Sikorsky S-61A-4 Nuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Helikopter Nuri)
Lompat ke: pandu arah, cari

Rencana ini berkenaan helikopter Sikorsky S-61A-4 milik Tentera Udara Diraja Malaysia, untuk rencana lain sila rujuk Sikorsky S-61 dan SH-3 Sea King.

Sikorsky S-61A-4 Nuri
Peranan Helikopter utiliti /SAR
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar Sikorsky Aircraft
Penerbangan sulung 11 Mac 1959
Mula digunakan 1961
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Diraja Malaysia
Jumlah dibina 38 buah (asal)
Kelainan Sikorsky S-61L/N
Sikorsky S-61R
Westland Sea King
CH-124 Sea King

Sikorsky S-61A-4 Nuri yang merupakan versi terbitan helikopter SH-3 Sea King yang diberi penambah baikkan adalah helikopter utiliti / SAR yang dioperasikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia. Helikopter Nuri memiliki enjin berkembar dan pelbagai guna. Perkhidmatannya dijangka akan digantikan dengan helikopter yang lebih moden dalam masa yang terdekat.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Pada masa kini helikopter Nuri digunakan di Markas Bantuan Udara seperti berikut:

  1. No. 3 Skuadron Butterworth S-61A-4 Pengangkutan Nuri
  2. No. 5 Skuadron Labuan S-61A-4 Pengangkutan Nuri
  3. No. 7 Skuadron Kuching S-61A-4 Pengangkutan Nuri
  4. No. 10 Skuadron Kuala Lumpur/Sungai Besi S-61A-4 Nuri/AS-61N-1 VIP

Umum[sunting | sunting sumber]

Helikopter Nuri (juga dikenali sebagai Sikorsky S-61) adalah helikopter enjin berkembar pelbagai kegunaan. Ia kini berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia. Helikopter Nuri telahpun dinaiktaraf dengan pelbagai peralatan seperti radar cuaca, “Doppler dan Doppler GPS”, sistem peralatan pendaratan dan keupayaan penglihatan malam. Helikopter Nuri dirancang untuk terus digunakan sehingga tahun 2018.

Penyelenggaraan Nuri kini dilakukan oleh syarikat AIROD Sdn Bhd. Helikopter Nuri yang tidak boleh diterbangkan diletakkan dalam status “Aircraft On Ground” dan “Aircraft On Jack”. Biasanya, alat ganti yang diperlukan akan dihantar selewat-lewatnya 72 jam dari tarikh helikopter diletakkan dalam status “Aircraft On Ground”.

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan kemalangan-kemalangan yang melibatkan helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri milik TUDM. Data didapati dari Bernama.com[1]

  • 25 April 1969 - Kejadian Nuri terhempas pertama apabila 4 anggota TUDM terbunuh di Kuching, Sarawak.
  • 11 Mac 1972 - 4 terbunuh dalam kemalangan di Gambang, Pahang.
  • 26 April 1976 - 11 anak kapal dan penumpang terbunuh apabila helikopter Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis di Gubir, Kedah.
  • 19 Julai 1980 - Helikopter Nuri terhempas berhampiran Ipoh, Perak akan tetapi 18 penumpangnya terselamat.
  • 25 April 1981 - 2 anggota TUDM terbunuh sementara 13 orang yang lain tercedera apabila helikopter Nuri terhempas di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.
  • 11 Julai 1981 - Nuri terhempas berdekatan Batu Melintang, Perak. 11 penumpang terselamat.
  • 14 November 1989 - 21 orang terkorban dalam kemalangan di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan- Perak.
  • 18 Disember 1989 - 16 orang terbunuh dalam kemalangan berdekatan Sungai Lundu, Sarawak.
  • 28 Ogos 1990 - 9 anggota yang sedang menjalani latihan untuk sambutan ulang tahun Kemerdekaan terselamat dalam pendaratan kecemasan berdekatan Rawang, Selangor.
  • 16 Januari 1991 - Helikopter Nuri dari Sungai Besi ke Kluang membuat pendaratan kecemasan di Kampung Parit Zin, Muar, Johor. 12 orang terselamat.
  • 10 Jun 1991 - 6 orang terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di Banding, Perak.
  • 11 Julai 1991 - 7 orang terbunuh apabila Nuri terhempas semasa mendarat juga di Banding, Perak.
  • 16 Oktober 1996 - 2 orang terbunuh apabila Nuri terhempas di Muka Head, Pulau Pinang.
  • 19 Mac 1997 - 11 anggota TUDM terbunuh apabila 2 buah helikopter Nuri terhempas berdekatan Gunung Lumaku, Sipitang di Sabah.
  • 5 Mac 2004 - 2 orang terbunuh dalam kemalangan di Taman Udara, Butterworth.
  • 30 Mac 2004 - 3 juruterbang terselamat semasa membuat pendaratan kecemasan di Bukit Kalam berdekatan Labuan, Sabah.
  • 15 Ogos 2004 - 3 orang terbunuh dalam kejadian terhempas di Long Seridan, Sarawak.
  • 13 Julai 2007 - 6 anggota TUDM terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang. Mayat mereka ditemui 4 hari kemudian.
  • 10 Julai 2008 - Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Taman Sinar Mentari, Bedong, Gurun, Kedah semasa ia sedang dalam perjalanan balik dari Kem Gubir, Sik menuju Pangkalan Udara Butterworth.[2]

Penggantian berperingkat[sunting | sunting sumber]

Disebabkan usia pesawat itu yang telah lama digunakan dan pernah terlibat dalam beberapa kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa[3], maka pada 18 Julai 2007, Kabinet bersetuju pesawat Nuri yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia sejak 1968 digantikan dengan pesawat baru dan proses penggantian itu akan mengambil masa antara dua setengah hingga tiga tahun.[4]. Pada 27 September 2008, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan hari ini bahawa syarikat pengeluar helikopter, Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. telah memenangi tender terbuka antarabangsa untuk menggantikan helikopter Nuri dengan Eurocopter EC725 Cougar,[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news.php?id=273932%20Nuri’s Kemalangan Nuri ke-18 dalam masa 39 tahun, Bernama Online, 7 Julai 2007.
  2. [1] Helikopter Nuri mendarat cemas, Utusan Online, 10 Julai 2008
  3. [2] Eurocopter dapat tender ganti Nuri, Utusan Online, 27 September 2008.
  4. [http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0709&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_04.htm&arc=hive Penggantian Nuri diteruskan walaupun bajet kementerian dikurangkan, Utusan Online, 9 Julai 2008
  5. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0929&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_07.htm&arc=hive], Cougar pilihan tepat - Penganalisis, Utusan Online, 29 September 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]