Helmi Effendy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Helmi Effendy (lahir sebagai Nur Hilmi bin Afandi) ialah seorang penulis buku dan aktivis sejarah di Malaysia. Beliau merupakan pengasas bersama syarikat penerbitan buku, Patriots Publishing yang dikenali dengan jenama The Patriots (karya bukan cereka) dan Mahakarya (karya cereka)[1].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Helmi merupakan seorang graduan Universiti Selangor dalam pengajian diploma Media dan Komunikasi[2]. Beliau mula menerbitkan novel pertama pada 2013 dengan judul Epidemik T yang diterbitkan oleh Buku Prima.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Karya cereka[sunting | sunting sumber]

  • Terhempasnya Pesawat MH747. Terbitan Patriots Pubulishing, 2022.
  • Projek Seram: BAS. Penulis bersama Fitri Hussin dan Affieyza Isahak. Terbitan Buku Prima, Jun 2021
  • Dirgahayu. Terbitan Patriots Publishing, 2020
  • Menggunung. Terbitan Buku Prima, Mac 2018
  • Klimaks. Terbitan Buku Prima, Mei 2017.
  • Kisah Seram Malam Jumaat Vol 2. Penulis bersama Suzani Nadzir, Aida Adia dan Noorfadzillah. Terbitan Ilham Karangkraf, Februari 2017
  • Projek Seram: LIF. Penulis bersama Ninie Othman, Resmanshah. Terbitan Buku Prima, Januari 2017
  • Projek Thriller: VAPE. Penulis bersama Zaifuzaman Ahmad, Salleh Kausari dan Syasya Bellyna. Terbitan Buku Prima, Januari 2016
  • Projek Seram: AIRPORT. Penulis bersama Noorfadzillah, Aida Adia dan Aziah Zainal. Terbitan Buku Prima, Mei 2016
  • Projek Seram: ISTANA. Penulis bersama Maria Kajiwa, Syasya Bellyna dan Naim Tamdjis. Terbitan Buku Prima, Mac 2016
  • Dari Alam Lain. Terbitan Buku Prima, Ogos 2015.
  • Permainan Maut. Penulis bersama Ebriza Aminnudin, Syasya Bellina dan Aida Adia. Terbitan Buku Prima, September 2015.
  • The Lost World. Terbitan Buku Prima, Ogos 2014.
  • Epidemik T, Terbitan Buku Prima, 2013.

Karya bukan cereka[sunting | sunting sumber]

  • Jangan Selewengkan Sejarah Melayu II. Terbitan Patriots Publishing, 2023
  • Pertempuran-pertempuran Agung: Seni Pertempuran Terulung. Penulis bersama Moustapha Abbas dan Amir Zayyanid. Terbitan Patriots Publication, November 2019
  • Tokoh Agung Melayu. Penulis bersama Moustapha Abbas dan Raja Ariff Danial. Terbitan Patriots Publication, Mac 2019
  • Jangan Selewengkan Sejarah Melayu. Terbitan Patriots Publication, 2016.
  • Kitab Tamadun Melayu. Penulis bersama Panel Penulis The Patriots, Moustapha Abbas dan Raja Ariff Danial. Terbitan Patriots Publication, 2015.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Doa pengkhianat Melayu dibunuh[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Julai 2018, Helmi Effendi telah membuat hantaran kontroversi di Facebook miliknya mengenai keputusan mantan Menteri Pendidikan Dr.Maszlee Malik yang ingin mempertimbangkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama yang dikeluarkan beberapa sekolah jenis kebangsaan di Malaysia .[3] Akibatnya, pada tahun 2019, kedai buku dalam talian Buku Fixi telah menggugurkan penjualan dua judul karyanya[4], iaitu Jangan Selewengkan Sejarah Melayu dan Kitab Tamadun Agung Melayu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mimi Musa (11 Julai 2021). "Revolusi Penerbitan Mahakarya". Tunas Cipta. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2021. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  2. ^ Ida Latif (Oktober 15, 2015). "Siapa Sangka Pemuda Berusia 22 Tahun Ini Rupanya Pejuang Sejarah Melayu". The Vocket. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Oktober 2021. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  3. ^ https://www.facebook.com/BukuFixi/posts/2241994482516228
  4. ^ "PENULIS DOAKAN PENGKHIANAT MELAYU DIBUNUH, FIXI HENTIKAN PENJUALAN BUKUNYA". Orang Kata. May 30, 2019. Dicapai pada 25 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]