Hepatitis D

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hepatitis D
Nama lainHepatitis delta
PakarInfeksiologi Edit this on Wikidata
SimptomMerasa lelah, mual dan muntah[1]
KerumitanSirosis[1]
PuncaVirus Hepatitis D[1]
Kaedah diagnosisImunoglobulin G[2]
RawatanAntivirus, pegylated interferon alpha[2]
Rawatan perubatanBulevirtide

Hepatitis D ialah sejenis virus hepatitis[3] yang disebabkan oleh virus hepatitis delta (HDV), zarah kecil berbentuk bola yang memiliki persamaan dengan viroid dan virusoid.[4][5] HDV ialah salah satu dari lima virus hepatitis yang dikenal pasti: A, B, C, D, dan E. HDV dianggap sebagai satelit (sejenis agen jangkitan subviral) kerana hanya dapat berkembang biak jika terdapat virus hepatitis B (HBV).[6] Penularan HDV boleh berlaku sama ada melalui jangkitan bersamaan dengan HBV (jangkitan bersama) atau menjangkiti pada pesakit dengan hepatitis B kronik atau keadaan pembawa hepatitis B (adijangkitan).

HDV dan HBV yang menjangkiti seseorang secara bersamaan dianggap sebagai jenis virus hepatitis yang paling serius kerana komplikasinya yang parah.[7] Komplikasi ini termasuk kemungkinan yang lebih besar untuk mengalami kegagalan organ hati pada jangkitan akut dan perkembangan yang cepat menjadi pembengkakan hati, dengan peningkatan risiko menghidap kanser hati melalui jangkitan kronik.[8] Dalam kombinasi dengan virus hepatitis B, hepatitis D memiliki kadar kematian tertinggi dari semua jangkitan hepatitis, iaitu 20%.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Hepatitis D | NIDDK". National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. Dicapai pada 10 September 2019.
  2. ^ a b "Hepatitis D". www.who.int (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 September 2019.
  3. ^ Zhang, Yong-Guo; Singhal, Megha; Lin, Zhijie; Manzella, Christopher; Kumar, Anoop; Alrefai, Waddah A.; Dudeja, Pradeep K.; Saksena, Seema; Sun, Jun (2018-01-30). "Infection with enteric pathogens Salmonella typhimurium and Citrobacter rodentium modulate TGF-beta/Smad signaling pathways in the intestine". Gut Microbes: 1–12. doi:10.1080/19490976.2018.1429878. ISSN 1949-0976.
  4. ^ Farci, Patrizia (2003-01). "Delta hepatitis: an update". Journal of Hepatology. 39: 212–219. doi:10.1016/s0168-8278(03)00331-3. ISSN 0168-8278. Periksa date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ Magnius, Lars; Taylor, John; Mason, William S.; Sureau, Camille; Dény, Paul; Norder, Helene (2018-12-01). "ICTV Virus Taxonomy Profile: Deltavirus". Journal of General Virology. 99 (12): 1565–1566. doi:10.1099/jgv.0.001150. ISSN 0022-1317.
  6. ^ Makino, Shinji; Chang, Ming-Fu; Shieh, Chien-Kou; Kamahora, Toshio; Vannier, David M.; Govindarajan, Sugantha; Lai, Michael M. C. (1987-09). "Molecular cloning and sequencing of a human hepatitis delta (δ) virus RNA". Nature. 329 (6137): 343–346. doi:10.1038/329343a0. ISSN 0028-0836. Periksa date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ "Home". www.who.int (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-24.
  8. ^ Realdi, Giuseppe; Fattovich, Giovanna; Hadziyannis, Stephanos; Schalm, Solko W.; Almasio, Piero; Sanchez-Tapias, Josè; Christensen, Erik; Giustina, Giuliano; Noventa, Franco (1994). "Survival and prognostic factors in 366 patients with compensated cirrhosis type B: a multicenter study". Journal of Hepatology. 21 (4): 656–666. doi:10.1016/s0168-8278(94)80115-0. ISSN 0168-8278.