Pergi ke kandungan

Henry Morgenthau Jr.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Henry Morgenthau Jr.
Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat ke-52
Dalam jawatan
1 Januari 1934 – 22 Julai 1945
PresidenFranklin D. Roosevelt
Harry S. Truman
Didahului olehWilliam H. Woodin
Digantikan olehFred M. Vinson
Butiran peribadi
Lahir(1891-05-11)11 Mei 1891
Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat
Meninggal dunia6 Februari 1967(1967-02-06) (umur 75)
Poughkeepsie, New York, U.S.
Parti politikParti Demokrat
PasanganElinor Fatman
Anak-anakHenry Morgenthau III, Robert Morgenthau & Joan Morgenthau Hirschhorn
PendidikanCornell University (BS)
Tandatangan

Henry Morgenthau Jr. [ˈmɔrɡənθɔː, mor-gĕn-tho] (11 Mei 1891 – 6 Februari 1967) merupakan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat semasa pemerintahan Presiden Franklin D. Roosevelt.

Beliau memainkan peranan penting dalam membentuk rancangan menyeluruh merangkumi projek, regulasi dan reformasi kewangan yang membantu memulihkan keadaan ekonomi Amerika Syarikat setelah dilanda Kemelesetan Besar dari tahun 1933 sehingga 1936. Beliau juga terlibat dalam kuasanya sebagai Bendahara menjaga hal kewangan Amerika Syarikat memasuki Perang Dunia Kedua[1] serta juga menggubal polisi luar negara negara tersebut pada zaman itu termasuk sokongan terhadap republik China menumpaskan Empayar Jepun, membantu pelarian Yahudi yang tertindas di Eropah mendapatkan perlindungan suaka serta mengusulkan "suatu rancangan pelumpuhan keupayaan Jerman rejim Nazi menjalankan kegiatan ketenteraannya melalui pemusnahan kawasan perindustrian dan perlombongan di sana.[2]

  1. ^ Herman, Arthur (2012). Freedom's Forge: How American Business Produced Victory in World War II. New York, NY: Random House. m/s. 9–11,125–7. ISBN 978-1-4000-6964-4.
  2. ^ May 2000.