Henley Hii

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Henley Hii
Kelahiran (1985-02-27) 27 Februari 1985 (umur 39)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, penulis lagu
Tahun aktif2005–kini
PasanganPauline Tan (k. 2022)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
PMP Artist Management

Henley Hii (lahir 27 Februari 1985) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam muzik selepas muncul sebagai juara versi Malaysia Project Superstar musim kedua di 8TV.[1] Hii mendapat pengiktirafan meluas menerusi watak Joshua lakonannya dalam filem aksi ketenteraan PASKAL (2018) arahan Adrian Teh yang juga rakan karibnya.[2][3]

Pada tahun 2016, beliau dan Soo Wincci dilantik sebagai duta dan jurucakap Tonton.[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Henley terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 6 Jun 2015. Menurut Hii, beliau memandu di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan apabila beliau melihat dari cermin belakangnya, dua kenderaan yang berkelajuan tinggi, dipercayai berlumba-lumba dan cuba mengalahkan satu sama lain. Hii sedang dalam perjalanan ke Batu Pahat untuk persembahan di acara Honda Family Road Trip.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 23:59 Jeremy Filem pertama
2012 Kepong Gangster Zhong
2014 The Great Lion Kun Seng Keng Cheng Yi Feng
The Cage Xu Han Shen
2015 Kepong Gangster 2[6] Zhong
2018 PASKAL[7] Joshua / Girang
2019 Red Storm
Wira Boon Hua
2020 Pasal Kau! Josh
2021 Ada Hantu Peter
2022 The Assistant Sam
Deleted: Akan Ku Jejak! Fan Ming Kang
Ada Hantu 2 Peter
2024 Legasi Wira Merah Jordan Pos-produksi
Wolf Game Pos-produksi

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005 Astro Talent Quest Astro Wah Lai Toi
2007 Project Superstar 8TV
2010 Glowing Embers
2011 Cuti-Cuti 1Malaysia
2014 On The Brink NTV7
2019 The Beat Netflix

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Crazy (2010)
  • Take Me Home (2015)
  • Cinta Kau & Aku (2022)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Seto Kit Yan (4 April 2016). "Malaysian singer Henley Hii wants to take you home". The Star Online. Dicapai pada 30 November 2016.
  2. ^ Kamaruddin Razal (14 September 2018). "PASKAL The Movie Percubaan Pertama Henley Hii Terjah Pasaran Melayu". Astro Gempak. Dicapai pada 30 November 2018.
  3. ^ Dennis Chua (11 Januari 2019). "#Showbiz: Action hero Hii, someday". New Straits Times. Dicapai pada 30 November 2019.
  4. ^ Dennis Chua (18 Ogos 2016). "What's that behind you?". New Straits Times. Dicapai pada 30 November 2016.
  5. ^ Loong Wai Ting (9 Jun 2015). "A narrow escape for Henley Hii". New Straits Times. Dicapai pada 11 Disember 2015.
  6. ^ Seto Kit Yan (11 Mac 2015). The rise and rise of 'Kepong Gangster 2' star Henley Hii The Star Online. Dicapai pada 30 November 2015.
  7. ^ Kamaruddin Razal (5 Oktober 2018). "Bayar Tiket & Enjoy... Sangat Berbaloi" - Henley Hii Astro Gempak. Dicapai pada 11 Disember 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]