Hendrik Verwoerd

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hendrik Frensch Verwoerd)
Jump to navigation Jump to search
Hendrik Verwoerd
HF Verwoerd Transvaler.jpg
Presiden Afrika Selatan ke-5
Dalam jawatan
2 September 1958 – 6 September 1966
Raja Elizabeth II (1958–1961)
President Charles Robberts Swart (1961–1966)
Didahului oleh Johannes Gerhardus Strijdom
Digantikan oleh T. E. Dönges
sebagai pemangku
Butiran peribadi
Lahir Hendrik Frensch Verwoerd
(1901-09-08)8 September 1901
Amsterdam, Belanda
Meninggal dunia 6 September 1966(1966-09-06) (umur 64)
Cape Town, Afrika Selatan
Parti politik Parti Kebangsaan Afrika Selatan
Pasangan Betsie Schoombie
Anak-anak 7
Alma mater Universiti Stellenbosch
Universiti Berlin
Universiti Hamburg
Universiti Leipzig

Hendrik Frensch Verwoerd ([hén-drik frénsy vér-wurd] 8 September 1901 – 6 September 1966) merupakan seorang wartawan dan ahli politik yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Afrika Selatan dari 1958 — ketika negara tersebut masih merupakan sebuah kesatuan di bawah pemerintahan British — sehinggalah beliau dibunuh pada tahun 1966.

Ringkasan hidup[sunting | sunting sumber]

Verwoerd dianggap sebagai tokoh yang bertanggungjawab dalam pembentukan dasar-dasar kepada suatu sistem pemisahan kaum yang dipaksa di negara tersebut, apartheid, yang berkuatkuasa dari tahun 1948 hingga 1994. Beliau beralasan bahawa kuasa orang kulit putih ke atas negara itu akan dapat berkekalan sekiranya semua kaum hidup secara terpisah dari satu sama lain. Beliau turut memberikan kuasa dan pemodenan yang tinggi kepada pihak tentera serta polis-polis awam dan rahsia; faktor ini menjadikan bantahan terhadap dasar-dasar apartheid ini dibendung dengan begitu kuatnya. Bahkan, Verwoerd turut enggan menerima duta-duta berkulit hitam dari negara dalam Komanwel setelah Sfrika Selatan menjadi suatu negara republik.[1]

Tindakan diskriminasi Verwoerd dan pemerintahannya yang melampau menjadikan Afrika Selatan semakin dipulau dalam pertandingan sukan sedunia. Negara tersebut terlibat dalam Sukan Olimpik buat kali terakhirnya pada 1960 sebelum diharamkan, dan negara tersebut turut dibuang keanggotaannya daripada FIFA pada tahun 1976. Bantahan dan rusuhan besar-besaran turut berlaku apabila ada pasukan dari Afrika Selatan yang muncul serta dalam sebarang kejohanan sukan.

Pada petang 6 September 1966 sewaktu memasuki Bangunan Perhimpunan, Verwoerd diserang seorang penyelenggara pejabat, Dimitri Tsafendas, yang menikamnya di leher dan dada bertubi-tubi sebelum Tsafendas ditahan ahli-ahli Perhimpunan yang lain.[2] Beliau mendapat rawatan segera di sebuah hospital yang berdekatan, namun beliau mati akibta komplikasi kecederaan tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sampson, Anthony (3 Oktober 1966). "His Cherubic Smile Seemed To Say, 'It's All So Simple"". Life International. 
  2. ^ Goodman, David; Weinberg, Paul (2002). Fault lines: journeys into the new South Africa. University of California Press. m/s. 154.