Hello, Jangan Tapau Cintaku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Hello, Jangan Tapau Cintaku
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi naskah Hello, Jangan Tapau Cintaku karya Hasreeyati
Ditulis olehNorazwanizan Awang
PengarahIdora Abdul Rahman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanHello - Farisha Iris
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Irene Qistina D
  • Nurul Izzah D
Penerbit
  • Norley Aimi Nadiah Sharri
  • Arisz Ab Rahman
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Mache All Star United Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lestary)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal4 Ogos 2021 – 25 Ogos 2021
Kronologi
MengikutiAyahanda
Diikuti olehAnak Sena

Hello, Jangan Tapau Cintaku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan oleh Idora Abdul Rahman, di bintangi oleh Nafiz Muaz, Elisya Sandha, dan Eyka Farhana. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 4 Ogos 2021 mengantikan Ayahanda. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Ain Dheya (Elisya Sandha) yang baru mula bekerja di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Berasal dari keluarga yang susah, Ain Dheya belajar cara hidup sederhana dan berjimat cermat. Dikenali dengan panggilan ‘Minah Tapau’, Ain tidak kisah pandangan orang lain, yang paling penting dia tidak suka membazir. Niat utamanya ialah meringankan beban ibunya, Mak Jah di kampung.

Pak Long Asmadi, (Azri Iskandar) mula berhasrat untuk menjual tanah yang sebahagiannya adalah tapak rumah yang didiami Mak Jah anak beranak. Oleh itu Pak Long meminta mereka membayar hutang sewa tanah dengan nilai 30 ribu ringgit dalam masa dua bulan.

Ain mula mengenali perangai bosnya, Ash Fayyad (Nafiz Muaz), seorang anak hartawan yang pemboros, suka menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong.

Apabila Ash Fayyad menawarkan gaji bulanan sebanyak 5 ribu kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga dan mengurus adik perempuannya yang berkerusi roda, Ain Dheya yang pada waktu itu sangat terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang.

Baginya dengan gaji yang akan diperolehi nanti bolehlah dia melunaskan hutang sewa tanah Pak Longnya walaupun secara ansur-ansur.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Hello, Jangan Tapau Cintaku. MyInfoTaip.com. Dicapai 2 Ogos 2021.