Helmut Haller

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Helmut Haller
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1939-07-21)21 Julai 1939
Tempat lahir Augsburg, Jerman
Tarikh kematian 11 Oktober 2012(2012-10-11) (umur 73)
Tempat kematian Augsburg, Jerman
Ketinggian 1.78 m (5 ka ​10 18 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1948–1957 BC Augsburg
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1957–1962 BC Augsburg 85 (24)
1962–1968 Bologna 180 (48)
1968–1973 Juventus 116 (21)
1973–1976 FC Augsburg 79 (21)
1976–1977 BSV Schwenningen 2 (0)
1977–1979 FC Augsburg 15 (2)
Jumlah 477 (116)
Pasukan kebangsaan
1958–1970 Jerman Barat 33 (13)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Helmut Haller (21 Julai 1939 – 11 Oktober 2012) merupakan bekas pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi penyerang. Beliau mewakili pasukan kebangsaan Jerman Barat ke tiga edisi Piala Dunia. Beliau turut meraih "Scudetto" bersama Bologna dan Juventus.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Dalam karier kelabnya, Haller beraksi dari tahun 1948 hingga 1962 untuk kelab BC Augsburg sebelum berpindah ke kelab Itali, Bologna dalam perpindahan bernilai 750 ribu mark bersama gaji tahunan 200 ribu mark. Ketika itu di Jerman, gaji-gaji pemain terhad 500 mark sebulan tetapi ditingkatkan kepada 2500 mark selepas Bundesliga diperkenalkan sebagai divisyen pertama negara itu pada tahun 1963. Beliau bersama tiga rakan senegara, Albert Brülls, Karl-Heinz Schnellinger dan Horst Szymaniak meneruskan karier di Itali.

Pada awal kariernya di Itali, Haller beraksi untuk Bologna di bawah kendalian Fulvio Bernardini dan meraih kejuaraan "Scudetto" pertama dan terakhir kelab dalam masa 23 tahun pada tahun 1964. Dari tahun 1968 hingga 1973, beliau bermain untuk Juventus dan beliau merangkul "Scudetto" pada tahun 1972 dan 1973. Pada tahun 1973, Juventus mara ke perlawanan akhir Piala Eropah menentang pasukan Ajax yang dibintangi legenda Johan Cruijff. Haller menggantikan Roberto Bettega pada minit ke-49 tetapi perlawanan berkesudahan Juve tewas 0-1 hasil jaringan awal Johnny Rep.

Pada tahun 1973, beliau kembali ke Jerman untuk sertai kelab FC Augsburg yang baru ditubuhkan hasil penggabungan bekas kelab BC Augsburg dan musuh setempat, TSV Schwaben. Kelab tersebut membayar 44 ribu mark atas perpindahan Haller. Pada masa itu, Augsburg menjadi pendatang baru Regionalliga. Augsburg menamatkan musim tersebut di tempat pertama dalam divisyen selatan Regionalliga. Namun, kelab ini terlepas tiket ke Bundesliga selepas ketinggalan satu mata di belakang Tennis Borussia Berlin.

Haller bersara pada tahun 1979.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Selepas melakukan penampilan sulung antarabangsa pada usia 19 tahun pada tahun 1958, beliau beraksi pada tiga edisi Piala Dunia iaitu 1962 di Chile, 1966 di England dan 1970 di Mexico. Secara keseluruhan, beliau telah beraksi 33 perlawanan dan menjaringkan 13 gol.

Pada saingan Piala Dunia 1962, Haller menjadi tonggak utama Jerman sepanjang kempen berlangsung sehingga Jerman tersingkir pada peringkat suku akhir menentang Yugoslavia 1–0. Pada Piala Dunia 1966, beliau membentuk gandingan pemain tengah mantap dengan Wolfgang Overath dan pemain muda, Franz Beckenbauer. Pasukan Jerman mara ke perlawanan akhir dan Haller menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada perlawanan tersebut menentang tuan rumah, England sebelum Jerman akhirnya tewas 4-2. Beliau menjadi penjaring kedua terbanyak kejohanan bersama enam gol di belakang pemain Portugal, Eusébio, yang menjaringkan sembilan gol. Pada saingan Piala Dunia 1970, Jerman menduduki tempat ketiga dan Haller hanya beraksi pda perlawanan pembukaan kejohanan menentang Maghribi. Beliau menggantkan Jürgen Grabowski pada separuh masa.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada Hari Boxing 2006, Haller diserang serangan jantung dan dilaporkan pulih selepas menjalani rawatan. Kemudian, beliau turut mengalami demensia dan penyakit Parkinson. Haller akhirnya meninggal dunia pada 11 Oktober 2012. Beliau meninggalkan iserinya, Noraimy Rodriguez Guiterrez yang berasal dari Cuba. Mereka berdua berkahwin pada tahun 2003 sewaktu isterinya berusia 21 tahun. Pasangan ini mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Haller juga saudara kepada Christian Hochstätter, bekas pemain Borussia Mönchengladbach dan bekas pemain antarabangsa Jerman Barat.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bologna
Juventus
Augsburg

Pautan luar[sunting | sunting sumber]