Here Comes Trouble

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Here Comes Trouble"
Single oleh Naughtius Maximus
daripada album Naughtius Maximus
Dilancarkan pada1 Julai 1995
Format
GenreHip hop
Panjang3:32
SyarikatArticulate Sound
PenulisIllegal, G-Soul
PenerbitIllegal, G-Soul
Kronologi Kronologi single Naughtius Maximus
"Here Comes Trouble" ""Right on Time"
(1995)"
|-

! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:

  1. B0C4DE;" | Senarai runut Naughtius Maximus

|- | colspan="3" |

"Here Comes Trouble"
(Trek 1)
"L.O.T.U.S. (Freestyle Jam)"
(Trek 2)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Here Comes Trouble" ialah lagu oleh kumpulan hip hop Malaysia, Naughtius Maximus. Ia dikeluarkan pada 1995 sebagai single pertama untuk album studio pertama dan terakhir mereka yang menggunakan nama kumpulan ini sebagai judul album.[1]

Perihal[sunting | sunting sumber]

"Here Comes Trouble" dikeluarkan sebagai single pertama Naughtius Maximus untuk album studio senama pertama dan terakhir mereka yang dikeluarkan pada Julai 1995.[2] Lagu ini merupakan salah satu daripada 9 lagu dalam album ini yang diharamkan dari penyiaran oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui surat yang dihantar oleh RTM kepada Articulate Sound, label yang menaungi Naughtius Maximus kerana ia disifatkan terlalu "kebaratan".[1][3]

Lagu ini mengandungi sindiran kepada KRU dan 4U2C apabila kumpulan ini menggunakan korus lagu KRU, "Awas", iaitu "Awas... pa ra rap Awas!", menukarnya kepada "Trouble... pa ra rap Trouble!" dan bait lirik lagu 4U2C, "2BD#1", "We aim to be the number one!", mengubahnya kepada "We aim to be the only one!".[4]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

The Documentist Ride menyifatkan "Here Comes Trouble" sebagai "klasik seminal oleh mereka yang telah mengikuti perkembangan muzik hip-hop tempatan".[1] MTV Asia pula menyifatkan lagu ini sebagai "asas kepada perkembangan muzik rap Malaysia".[2]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukMasa
1."Here Comes Trouble"3:32
2."Here Comes Trouble" (Mess Jam Edit) 3:32


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "This Incomplete History of Malaysian Hip Hop" [Sejarah Tidak Lengkap Muzik Hip Hop Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). The Documentist Ride. 9 April 2010. Dicapai pada 14 Disember 2014. Still, songs like Here Comes Trouble, Whyness’ Right On Time and Reffugeez’s Ruff Wayz are still regarded as seminal classics by those who’ve been following the development of the local hip-hop music scene.
  2. ^ a b "These five Malaysian hip hop albums will gives you a crash course on its evolution" [Lima album hip hop Malaysia ini pasti membuatkan anda tidak senang duduk] (dalam bahasa Inggeris). MTV Asia. 14 Jun 2018. Dicapai pada 6 Februari 2019. While the tracks themselves are rough and lack the polish we're used to from modern hip hop, songs like "Here Comes Trouble" and "Ruff Wayz" are still considered to be part of the foundation Malaysian rap was built upon.[pautan mati kekal]
  3. ^ Saniboey Mohd Ismail (17 Julai 1995). "Naughtius Maximus berharap". Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2020. Walaupun sembilan daripada 13 lagu kumpulan rap, Naughtius Maximus digam oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan alasan terlalu kebaratan, mereka tetap menaruh harapan agar album sulung yang dipasarkan sejak 1 Julai lalu mendapat tempat di hati peminat.
  4. ^ Shaha Al-Fayed (18 Mac 2018). "Sejarah lagu 'diss track' dalam industri muzik negara". The Vocket. Dicapai pada 20 Disember 2018. Lagu Here Comes Trouble turut menyelitkan sindiran kepada kumpulan KRU apabila mereka menggunakan korus lagu Awas iaitu “Awas… pa ra rap Awas!” kepada “Trouble… pa ra rap Trouble!” serta bait lirik “we aim, to be the ONLY one!” yang menyindir lagu kumpulan 4U2C iatu 2BD#1 (To Be The Number One).