Hepatitis E

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Hepatitis E
Pengelasan dan sumber luaran
Virus Hepatitis E
ICD-10B17.2
ICD-9070.4
P. Data Penyakit5794
eMedicinemed/995
MeSHD016751
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Hepatitis E ialah suatu penyakit yang menyerang hati yang disebabkan oleh Virus Hepatitis E. Penyebarannya melalui makanan dan minuman yang dicemari oleh virus ini. Virus ini lebih mudah menyebar pada kawasan yang memiliki sanitasi yang buruk.

Indikasi Penyakit[sunting | sunting sumber]

Tanda orang yang terkena hepatitis E ini mengalami gejala-gejala yang lebih sering dimiliki orang dewasa daripada kanak-kanak. Jika ada, gejala ini biasanya muncul secara tiba-tiba; seperti demam, rasa letih, hilang nafsu makan, rasa mual, sakit perut, air kencing berwarna teh pekat, warna kekuningan pada mata dan kulit. Penyakit Hepatitis E terjadi lebih parah pada wanita hamil, terutama pada 3 bulan terakhir masa kehamilan. Tempoh inkubasi hepatitis E rata-rata 40 hari (purata: 15-60 hari).

Diagnosis ke atas virus ini dilakukan pada seseorang yang mengalami gejala-gejala tersebut apabila ia tidak didiagnosis dijangkiti oleh Hepatitis A, B, dan C.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]