Herbivor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Seekor rusa dan dua anaknya sedang memakan dedaun.

Herbivor atau maun[1] ialah pemangsaan seseekor haiwan memakan autrotof seperti tumbuh-tumbuhan, alga serta bakteria yang menjalankan fotosintesis. Daripada pengertian tersebut, banyak kulat dan haiwan, sesetengah bakteria dan protis serta sejumlah tumbuhan parasit boleh dikenali sebagai organisma maun.

Walau bagaimanapun, maun pada umumnya terbatas untuk haiwan pemakan tumbuhan sahaja. Kulat, bakteria dan protis yang memakan tumbuhan hidup dikenali sebagai patogen tumbuhan. Mikrob yang memakan tumbuhan mati pula dikenali sebagai saprotof sementara tumbuhan berbunga yang mendapatkan zat daripada tumbuhan hidup dikenali sebagai tumbuhan parasit. Secara umumnya, organisma yang memakan autrotof dikenali sebagai pengguna primer.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

"Herbivor" menyerap bahasa Latin hasil gabungan herba yang bererti tumbuh-tumbuhan mahupun dedaunan dan vorare yang bererti "melahap" (to devour).[2]

Perkataan "maun" sebagai kata seerti mula digunakan sekitar 1969 bersama "maging" dua-dua dibentuk secara akronim menggabungkan suku kata awal makan dengan suku kata akhir daun.[3]

Ciri dikongsi[sunting | sunting sumber]

Spesies yang memperoleh bahan makanan dari tumbuhan mempunyai bentuk rahang yang bersesuaian dengan pemakanan: haiwan yang memakan buah dan biji cenderung mempunyai gigi rendah berbanding haiwan pemakan daun rumput yang keras.[4]

Haiwan-haiwan herbivor mempunyai sistem pencernaan yang merumahkan enzim tertentu berkeupayaan mengurai komponen tertentu yang sukar dipecahkan secara fizikal lalu boleh menyerap khasiat tumbuhan dimakan secara langsung. Sebagai contoh, protease antara enzim utama didapati pada serangga yang memakan dedaun. Kebergantungan kepada hidupan seni seperti bakteria, fungus atau protozoa yang simbiotik juga diperlukan untuk menguraikan selulosa yang rumit.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Setiap herbivor pula dikelaskan kepada cara pemakanan tertentu yang diutamakan:

Jenis Makanan utama Haiwan contoh
Algivor Alga kril, ketam, jenik, flamingo
Frugivor Buah Cimpanzi, orangutan, manusia
Folivor Daun Koala, gorila, zirafah
Nektarivor Nektar Burung kelicap
Granivor Biji benih tikus, kutu beras
Palinivor Debunga lebah
Mukivor Rembesan tumbuhan kutu daun
Xilofag Kayu anai-anai

Contoh haiwan maun[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=maun
  2. ^ P.G.W. Glare, Ed., Fred (1990). "Oxford Latin Dictionary" (Kamus Bahasa Latin Oxford). halaman 791, 2103.Selenggaraan CS1: pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  3. ^ "Istilah DBP timbul lagi: 'Maging' dan 'Maun' susah di-fahami—MP". Berita Harian. 13 Februari 1969. m/s. 5 – melalui NewspaperSG Badan Perpustakaan Nasional.
  4. ^ Romer, A. S. 1959. The vertebrate story. University of Chicago Press, Chicago, USA.