Henry Louis Gates

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Henry Louis Gates, Jr.
PekerjaanAuthor, essayist, literary critic, professor
WarganegaraUnited States
GenreEssay, history, literature
SubjekAfrican American Studies

Henry Louis Gates adalah seorang profesor di Amerika Syarikat (AS) berkulit hitam. Henry Louis Gates Jr., 58, dianggap seorang profesor terkemuka dalam pengajian Afrika-Amerika di Universiti Harvard.

Gates diiktiraf sebagai seorang daripada 25 rakyat AS paling berpengaruh pada 1997 oleh majalah Time.

Dakwaan perkauman[sunting | sunting sumber]

Henry Louis Gates mendakwa seorang pegawai polis di Cambridge, Massachusetts bersikap perkauman ketika menahannya pada Julai 2009.

Pada 16 Julai 2009, polis mendakwa beliau "lantang bersuara , membuat kacau-bilau" dan berkelakuan tidak senonoh.

Menurut laporan polis pada 16 Julai, seorang wanita ternampak Gates ketika cuba memasuki rumahnya (Gates) bersama seorang lelaki kulit hitam melalui pintu depan yang telah dirosakkan. Wanita itu telah menghubungi polis .Gates sudah berada di dalam rumahnya dan telah membuat laporan pintunya rosak ke pejabat Hartanah Harvard. Seorang lagi lelaki yang turut berada di tempat kejadian merupakan pemandu Gates.

Gates memaklumkan pegawai polis itu bahawa dia tinggal di rumah itu dan merupakan ahli fakulti di Universiti Harvard. Tetapi dia terus digari di perkarangan rumahnya sendiri.


Gates menyerahkan kad pengenalan Universiti Harvard kepada polis itu dan lesen memandunya bagi membuktikan dia seorang profesor dan di mana dia tinggal.Dia ditahan polis selama empat jam dan dibicarakan pada 26 Ogos 2009.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]