan (NI), dan Piketen, polis Sweden.
  •   Switzerland - FSK-17.
  •  Sepanyol - Tercio de Extranjeros y de Moreria.
  •  Afrika Selatan - Unit keseluruhan.
  • Korea Selatan - ROKA 707th Special Mission Unit, ROKN Naval Special Warfare Brigade (UDT/SEAL), KNP Special Weapons Attack Team (SWAT), ROKCG Sea Special Assault Team (SSAT).
  • Turki - Unit keseluruhan. Secara berlesen oleh HK.
  •  Emiriah Arab Bersatu - Pasukan elit Emiriah Arab Bersatu, Unit SWAT Abu Dhabi, unit SWAT Dubai, Unit Kawalan Rapat EAB.
  •  United Kingdom - Special Air Service, Special Boat Service, Metropolitan Police Specialist Firearms Command.
  •  Amerika Syarikat - Dibekalkan kepada Force Recon Amerika, Marine Security Force Battalions, dan Special Operations Unit, seperti Renjer, Delta Force, SEALs, Combat Control, dan kesemua agensi keselamatan Amerika Syarikat.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pasukan bersenjata Malaysia yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia turut menggunakan senjata MP5 ini bagi tugas-tugas mereka mempertahankan negara. ATM memiliki senjata MP5 pada awal tahun 90an bagi menggantikan SMG Sterling 9mm buatan British yang telah tamat tempoh penggunaannya dan tidak sesuai bagi pertempuran masa kini.

Senjata MP5 turut dibekalkan kepada pasukan elit ATM seperti 10 Briged Para, Grup Gerak Khas, Paskal dan Paskau untuk tugasan khas sama ada di darat, laut dan udara.

PDRM telah menggantikan SMG Sterling kepada MP5 sekitar pertengahan 1980an dan majoritinya digunakan oleh pasukan kereta peronda (MPV) menggantikan senjata senapang patah yang telah lama digunakan memandangkan ia amat efektif dan sesuai bagi tugas-tugas mereka seharian. Selain dari pasukan MPV, senjata ini turut digunakan oleh pasukan separa tentera seperti Pasukan Gerakan Am dan pasukan elit Pasukan Gerakan Khas bagi pertempuran jarak dekat.

Kini, selain dari ATM dan PDRM, sebuah agensi luar yang baru ditubuhkan iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia turut memiliki senjata MP5, sesuai bagi penugasan mereka sebagai pasukan Pengawal Pantai (Coast Guard).

Sila Lihat[sunting | sunting sumber]

Laman Luar[sunting | sunting sumber]


Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.