Heckler & Koch PSG1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Heckler & Koch PSG1
Evers PSG-1.PNG
PSG1
Jenis Raifal Penembak Tepat
Asal Bendera Jerman Jerman
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan 1970 - kini
Digunakan oleh Jerman, Indonesia, Jepun, Argentina, Malaysia, Britain, Amerika Syarikat, Venezuela dan semua organisasi pasukan tentera dan polis.
Sejarah pengeluaran
Tarikh cipta Sekitar 1970an
Pengeluar Heckler & Koch
Spesifikasi
Berat 8.10 kg (17.81 lbs)
Panjang 1200 mm (47.6 in)
Panjang laras 650 mm (25.6 in) 4 grooves, right hand twist.

Jenis peluru 7.62×51 NATO
Tindakan Sistem tendang balas
Kederasan peluru 868 m/s (2,850 ft/s)
Jarak berkesan 1000 m (1094 yd)
Sistem suapan 5 hingga 20-butir peluru dalam 1 kelopak
Pejera Pejera Teleskopik Hendsoldt 6 × 42 mm


Heckler & Koch PSG1 ("Präzisions-Scharfschützen-Gewehr", atau "Precision Sharpshooter Rifle") merupakan selaras raifal penembak tepat separa-automatik yang direkacipta oleh syarikat persenjataan Jerman, Heckler & Koch.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Senjata ini dicipta atas keperluan mendesak daripada kerajaan Jerman berikutan insiden tebusan di Munich pada tahun 1972 yang mana 11 atlit Israel terbunuh akibat insiden berbalas tembakan antara tentera militan Black September dengan polis Jerman. Atas keperluan ini, H&K memulakan inovasi terbaru dalam mencipta satu raifal yang mempunyai daya ketepatan yang tinggi, peluru yang berkapasiti sederhana, mempunyai sistem separa-automatik bagi kegunaan pihak polis dan tentera. Dengan keputusan yang amat baik dan reputasi yang amat cemerlang senjata yang paling dipercayai dan membuktikan kemampuannya, sepertimana yang diakui oleh pengguna senjata ini.

Dengan kos yang tinggi ($12,000-15,000 US Dollar setiap selaras) dan membataskan pengimportan dari kerajaan, sejumlah 400 laras PSG1 telah dipasarkan di Amerika Syarikat pada tahun 2005.[perlu rujukan] Hasilnya, berdasarkan populariti senjata ini, semua agensi keselamatan turut memperolehi senjata PSG1.

Sifat dan Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

PSG1 merupakan asas kepada raifal Heckler & Koch G3 dan ciri-cirinya ialah sistem bolt tertutup yang tidak berbunyi kuat (sepertimana yang ada pada senjata M16A1/A2/A3/A4). Dijangkakan daya ketepatan dibawah 1 minit lengkungan atau Minute Of Arc (MOA) dan ia membawa kepada sistem ketepatan raifal penembak tepat separa-automatik, berkebolehan menembak sebanyak 50 butir didalam sasaran bulatan 80 mm pada jarak 300 meter dihadapan. (3.14" at 328yds)

PSG1 tidak memerlukan pejera logam tetapi ia dikembarkan dengan pejera skop Hensoldt 6×42 dengan retikal bercahaya, laras kurang timbul yang berat dan udi yang boleh diubahsuai. Udi bagi PSG1 yang dibuat daripada plastik , berwarna hitam yang boleh diubahsuai dengan apa sahaja cara bagi keselesaan pengguna mengendalikannya. Ia boleh diubah dengan melalui ukuran, udi senjata yang boleh digandarkan dan termasuklah pengubahsuaian menegak pada bahagian sisi. selain itu ia boleh dikembarkan dengan landasan T-way untuk tali sling atau tongkat kaki tiga (tripod).

Sepertimana senjata HK yang lain, komponen raifal ini boleh ditanggalkan dan boleh diubahsuai bagi sistem picu. Sisitem picu ini boleh diubahsuai yang boleh ditarik dan boleh ditanggalkan pada bahagian pistol grip.

Ciri-ciri yang unik pada PSG1 ini, apabila tembakan dilancarkan, kelongsong peluru tersebut akan melenting keluar dengan tenaga yang kuat, berdasarkan laporan, lentingan kelongsong peluru ini dianggarkan sejauh 10 meter ke sisi. senjata ini bukan sahaja dibekalkan kepada unit penembak tepat bagi pihak polis, malahan turut dibekalkan kepada pasukan tentera, kerana ia amat mudah dalam apa sahaja posisi penembak tepat tersebut..

Versi PSG1A1 kemudiannya telah dipasarkan oleh Heckler & Koch pada tahun 2006, dan mempunyai dua ciri dalam pengubahsuaiannya. Pertama, bahagian pencekahnya berada dibahagian atas kiri laras mengikut lawan pusingan jam. Kedua, bahagian pejera skopnya boleh digantikan dengan skop Hensoldt 6x42. Bukan pihak polis yang menggunakan pejera skop pada jarak sejauh 600 meter. Atas sebab tertentu, PSG1A1 boleh dikembarkan dengan pejera skop Schmidt & Bender 3-12x50 Police Marksman II, dipasangakan pada bahagian atas 34 mm rings.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Sepertimana senjata-senjata keluaran HK dan lain-lain jenis, semua negara memiliki jenis ini. Dan diantaranya, unit anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia dan PASKAU Tentera Udara Diraja Malaysia dikatakan memiliki senjata penembak tepat jenis ini bagi menggantikan HK 33/SG-1 dan HK G3/SG-1 yang telah dihentikan perkhidmatannya pada tahun 1990.

Laman Luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.


Senarai senjata api Pistol
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.