Hemotoksin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hemotoksin ialah toksin yang memusnahkan sel darah merah (yakni, ia menyebabkan hemolisis), mengganggu koagulasi darah dan dengan itu mengganggu pembekuan darah, dan/atau menyebabkan degeneri organ dan kerosakan tisu secara am. Istilah hemotoksin sedikit sebanyak merupakan nama yang tidak padan kerana toksin yang merosakkan darah ("hemo") juga merosakkan tisu-tisu lain. Kecederaan akibat tindakan hemotoksin lazimnya sangat sakit dan boleh mendatangkan kersokan kekal , dan dalam kes teruk, membawa kepada kematian. Kehilangan anggota yang terlibat berkemungkinan berlaku mahupun mangsa mendapat rawatan segera.

Hemotoksin sering digunakan oleh bintang-binatang berbisa, termasuk ular kapak dan dan ular kapak daripada subfamili Crotalinae (pit viper). Bisa binatang mengandungi enzim dan protein-protein lain yang hemotoksik ataupun neurotoksik atau, kadang kala kedua-duanya sekali seperti yang ada pada ular orok-orok Mojave, ular mamushi Jepun,[1] dan spesies yang seakan-akannya). Selain daripada membunuh mangsa, sebahagian daripada fungsi bisa hemotoksik ialah membantu penghadaman. Bisa mengurai protein pada tempat gigitan dan memudahkan mangsa dihadam.

Proses kematian akibat hemotoksin mengambil masa yang lebih perlahan daripada neurotoksin. Ular yang mematuk mangsa mungkin terpaksa menjejak mengsa. Biasanya mangsa mamalia akan berhenti melarikan diri bukan kerana kematian, akan tetapi disebabkan renjatan akibat patukan bisa. Gejala-gejala yang terdapat pada manusia seperti loya, penanaran dan sakit kepala mungkin tertangguh buat beberapa jam, bergantung kepada spesies, saiz, tempat dan banyak atau sikitnya bisa yang disuntik.

Hemotoksin digunakan dalam bidang perubatan bagi membuat kajian diagnosis tentang sistem koagulasi. Penyakit Lupus anticoagulans dijejak melalui perubahan masa bisa cair viper Russell atau dilute Russell's viper venom time (DRVVT), yang merupakan cerakin makmal berlandaskan bisa viper Russell.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Igari R, Iseki K, Abe S, Syoji M, Sato M, Shimomura K, Hayashida A, Sugiura A, Iwashita Y, Midorikawa S. 2010. Binocular diplopia and ptosis due to snakebite (Agkistrodon blomhoffi "mamushi") — a case report. Brain Nerve. Mar;62(3):273-277.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]