Hendrik Merkus de Kock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hendrik Merkus de Kock
Potret Hendrik Merkus Baron de Kock oleh Cornelis Kruseman
Senator
Dalam jawatan
1 Julai 1842 – 12 April 1845
RajaWillem II
Menteri Luar
Dalam jawatan
1 Disember 1836 – 1 Jun 1841
RajaWillem I
Willem II
Butiran peribadi
LahirHendrik Merkus de Kock
(1779-05-25)25 Mei 1779
Heusden, Republik Belanda
Meninggal dunia12 April 1845(1845-04-12) (umur 65)
Den Haag, Belanda

Hendrik Merkus, Baron de Kock (25 Mei 1779 – 12 April 1845) ialah seorang jeneral tentera, menteri dan senator dari Belanda.[1]

Hendrik Merkus de Kock telah dilahirkan pada 25 Mei 1779 di Heusden, Netherlands. Bapanya adalah Johannes Conradus de Kock, seorang ahli bank dan ibunya adalah Maria Petronella Merkus.[1]

Pada tahun 1801, beliau menyertai tentera laut Batavia, dan pada tahun 1807 telah ditugaskan ke Hindia Timur Belanda. Pada tahun 1821, beliau telah mengetuai ekspedisi ke Palembang bagi menumpaskan pemerontakan oleh penduduk tempatan. Kemudian sebagai Leftenan-Jeneral Gabenor (1826–1830), De Kock mengetuai pasukan bagi menentang Pangeran Diponegoro dari Kesultanan Yogyakarta dalam Perang Jawa.[1]

Beliau kemudian dianugerahi pangkat baron pada tahun 1835, dan berkhidmat di dalam kerajaan Belanda sebagai Menteri Luar bermula pada tahun 1836 sehingga tahun 1841. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Menteri Negara bermula pada tahun 1841 sehingga 1845. Hendrik Merkus de Kock kekal menjadi ahli senat Dewan Utama sehingga kematian beliau di The Hague pada 12 April 1845.[1]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k (Belanda) H.M. baron de Kock, Parlementair Documentatie Centrum. Retrieved on 4 October 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pejabat-pejabat kerajaan
Didahului oleh
Hendrik Jacob, Baron van Doorn
Menteri Dalaman
1836-1841
Diikuti oleh:
Willem Anne, Baron Schimmelpenninck van der Oye